Tuesday 24 January 2012

JORAN PULAU PAYAR -21/22 JAN 12


Pengalaman kedua setelah usia meniti emas. kali pertama tahun 2003 di p. Sipadan dengan BJ Akbar mendapat ikan kerapu. Waktu itu tidak terasa mabuk laut kerana bot dinaiki bersaiz besar dan mengunakan injin hydro. Kenangan di laut sulu dan bertembung dengan ikan paus di kawasan Roach reef. Kenangan pada Joran P.Payar menambah pengetahuan memandangkan laut adalah asing buat kami yang pertamanya mengikuti trip kali ini. jam 4 ptg aku telah tiba di Pekan Kota Kedah lama dan menanti gp joran. Setelah siap hampir jam 630 ptg kami baru dapat bertolak. Trolling dilabuhkan tetapi gagal memperolehi tenggiri yang diidam. HampirMagrib kami berlabuh di luar taman laut PP dan mula melabuhkan pancing dasar.   setelah menunaikan solat qasar/jamak aku juga turut menurunkan tali joran baru dibeli (nd hand) jenis cobra dan kelili jenis Diawa. perut mula terasa meloya dan mabuk laut walaupun sebelum berlepas aku telan 2 biji pil penahan mabuk. Muntah free dan macam nak tercabut isi perut tambahan pulak makan tengahari sambal udang petai kenduri kesyukuran pertunangan anak buah - Dillah. Malam itu aku bangun tidur di dalam bot fibre dan rasa macam nak balik pun ada tapi dah jauh ditengah laut hampir 2 jam semuanya disimpan dalam tiduk-tiduk ayam. Malam itu beberapa kali kami beralih tempat mencari lubuk ikan tetapi gagal memperolehi tangkapan. Hanya 4 ekor ikan gelama dan kerisi kami perolehi, manakala pancing yang aku pegang bersilih ganti umpan tidak diragut. Selepas subuh aku mula rasa segar kami mula membuat trolling dan memerhati burang camar laut mengejar ikan-ikan kecil. Kawanan burung ini merupakan petunjuk kumpulan ikan bergerak. Kami mula mendekati kawanan burung dan melabuhkan joran, kain appolo lima mata kail dilabuhkan dengan kaedah jigging. MRamli berjaya menaikan ikan cencaru bersaiz 1.5 kg dan disusuli G1 denganikan kerisi. Semakin kuat kami berusaha tetapi ikan juga tidak berganda. Kami terus menukar lokasi sehinggalah kami melabuh sauh setelah beberapa ekor ikan kerisi mengena panciing. Aku kepenatan dan kurang mahir jigging aku terus mengenakan umpan udang dan dibiarkan sehinggalah joran diseret ikan besar. Ikan tenggiri bersaiz agak besar hampir 2 kg menjadi rezeki aku dan terus disusuli dengan ikan kerisi dan duri. Kami masih beralih tempat sehingga jam 1230 tengahari dan berpatah balik sambil membuat teknik trolling. Rezeki tidak berapa menjadi tapi kami berazam untuk menyertai ekspedisi seterusnya jika ada masa yang sesuai. 

Sunday 8 January 2012

2012 sudah MASUK 8 HARI

      Pertamanya begitu cepat masa berlalu, hampir setahun di PP. Sejak 1 Jan 12 badan agak lesu dan rasa DT dah naik tapi BP menunjukan stabil. Semalam cuba pula Juvanex untuk buang toksik dalam usus  servicing internal part in the body harganya juga tinggi untuk 7 hari (RM 129.00 - 8 sachets for 7 days). Hari pertama kesanya tak lah ok badan lenguh, mengantuk dan kerapkali ke bilik air. Kalau ikut panduan risalah gejala ini adalah normal diperingkat pertama 1 ke 2 hari. Masih panjang lagi tempoh nanti boleh rekomen kekawan kalau nak servis organ dalaman badan. Kalau baik teruskan dengan diet dan pemakanan sihat. Rancangan dan objektif tahun 2012 juga telah siap dibuat dan masih meneruskan objektif tahun 2011 yang disambung dan ditambah baik 2012. Hari ini topik adik Emee bangkitkan macamana nak jadi kaya semasa melintasi stor Raksasa boleh terpandang sebuah kereta Honda parkir diruang khas di dalam kompleks sedangkan dalam kawasan tersebut ditutup. beliau menyatakan itu mesti boss kat raksasa, satu hanya dia seorang parkir kenderaan kat situ, keduanya jenama mahal dan ianya mesti orang kaya. Aku membalas kalau nak jadi kaya jangan belanja banyak sangat hanya yang perlu, kalau nak kaya jangan beli kereta mahal dan mestilah belajar pandai-pandai dan jangan lupa Allah.  Wasaalam.

Friday 6 January 2012

901/911/PRU13/JINGGA 13/ANAK/BAPAK/ DLL

      11122223333...0.Angka atau nama/huruf ABC..PoP....singkatan digunakan sebagai tagline/nama kumpulan untuk menarik minat pembaca dan mudah diingat. Kesemua ini adalah daya kreativiti dan inovasi yang boleh diterima pakai oleh generasi baru. Begitu juga laporan polis, saman menyaman, tuduhan, konspirasi, lelaki Y ,X dulu Miss X banyak, kambing hitam, biawak hidup juga mula digembar gembur. Dulu kalau baca akhbar dan dengar berita hanya di negara barat perkara ini berlaku. Tahap dimana suatu hari nanti akan sampai dimana anjing/kucing dan peliharaan juga diberikan keistimewaan oleh rakyat Malaysia bagi pewaris harta, kubur istimewa. Perkataan liwat, seks bebas, homoseks, lesbian, kahwin sejenis sudah menjadi ayat-ayat penting dimasukan ke dalam berita, tulisan, nukilan, wacara, wancana. Begitu juga alat pad/lampin (bukan IPad) wanita, haid, ubat kuat, mati pucuk, ubat kesihatan ,payu dara, ubat syahwat, kelamin sudah boleh diterima dalam masyarakat. Ibu bapa dan anak-anak sudah tidak kisah mendengar di dalam TV, radio, perbincanagn harian. Pelajaran seks ini tidak perlu diajar disekolah lagi kerana ianya telah masuk kerumah-rumah melalui  bumbung rumah. Kemunculan radio, Tv, internet, telefon berwayar, tanpa wayer telah menjadikan perkara yang dulunya malu disebut, didengar, dibual antara keluraga telah menjadi biasa. Anak-anak tidak bertanya lagi kerana sudah faham setelah disogokan, dileter, dilihat, didengar setiap hari. Maklumat juga diperolehi dari rakan sebaya disekolah, pusat tuisyen, hiburan dan di IPTA.Ini lah cabaran tahun 2012 dan akan datang. Anak-anak akan mudah akses dan terdedah dengan negatif walaupun ada baiknya tetapi jika ibubapa tidak seiring dengan kemajuan akan mudah terperangkap dan ditipu. Kata-kata pepatah jaga tepi kain juga boleh digunakan, tapi anak-anak juga tidak pakai kain lagi, so jaga apa perlu dibuat perumpamaan --jaga Zip seluar, kaki seluar??? adakah boleh digunakan?

SEKOLAH TAHUN 2012

              4 Jan 12, hari pertama anak ke sekolah bagi sesi tahun 2012. awal jam 6 pagi sudah bangun solat suboh dan berpakaian kemas. Baju seluar, lengkap semuanya baru menunggu feri sekolah. kali ini jam 730 baru kenderaan sampai disebabkan jalan sesak anak-anak sampai jam 0800 pagi. Keduanya tidak perlu dihantar kerana sudah masuk Drj 5 dan Tkt 4. tengahari aku bergegas balik untuk mendengar khabar hari pertama sekolah anak-anak. makan tengahari sambil mendengar hal-hal persekolahan. petangnya ke sekolah agama untuk daftar tetapi tidak perlu hanya anak-anak yang baru masuk atau tukar sekolah.4 hari lagi cuti sekolah agama. Hari kedua dimaklumkan feri sekolah akan datang jam 0700 pagi kerana dibuat jadual baru dan anak-anak sampai jam 0715 pagi. Semuanya ok. Semalam anak sudah minta belikan buku-buku tulisan yang belum cukup dibelikan. Semuanya akan dibereskan paada hari isnin dengan bayaran persekolahan lain. Hari persekolahan semua games dan aktiviti petang dihentikan sehinggalah cuti panjang. sSmua kena menumpukan perhatian kepada pelajaran sambil itu kelas tuisyen juga akan dibuat tinjauan bagi memastikan penccapaian tahun 2012 lebih baik dari tahun lepas.
            Musim sekolah juga dapat kami berjalan awal jam 0650 sebelum membuat tugasan lain. Sementara menanti anak menyiapakan diri kami juga bersiap untuk riadah seperti biasa cuma kali ini lebih awal dari kebiasaan. Cara ini dapat kami memenuhi masa lapang dan memastikan masa tidak dibuang. Wassalam

Sunday 1 January 2012

SALAM DAN LANGKAH 2012

         Seawal pagi letupan bunga api dan percikan cahaya menerangi kawasan Setia Pearl dan juga kawasan Relau. Anak turun ke bawah kawasan taman memerhati ke arah langit Queensbay dan juga SunCity. TV 1 aneh pulak tidak ada program hiburan dan ada ulang tayang Tiger Cup mempamirkan perlawanan Tahiland dan Malaysia. Ingatkan menunjukan semangat juang pemain Malaysia tetapi kalah 1-0.  Pelik juga siaran lain semua menunjukan sambutan di kawasan strategik dan jam 0100 siaran TV 1 pun turut tamat siaran. Selepas berjalan kaki kepasar BB dan petang ke Kamdar. 1 Jan 12, berlangsung seperti tidak ada yang baru cuti dapat membersih 5 pasang kasut dan juga buang sawang hadapan rumah dan tangga tingkta 3 dan 2.  Berita menunjukkan demonstrasi pelajar di hadapan UPSI sempat juga dengan KP perak memaklumkan kecederaan pelajar akaibat rempuhan sendiri, sambil itu ke You Tube search vedio clips dan berbeza dengan apa yan dilaporkan. Kalau maklum ini bercanggah bayangkan ramai mahasiswa akan download, search pelabagai media untuk buat analisis sendiri. Ramai juga guna handphone merakam tindakan polis menahan dan menangkap pelajar.  Tahun 2011 seronok juga baca media alternatif bagaimana isu NFC, Zakat, Banglo Khir Toyo dll dan dibandingkan dengan media kerajaan dan media pembangkang, media bebas akan ada beberapa pesepsi yang boleh menjadi batu dan penghalang kepada kerajaan sedia ada bertahan. OOpps kalau nak buat analisis kenalah baca dan kaji sejarah, pesepsi, realiti dan juga konspirasi. Silap-silap isu SBPA juga menjadi satu isu yang sukar memenangkan pemerintah.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive