Saturday, 13 September 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA ADIK-ADIK SEKELUARGA

Semalam lepas berbuka puasa dan dalam perjalanan balik berbuka di rumah bonda, aku menefon adik lelaki (panggilan keluarga,Tan), untuk memaklumkan bayaran insurans dan cuci ToTo, sebab adik buka kedai dobi dan insurans, sambil tu ajak berbuka di rumah esok hari. Beliau kata agak sibuk dan penat. Aku faham beliau saban hari berusaha keras memajukan perniagaan, InsyAllah murah rezeki. Lagi pun kalu nak datang rumah kami mahu juga mengambil masa 45 minit perjalanan.
Semalam bonda telefon memaklumkan jiran lama adik Mak Jang Mashitoh meninggal dunia, Alfatihah buat arwah yang juga aku kenali semasa kecil berjiran di KSS. Arwah bapa dan ibunya adalah guru mengajar aku membaca mukadam dan Al Quran. Pada pagi yang sama aku terima mesej ibu rakan sepejabat juga turut meninggal dunia. Alfatihah buat yang mendahului kita.
Petang semasa aku sedang berehat bersama keluarga sambil menonton TV, bonda menelefon akan datang berbuka puasa di rumah kami bersama 2 keluarga lagi (adik lelaki dan adik perempuan). Betapa gembira aku kerana adik-adik dan anak buah datang mengziarahi kami dan berbuka. Hari ini isteri memasak ikan parang masak lemak petai, sayur brakoli bersos tiram dan roti mamat, jadi aku bercadang membeli seekor ayam pepayang memandangkan menu baru aku nak promosi pada mereka. Aku juga membeli ulam kampung yang siap dicelur dipasar ramadhan berserta sambal belacan. Tepat jam 7 ptg mereka sampai dengan dua buah kereta D Max pick up. (kereta adik dan anak buah). Hampir 14 orang semuanya dan termasuk kami 6 orang menjadikan berbuka riuh rendah (2 anak di kolej). Ada yang bawa kari ayam Yasmeen, ayam percik dan bubur lambuk Tmn Sri Kota, Bayangkan rumah berkembar (sewa) pun tak mampu menyediakan ruang yang selesa tetapi keseronokan berbuka sedar tak sedar 7 pot nasi habis. Memandang ruang sempit sembahyang kena bergilir-gilir dan Alhamdullilah semuanya tak payah disuruh anak beranak bersolat.
Bonda pula merungut tak bawa bekas pinangnya jadi asyik bertanya dimana ada jual sireh pinang. Bonda dah jadikan pinang dan sireh menu wajib selepas berbuka dan sewaktu bersahur. Ramai cucu dan anak suruh berhenti makan sireh pinang tetapi nampaknya macam orang merokok juga. Bonda kata ini ubat bukan macam rokok...pulak dah. Apapun kadangkala kalau tak bawa bekas pinang atau terputus sireh sanggup telefon adik atau kakak hantar. kalau nak pergi mesti 2 beg satu isi pakaian solat dan satu lagi alPinang dan sireh le. Aku amat bersyukur kerana sepanjang 2 tahun aku dan keluarga dapat bersama saudara mara berbanding dulu kami hampir 4 tahun (3 kali Ramadhan) berpuasa di perantauan (Swk). Wassalam

Friday, 12 September 2008

BUKA PUASA

Berbuka puasa bersama bonda dan keluarga merupakan ikatan silaturahrahim yang amat dituntut. Selain berbuka dapat merasakan masakan sejak kecil dengan air tangannya. Sajian masakan dari rumah dibawa untuk makan bersama sambil mendengar coloteh sepanjang tidak bersama. Macam-macam cerita lucu dan gelagat. Semalam bonda bagitau dia berbuka dengan cucu dari sebelah kakak. Jadi bonda pasti berbuka tidak berseorangan, kadangkala rasa sedih juga bonda terpaksa berbuka dan bersahur berseorangan. Tapi aku juga sering berbuka berseorangan sebab terpaksa berjauhan buat seketika. Biar apa pun yang wajarnya ingatan bersama semasa berbuka boleh menambahbaik silaturahim. Bayangkan hamba Allah yang berkeseorangan dan tiada saudara mara? Mungkin mereka terbiasa tetapi adakalanya jika mereka terpandang dan teringat pasti rasa yang kurang cukup bagi dirinya. Inilah kehidupan dan kita perlu pandai menyesuaikan dengan keadaan tanpa mengurangkan pahala puasa. wassalam

Thursday, 11 September 2008

Awal subuh pagi Jumaat, kedengaran azan berkumandang dari masjid berhampiran. Setibanya di surau taman hanya kelibat beberapa jemaah. Dimana jemaah lain yang nampak hanya hamba Allah dari timur tengah kelibat penduduk taman hanya 3 orang aje. Jadi subuh pagi itu terasa bagai sembahyang di Tanah Arab disekeliling mereka. Sekarang di taman, kumpulan muslim Arab bertambah kerana belajar di U. Kekuatan mereka berjemaah tak dapat disangkal dan bagi orang taman dah semakin berkurang berjemaah, dimana perginya ustaz yang ramai, adakah semua berharap masing-masing percaya ada yang datang, akhirnya semua yang arif absent. Wasalam

USIA MENINGKAT KUDRAT MENURUN

Bermuhasabah dan sentiasa meningatkan akan hari tua dan yang pastinya kematian itu satu kepastian. Walau dimana dan tanpa sesaat pun terlewat. Kudrat dan usia semakin menurun kalau dulu semasa bayi dikerumuni ramai, bila meningkat usia kanak-kanak mula mendapat kawan, bila remaja mula mencari rakan dan sahabat, bila meningkat dewasa mula mencari pasangan, bila meningkat belia mula mendapat jiran dan rakan, bila mendekat tua mula mendapat masyarakat. Tetapi malangnya ramai masih diperingkat tua seperti kanak-kanak dan bayi, kudrat dan pemikiran semangat lemah dan memerlukan orang membantu dan menasihati. Diperingkat nyanyuk seperti bayi yang belum mengenal baik dan buruknya. Inilah putaran dunia. Di bulan mulia ini perlulah kita memikirkan apakah amalan baik kita mengatasi amalan buruk? jika yang buruk melebihi yang baik cepat-cepatlah menyusun dan melakukan kebaikan. Bagi yang baik teruskan dan menambah saham kepada yang terbaik.
Kalau semasa anak kecil melatih berpuasa adalah tanggungjawab ibubapa, jika ibubapa berpuasa dan melatih anak, dicampak kemana pasti tidak lupa ajaran ibubapa, jika ibubapa tak berpuasa mungkin anak-anak pun turut sama (tak semuanya) tak berpuasa.
Kenangan semasa anak meningkat berbuka puasa semuanya bersama, bila meningkat dewasa kadangkala semua berkumpul berbuka dan bersahur tetapi bila dah merantau hanya tinggal beberapa orang sahaja dan jika dah tua usia emas mungkin dengan isteri. Kalau yang sentiasa beramal dan bersedekah mungkin berbuka dengan anak yatim dll, tapi kalau papa kedana mungkin dijemput orang atau nasib malang mungkin berbuka dengan air sejuk. Adakah ini akan berlaku atau ada hamba lain yang senasib dengannya??. Kesimpulanya berusaha dan menjadi baik hendaklah dimula dari sekarang (Ramahan) jika telah berusaha, berdoalah agar kekal atau bertambah baik usaha kearah kebaikan. Semakin tua semakin sensitif dan berseorangan, jadi banyakkanlah beristighfar, beramal soleh, solat, berpuasa wajib dan sunat dan membuang segala sifat ego, bongkak, kedekut, hasad dengki dan semua sifat syaitan. Wassalam

Wednesday, 10 September 2008

MERDEKA

Usaha telah dilaksanakan dan 2 hari lepas dan ari ini adalah pelaksanaan dan keputusanya adalah memetik buah atau hasilnya. Sebagai ibubapa semuanya mengharapkan kejayaan setelah bertawakal kepada Allah Subhanahuwataalaa. Diperingkat ini bukanya 5A menjadi harapan tetapi sepanjang membuat persiapan adalah menjadi harapan agar anak kelima dapat merasai bahawa kejayaan bukanya mudah dan perlu mendapat bantuan dari guru rakan, keluarga dan masyarakat. Usaha tanpa memohon rahmat dan bantuan yang Esa tidak bermakna. Usaha seperti membaca Yassin, solat hajat, etika baik seperti tidak meniru, menipu adalah pendinding dan perlu diamalkan oleh setiap pelajar. Selangkah awal bagi menghadapi banyak lagi ujian peperiksaan dan begitu juga ujian Allah adalah yang perlu dilalui bagi yang berjaya atau gagal nanti.


Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

JUADAH BERBUKA PUASA

Semalam berbuka dengan lauk pauk dari pasar Ramadhan. Setelah 11 hari baru beli ready made dari pasar. Bukan apa tukar selera dan bagi anak-anak pilih makanan yang mereka suka. Sekarang harga juga naik kalau tak naik kuantiti kurang pulak. Semenjak 2 tahun di utara, menu baru aku jumpa ialah Ayam Pepayang, kat kedah tempayan panggil Guri bersaiz sepemeluk saiznya. Guri ditebuk lubang pengawapan dan diletakan di atas tunku bahan bakar arang. Cara masak macam ayam tandoori atau kambing bakar tetapi yang bezanya Ayam Pepayang ni rasanya rempah melayu dan isinya lembut putih dan lembab air. Masaknya selama 2 jam. Harganya RM 15.00 seekor. Kalau sekarang beli ayam bersih pun mencecah 13 ke 15 ringgit seekor. Kalau dicongak dengan masak, rempah dan kudrat lebih baik beli aje. Di pasar tidak kurang 6 ke 8 gerai jual murtabak dan roti mamat (John). Air Nira juga laris waluapun hujan setiap hari turun. Kat utara Nasi Kerabu Kelantan juga menjadi pilihan bukan setakat anak kelantan merantau atau belajar di UUM/Matrikulasi/Akademi Binaan dll. tetapi orang Kedah pun dah tak kisah makan budu. Jam 5 ptg pasar mula sesak dengan pekerja dan juga penuntut keluar sebab Pekan Chglun pasar malam pada hari Rabu seminggu sekali. Catatan dari rakan-rakan juga memaklumkan Mee Ali dan Pasembor adalah terkenal sejak dari Chglun kawasan hitam lagi tetapi diusahakan oleh anak-anak, masak masih pakai bahanbakar arang.

Di dalam kesibukan berbelanja ramai yang memberi sedekah kepada yang kurang upaya di pasar. Ada yang memberi seringgit, dua dan lima ringgit. Yang menariknya ibu bapa memberi anak kecil untuk melatih bersedekah dan bersimpati.
Saat berbuka ada 2 jenis lauk dan nasi bungkus menjadi rezeki kami. Wasalam

Tuesday, 9 September 2008

RENUNG SEJENAK

Ramadhan adalah bulan umatKu. Allah memberikan ganjaran solat wajib 70 kali ganda manakala solat sunat sama seperti pahala solat wajib. Setelah umur menjangkau hampir setengah abab adakah amalan puasa ditakuk lama? adakah solat fardhu dijalankan dengan sempurna? sedekah jariah, serta lain-lain kebaikan diperbanyakan tanpa mengira berapa banyak ganjaran diterima. Di bulan ini adalah bulan untuk muhasabah diri, menilai dan menghitung amalan puasa tahun terdahulunya dan seterusnya mengambil langkah untuk menambah amalan wajib dengan sebaik mungkin, memperbanyakan amalan sunat.
Solat Sunat Isyrak dan Dhuha, membaca Al Quran setiap hari serta solat terawikh dan solat-sunat lain boleh dilaksanakan tanpa penuh rasa jemu. Bersedekah dan memberi makan fakir miskin dan hamba Allah lain juga boleh diperbanyakan. Bulan ini juga dapat melatih anak dan keluarga tentang ibadah puasa dengan lebih berekualiti dan mampu memberi mereka dan keluarga tentang kekuatan islam sebenar dihari tua. Wassalam.

Monday, 8 September 2008

UPSR

Hari ini anak kelima pula menduduki peperiksaan penting diperingkat sekolah rendah. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi memilih danmengukur tahap pencapaian Tahun Enam. (3M) kalau lulus cemerlang akan dipilih memasuki sekolah *. Persiapan telah dibuat dengan rapi oleh pihak sekolah SRKDWK dengan kelas tambahan sejak Feb lagi. Tak perlu ibubapa menghantar anak ke kelas tuisyen swasta dan pihak sekolah melalui PIBG hanya mengenakan bayaran RM 60.00 sapanjang tempuh tersebut. Semalam sehingga jam 4 petang kelas bimbingan terakhir terus dilaksanakan dan yang baiknya. Pada awal tahun kelas tambahan diadakan pada waktu petang lepas sekolah hingga jam 3 ptg dan seterusnya diadakan pada setiap hari kecuali hari minggu. Kelas intensif diadakan 2 bulan terakhir dan waktu bulan puasa kelas dijalankan seperti biasa dan diadakan pada waktu malam.
Kali ini juga aku pertama kali mengambil cuti tahun untuk memberi sokongan kepada anak bagi memastikan beliau terus yakin dan mampu menjawab dengan baik. Cuti ini juga sebab aku dah meninggalkan keluarga sebab bertugas di KL hampir 2 bulan, jadi semua tanggungjawab diambilalih oleh isteri. Awal pagi aku menghantar beliau ke sekolah kerana Cik Gu nak buat ulangkaji dan pesanan terakhir jam 7 pagi sebelum peperiksaan bermula jam 8 pagi.
Sebagai ibu bapa aku juga tidak ketinggalan sempena bulan puasa memohon keredaan Allah untuk memberikan beliau ketenangan dan mudah untuk menjawab soalan. Sebagai umat Islam kita boleh berusaha dengan membaca Yasin atau apajua ayat Al Quran memohon keredhaan dan kekuasaanya.
Hari ini 9 Hb Sep peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta matematic kertas 1. Esok Kertas matematik 2 dan hari terakhir Science dan Bahasa Inggeris 1 dan 2. Usaha anak dan Guru amat disanjung tinggi dan diucapkan tahniah. Kesedaran anak-anak terhadap pelajaran dan ilmu pengetahuan perlu disokong dan ditambah dengan ilmu akhirat agar jika berjaya atau gagal anak-anak masih mensyukuri kebesaran dan keesaan Allah Subhanahuwataala..

Wednesday, 3 September 2008

TEMPAT KERJA BARU

DAH LAMA TAK UPDATE BLOG, BUKAN APA, BARU MASUK PEJABAT BARU KAT TKT 14. KEMUDAHAN INTERNET X ADA, KENA SHARE PULA. KAT RUMAH PULA X ADA INTERNET BUAT SEMENTARA WAKTU. BUAT MASA INI TINGGAL BUJANG SEBELUM ANAK ABIS UPSR. THEN BULAN NOV BARU THE WHOLE STOCK AND BARREL PINDAH KE KL. SELAMAT BERPUASA. BULAN INI KENA PASANG AZAM UNTUK PENUH SOLAT TARAWIH, SOLAT SUNNAT DAN SOLAT WAJIB TAK BOLEH TINGGAL LANGSUNG SAMPAI KIAMAT KECUALI ....

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive