Thursday, 6 January 2011

MAFDC 30/2010 CONVOCATION DAY

6 JAN 2011, THURSDAY, saat manis, suka, duka dan membosankan selama setahun di MPAT dikecapi dengan penyampaian diploma MPAT oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi Menteri Pertahanan di Dewan Trisakti. Tahniah buat Johhny atas 2 best awards, distinction to (2 Army, 1 Navy and 2 FS) Rezal, Kamaruddin, Dexter and Xu. Syabas to Radzi, Malik , Bob, Ow, Barry and Dr Yunus for Commandant list (3 army, 1 navy and 2 Air Force). The rest passes grade (3.00 to 3.49) to Baha, Zaman, Nubli, Fareed, Rahman, Zaidan, Ahmad Sahifuddin, Sobri, Zulmajdi, Abdullah, Nazeri, Tayazi, Mohd Noor and Fuad from the Army, Navy terdiri daripaada Roslan, Kindil, Halim, Fadzli and Hanafiah while the Air Force, Zaki, Roslan Yassin, Tuan Iskandar, Noor Akhmar and S.Islam. Oversea student Hj Aznan, Ramos Jose and Atok Dushanto. Selepas sesi bergambar jamuan di WK. jAM 12-1340 bersama TPTD di bilik Mesyuarat bagi amanat dan maklumat berkaitan current events and future MA developments and startegic planning. Disebelah petang CP wife Hi tea di WP Semboyan at Jalan Ampang sehingga 6 ptg. Malam in (7 Jan 11) di JW Marriot bagi Graduation Dinner, pakaian black tie/tuxedo/dinner jacket and evening dress for the spouse.Syayonara MAFDC back tocore business after 15 Jul 11.
Publish Post

MAFDC GOLF MSATER 302010

GM 302010 dihadiri seramai 27 pemain bagi meraikan staff MAFDC di Nilai Golf and resort hotel. Kali pertama kami bermain dengan Komandan setelah gagal bermain boling sebab komandan dah beralih angin main golf. Semua staff terlibat golf hadir menerima undangan kami (Komdn, Timb Komdn, HOSSIR, DS Air, Latih, Koord, IT and ISO officer turut hadir. Aku satu flight dengan Nubli, HOSSIR dan Lt Affifi TLDM. Ok juga setelah 3 bulan tak hayun golf dapat juga 3 par. Dapat leh hadiah ke 18 dengan 29 mata. Selesai permainan aku bergegas balik kerana badan dah mula sakit sendi dan pinggang sebab lama tak pusing badan 270 ke 300 darjah, malamnya semakin lenguh kaki tangan dan terpaksa minta anak-anak urutkan minyak dan telah penadol sebab 4 Dis esoknya kena rehersal grad MAFDC di dewan Tri Sakti. Malamnya tak nyenyak tidur sakit-sakit badan. Awal pagi selepas sarapan telan lagi 2 biji penadol sebelum ke Kolej. Rehersal agak mengecewakan kerana tidak lancar disebabkan persiapan kurang rapi staf. Setelah selesai kami rehersal sesi photograh di ruangan bertangga wisma kancil. Badan semakin sakit, panas badan mula terasa dan sekembalinya aku membeli ubat sakit sendi/musles bagi mengurangkan kesakitan. Alhlamdullilah semuanya kembali normal setelah 2 hari demam main golf. syukur juag setealh setahun baru demam kalau pertengahan kursus aatau semasa persiapan tesis mungkin lagi teruk. Setelah dikaji balik sakit ini bukan sebab golf aje, tetapi kepenatan sepanjang bulan Nov dan sehingga siap tesis kerana terpaksa kerja lebih masa dan tekanan penyiapan thesis. Ingatkan main golf diakhir thesis boleh menaikan semangat dan mengembalikan tenaga tetapi meletihkan pulak.

SAMBUTAN TAHUN BARU DI TINGKAT 20 LG

Selepas menyiapkan final thesis untuk dijilidkan, kerajaan mengumumkan 31 Dis 2010 sebagai cuti peristiwa dengan kemenangan bolasepak Piala Suzuki (aggregate 4-2) mengalahkan Indonesia. Walaupun agak kurang senang dengan keputusan cuti sebab kalau ikut program tesis perlu dihantar sebelum 31 Dis 2010. Jadi pada 30 hb hendak tak hendak kenalah maju awal sehari. Sebetulnya 31 Dis memang bercadang nak bawa keluarga ke LG buat kali terakhir sebab kena serah bilik di LG dan anak-anak akan bersekolah pada 3 Jan 2011.

Jam 12 tengahari kami ke SA ambil kak long dan seterusnya turunkan mereka di Jalan Masjid India untuk shopping dan tukar tudung yang dibeli awal Dis. Kami bertiga terus ke Keramat untuk gunting rambut Emee dan Hass. Jam 2 kami ke LG. Disebelah petangnya kami berenang di tkt 5 sementara menunggu makan malam. dah setahun kali pertama berenang bersama anak-anak. Malam itu kami rancang makan malam di Menara G.Estern Jln Ampang. Kami bercadang ke Cozy Corner tetapi dibatalkan kerana penuh dengan pelanggan jadi kami ke Penang Village. Adik Emee maklum ia nampak Adflin Shauki dan keluaraga juga makan malam di PV. Selepas makan, kami kembali ke LG dan menunggu countdown di tkt 20. Tepat jam 9 malam kami dapat lihat begitu banyak bunga api dilancarkan dari Gombak, PJ, KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Jalil dan Sunway. Walaupun jauh tapi dapat dilihat dengan jelas percikan bunga api tersebut. Dalam fikiran berapa banyak wang dibazirkan dengan keseronokan menyambut tak sampai 10 minit meraikan tahun 2011.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive