Saturday 12 March 2011

PULAU MUTIARA -

Dah hampir 60 hari di pulau mutiara, dan masih belum jelajah kawasan hanya di BY Baru dan jambatan PP saban minggu berulang alik. Paling jauh nun ke Black Forest dan Kangar/Arau. Lain-lain kawasan masih belum sampai, banyak aktiviti yang menyekat pergerakan keluar kawasan. Seminggu berehat di umah kerana dapat cuti sakit, mungkin kerana berubah angin dan letih perjalanan. Itu pun disbabkan Dr Fe panggil buat LP di KL. Sekarang semua ok dan kalau tidak ada halangan dapat bersama keluarga di Sg Ara seblum Apr 2011. Walaupun cuti kerja tetap diteruskan dengan adanya ICT dan P5. maklumat sentiasa di update oleh staf. Ini zaman canggih, kalau betul-betul sakit dicadangkan berehat di tempat yang tiada lineclear atau matikan hp. Dah jauh kadangkala tidak dapat hadir jemputan rakan dan sahabat kerana bertugas hari minggu atau tak balik. Di tempat baru dapat kawan baru dan kerja baru. So be positive and proactive semoga tidak bosan. Kalau bosan buka dan baca Al Quran dan perbanyakkan zikir di masa lapang sebelum sibuk. Saman ekor yang disemak menimbulkan tandatanya sebab tahun 2006, 2009 dah lama, lepas tu had laju di kawasan 90km ingat dihwy semua 110km, dah tu kawasan perangkap laju pulak turun bukit pandu dan banyak kereta pandu melebihi 100km. Adakah semua orang kena saman, dan ada yang dapat percuma dan ada dapat diskaun. Nasiblah kalau saman ekor tak ada, ada kereta bertali arus, mana satu yang sempat disaman. Lebih baik letak polis, tahan saman daripada saman ekor dah 2 tiga tahun baru saman samapai?... RM300.00 melayang tidak dalam bajet? bagaimana yang beribu..... bayar ke, kalau tak bayar apa polis/JPJ/menteri nak buat kalau... dibatal semua saman, adakah dapat balik????... Inilah yang menjadi ramai orang tak jelas saman. Pertama yang banyak saman tak mampu, nak bayar, yang pandu laju jadi tabiat mungkin tak kena saman, dapat percuma, diskaun lagi laju dan timbul masalah kemalangan. Ada yang nanti bawa kenderaan tak ada cukai jalan, ramai juga menipu, patah plat kenderaan dll agar tak dapat dikesan saman. Ramai cari masa atau waktu saman ekor tak ada kepala? So........yang baik, amanah dan tak mahu semak kepala,,, bayar... tapi mungkin tak mahu .. atau protes secara diam.....Mendidik lebih baik daripada menghukum, keadilan perlu ditegakkan jangan sampai pesepsi buruk sentiasa bermain dikepala....

GEMPA DAN TSUNAMI DIJEPUN

11 Mac 11, Jepun (Sendai dan Tokyo sekitarnya) dilanda musibah. Walaupun negara sentiasa bersedia menghadapi fenomena alam atau ketentuan Allah, kemusnahan dan kematian tetap berlaku. Hanya dengan goncangan dan air boleh memusnah harta benda. Kekuatan air yang menjulang tinggi dan menghempas daratan menyapu apa sahaja baik yang kukuh/padu tetap hanyut dan runtuh. Apatah lagi benda yang bergerak, terelatak tanpa tunjang yang kukuh berterbangan seperti kapas dan daun kering yang berguguran. Sebagai seorang muslim kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran. Renung dan sentiasa beringat tiada yang dapat menandingi kuasa Allh s.w.t. Diwaktu ini rujuklah kepada ayat-ayat Al-Quran berkaitan musibah dan gempa bumi dan hari kiamat agar kita lebih banyak inagat akan mati dan berapa kesilapan/kemungkaran kita dimuka bumi Allah. Wassalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive