Merisik merupakan adat melayu samada melayu asli, jawa dan lain-lain mempunyai adat/tinggalan atau kebiasaan yang diamalkan atau dipeturunkan kepada generasi ke genarasi. Sekarang adat-adat merisik mula bercampuraduk dengan mengambil adat-adat yang mudah dan boleh diterima kedua-dua pihak. Teknik membuka bicara juga berubah dan tidak lagi penuh berlapik, semua sudah tahu hajat, kalau tidak membuang masa. Kalau dulu merisik dibuat dengan penuh adat dan yang menerima kunjungan pula hanya orang tengah, sekarang ibubapa dan keluarga serta bakal menantu turut sama. Cuma dikekalkan jurubicara atau pembuka masih digunakan, tetapi dalam hal-hal bakal majlis jjika dipersetujui akan dibincankan pada waktu yang bersesuaian. Pertama kali menerima risikan digunakan sepenuhnya pengalaman serta menjemput ibu, kakak dan ipar untuk sama berbincang dan membuat keputusan. Merisik juga disertaakan dengan jawapan dan dibincangkan waktu dan tarikh majlis pertunangan, hantaran dan maskahwin. Ini untuk memudahkan apabila berlangsungnya pertunangan dan diteruskan dengan majlis akad nikah. semuanya diselesaikan dengan mudah kerana anak-anak yang terlibat sudah kenal mengenali, begitu juga ibubapa. Wasalam 12 Jun 2011, anak sulong sudah diikat dan akan dibincangkan majlis seterusnya bila sampai masanya. tempoh tidak lewat dari Mac 2012. InsyaAllah. Wassalam
Sunday, 12 June 2011
Sunday, 5 June 2011
KL KE P.PINANG
Cuti Sekolah, ramai ambil cuti, tapi kami tidak berkesempatan di sebabkan ada tugasan pejabat (PTDPAT) dan olahraga TD. Program banjir kilat sebegini menyebabkan kunjungan adik/ipar terpaksa diringkaskan dengan alakadar. Tak dapat nak bawa bersiar-siar kerana semua sibuk dan pada masa yang sama anak kena pula buat latihan industri/praktikal. Seorang di Bkt Jalil dan seorang di Shah Alam. Jadi 4 di KL dan 4 di PP. Orang rumah juga sibuk dengan meeting and trg untuk lawatan PTDBAKATPAT pada 7 dan 9 jun11. Jam 12 dan 1 pagi baru siap, hanya dapat masak tinggal. Dalam masa yang sama sibuk juga bincang hal merisik dan keluarga. Persiapan minta tolong orang AS buatkan dan perlu bantuan TKM. Minggu ini lagi sibuk mengatur persiapan dan lain-lain keperluan.
Thursday, 2 June 2011
RESTOREN 3 R (RRR) PANTAI REMIS
Selepas selesai pemeriksaan gigi dan tampalan semula, Dr Z h gagal mengesan gumpalan nanah/darah di bahagian roots graham atas dan mencadangkan di rujuk ke PGAT KL (Dr Rsha). Temujanji akan diatur mengikut kelapangan masa. 1 jam proses mencari dan mengerudi dan tampalan balik, rasa gilu dan sakit belakang kepala. Sebelum bergerak balik aku menghubungi Dali untuk mendapatkan alamat rumah Pak Dak Razak (Duck) di Pantai Remis. Setelah dihubungi aku singgah ke kedai Pak Dak Restoren 3 R di Jalan Permatang Pasir. Spesialnya menu mee kari udang lipan. Sampai dikedai jumpa pula dengan abg Mahthir serta isterinya Nilam yang singgah dalam perjalanan ke KL. Kami dah tak jumpa agak lama, hampir berbelas tahun dengan Pak Dak dan juga Mahathir yang aku jumpa di KK tahun 88. Pak Dak juga jemput keduri kahwin anaknya pada 5 Jun. Manakala abang Mahthir pula ke KL merisik untuk bakal menantu pada hari yang sama. Kami dijamu udang lipan goreng, tomyam seafood, asam pedas denga air asam boi. Pakdak bercerita tentang arwah ayah dan bagaimana restoren didirikan asalnya dari pelangar jual laksa dan dibina sedikit demi sedikit sehinggalah tersergam seperti sekarang. Khabarnya pelanggan dari Jepun, orang putih dan orang kenamaan menjamu selera dikedainya. Semua sajian dan urusan kedai diuruskan sendiri dengan isteri, anak-anak dan menantu. Syabas buat Pakdak Duck. Jam 1330 bergerak balik ke PP dan singgah sembahyang di Masjid Pengkalan Bahru. Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"