Cuti Krismas jam 930 selepas minum pagi di Lontong Klang kami bertolak ke P.Pinang melalui Gutrie Highway, PLUS highway dan jambatan P.Pinag ke Bayan lepas. Di P.Pinang untuk membuat tinjauan awal di tempat kerja baru. Kami ke rumah K Zahid dan dijamu dengan laksa penang. Jam 4, kami ke WP di puncak Bkt Gedung, Bilik Melati berehat dan solat jamak qasar. Sebagai buah tangan di Penang jeruk buah pala, salak dan mangga bernilai RM 45 dibawa balik ke AS. Sepanjang perjalanan balik ke kpg hujan lebat memperlahan perjalanan. Kami sampai ke kedai adik di T Kamela. Mereka baru selesai mendaftar kemasukan pelajar baru bagi kelas tuisyennya yang dibuka tahun 2009. Kami dijamu dengan bihun goreng dan dadih. Selepas solat Maghrib di Masjid Kebun Pinang kami ke rumah bonda di Tandop. Badan dah mula sakit-sakit sebab perjalanan jauh dan juga keletihan selama seminggu tak cukup tidur dan rehat, (siap thesis).
Saturday, 25 December 2010
Wednesday, 22 December 2010
SYUKUR DAPAT SIAP SEBELUM TEMPOH
Dah lama tak update blog, sebab sibuk siapkan thesis bahagian terakhir sepanjang bulan Dis. Selepas pre viva di Ipoh, Viva Voce di MPAT pada 15 Dis (Rabu), perjuangan dan burn the midnight candle continues untill 23 Dis 10. Semalam 22 Dis selepas SV tanda tangan, di Victoria Station semuanya beres. Sebelum itu, final discussion for final amendment di Mandrin Oriental (The Grill). Sekembalinya di Lanai G dari VS aku terus membuat pindaan terakhir sehingga jam 230 pagi. Paginya selepas subuh sambung kembali edit dan siap contents thesis, Tepat jam 231300H Dis aku serah thesis kat bilik 19-5 LG kepada Radzi. Yahoo semuanya beres. Kalau semua binding Ok. 31Dis 10, hard cover binding akan diserah pada HOSSIR jam 0900 pagi. Setelah kerja keras selama 2 minggu terakhir ianya benar-benar memerlukan tenaga, keyakinan dan motivasi tinggi dan bertawakal serta menunaikan ibadat solat wajib dan sunat bagi memastikan semuanya in order. Terima kasih pada SV (Prof Z), examiner (Dr Arujunan) , Illah, Has kerana membantu. teristimewa buat isteri tersayang kerana sentiasa disisi memberi sokongan. Dalam wang ringgit bukanya sedikit, kertas, printing, belanja makan, binding, hidden cost paling tidak mau mencecah RM 2,000.00 jadi dapat elaun thesis RM 1,500.00 dah berbaloi. Hadiah paling berharga harilahir adalah siapkan thesis, doa kelahiran dan bacaan Yaasin di Surau Al-Haqq dengan jamuan nasi lemak dan kek pandan sponge 2 kg. Wassalam
Tuesday, 7 December 2010
KITAR SEMULA SIRI KETIGA surau AL-HAQQ - 6 DIS 10
Kali ketiga Kitar Semula diuruskan oleh Biro Wanita bagi mengisi tabung untuk aktiviti mereka. Tujuan utama adalah untuk memberi impak kepada kaum ibu yang hadir bagaimana menguruskan program dan pelaksanaanya. Ianya berjaya memberi penerangan bagaimana bahan diasing mengikut jenis, kenapa bahan kotoran dibersih dahulu dirumah, diasing dan hasil jualanbarang buangan (botol, kertas, tin makanan, kertas surat khabar dan besi buruk). Disamping itu, ianya dapat mengumpul ibu-ibu di pagi Sabtu sehingga jam 1230 tghari untuk berkumpul menjayakan aktiviti sosial serta penjagaan alam sekitar. Usaha ini turut dihadiri dan dilawati oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja. Seramai 18 penderma Kitar semula dan 7 ahli baru kali telah turut menyumbang. Kali ini jumlah yang diperolehi adalah sebanyak RM214.60 dengan barangan mengikut gred. Harga dan berat ditimbang seperti berikut
plastic * 43.5 kg x 1.00 = RM 43.50
premium 3* 8 kg (aluminium/tin) x 0.61 = RM 4.88
mix paper * 80 kg x 0.27 = RM 21.60
premium 2 * 97.5kg besi x 0.95 = RM 92.63
Newspaper* 140.5kg x 0.37 = RM 51.99 Jumlah 214.60
Daripada ketiga-tiga Kitar semula (2 Okt, 6 Nov dan 4 Dis) telah memperolehi sebanyak RM613.48 (138.48 +260.48 +214.60)
Usaha dan jualan bulan Jan akan diuruskan oleh Wakil Pemuda AL-Haqq bagi tabung mereka. Jualan pakaian dan barangan lusuh (kasut dan permainan) akan turut dilaksanakan pada awal Jan 2011.

HARI LAHIR -DEC
GAMBAR -GAMBAR DIMS
AWAL MUHARAM 1432H
7 Dis 10, cuti awal Muharam, ambil kesempatan rehat sebab dah x larat, pening sebab siapkan 6 salinan thesis untukViva Voce pada 15 Dis 10 di MAFDC. Sejak 30 Nov 10 selepas jumpa spvr di Equatorial hotel dan pada 3 Dis 10 di HELP Jalan Dungun, dah tak cukup tangan dan masa nak tidur, makan, dan kena berkurung di Lanai Gurney sampai siap pada 6 Dis 0800 pagi. Walau apapun, solat dan jogging tetap diteruskan bagi kelangsungan masa depan. Sibuk dapat juga ke HAT ambil ujian darah untuk pemeriksaan ulangan pada 9 Dis. Kat situ jumpa skot Col Dr Kenali dah kena sedut dan nak ada appointment Dr MOPD.
petang 6 Dis bersama anak dan isteri ke Surau majlis awal Muharam dan majlisl Tahlil dan bacaan yasin hajat ahli jemaah-cucu berkhitan. Hari cuti memang betul cuti, qada tidur dan ambil masa nak recover tak macam masa muda dulu. Malam nya bincang dengan Biro wanita SAH mengenai kelas pengajian AlQuran dan Marhaban. Kemunchak minggu depan adalah VIVA VOCE dan persiapan terakhir Tesis sehingga 31 Dis 10.

Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"