Tuesday, 17 April 2018

CUTI2 SEMENANJUNG ZIARAH DAN SOLAT BERJEMAAH

  1. Setelah hampir 9 bulan pencen,rancangan nak  pusing semenanjung, bermula pada 17 Apr 18 berkesempatan untuk memula perjalanan. Bergerak jam 1200 ke Banting. Jam 1250 singgah solat zohor di Masjid At Taqwa. Selesai solat sunat bergerak ke PD melalui Dengkil, Sepang ke Tol Pedas. Rancang ke Melaka terpaksa dibatal dan kami meneruskan perjalanan ke  Tangkak selepas solat Asar di Masjid Telok Pelandok Pasir Panjang PD. Kami melalui Lebuhraya hingga ke Tangkak. Makan makan malam Nasi lemak, satay dan  beli kek  birthday Akhtar di cottage bakery Tangkak. Kami solat Maghrib dan Isyak di Masjid Bandar Tangkak. Selepas solat terus ke Pagoh dan bermalam diladang Pangkalan bukit SD Pagoh.  Awal pagi kami mencari masjid Kpg Pangkalan bukit tetapi sehingga azan subuh kami tersesat dan berakhir di surau kpg Seri Menanti. Selesai solat kami pusing pekan Pagoh sebelum balik ke Rumah Ladang PB SD. Jam 1000 pagi bergerak ke JPO Skudai melalui lebuhraya PLUS. Jam 1145 tiba dan berlegar dibeberapa kedai dan mencari masjid di kawasan berhampiran dan berakhir di masjid bandar Putera yg mana Imamnya bekas anggota KAGAT. Selesai solat kami bergerak ke bandar JB melalui pantai Lido dan singgah minum petang di kompleks MARA ( mee rebus). Memandangkan JB agak padat kami mengubah jadual bermalam ke Mersing Johor yg jaraknya hampir 230 km. Perjalanan melalui Kebun Teh, Taman Pelangi, Ulu Tiram, Kota Tinggi dan terus ke Mersing. Kami solat Asar di Taman selepas PULADA dan sampai Bandar Mersing jam 1830. Kami menginap di Mersing Inn kerana paling hampir dgn masjid.
  2.  Selepas daftar masuk ada masa 10 minit sebelum azan. Maslid di atas bukit menghadap LCS diwaktu matahari senja amat menarik. Kami terus merakam gambar di luar dan di dalam masjid. Jumpa Normin diruang solat sebelum azan berkumandang. Selesai solat kami mendengar kuliah Maghrib sebelum solat Isyak. Selesai solat kami ke gerai makan ditepi jambatan Sg Mersing. Semasa makan kami merancang ke P.Tioman. Awal pagi kawan solat Suboh di masjid yg sama dan merakam matahari diwaktu subuh dan fajar menyising. Jam 7 kami daftar keluar hotel dan ke jeti untuk tiket feri jam 0900 pagi. Harga tiket RM 35.00 seorang. kami tiba di Kg Tekek P.Tioman. Suasana dlm feri hampir penuh dgn pelancong walaupun hari Berkerja. siKKm. Kami memilih pekan Tekek kerana ianya berada ditengah pulau dan terdapat masjid lebih kurang 1 KM dari Jeti Tekek. Sampai di Jeti kami menyewa sebuah motorsikal jenama Symm dengan RM 90.00 untuk seharian 24 jam. Selepas membuat semakan hotel kami daftar masuk Berjaya Resort RM 288.00 termasuk minum pagi. Kami juga mengubah jadual balik dari jam 0900 kepada 1200 kerana kesuntukan masa dan juga masa untuk sewaan hotel dan motosikal berakhir jam 1200. Kami sampkai balik di jeti Jabatan Laut Mersing jam 1530 dan minum petang di Kluang Rail Station Cafe bersama Kol Loc. Jam 1600 kami bergerak ke Kuantan dan solat Asar di Kpg Lalang Mersing. Kami tiba di Pekan Masjid Besar Pekan dan solat Isyak di masjid Sg Isap dan atiab di Hotel Shahzan jam 2200. Selepas kem bersihkan diri kami mendobi dan sambil menunggu dobi siap kami makan malam di gerai makan berhadapan masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan. Sesuai solat Subuh kami minum pagi dgn Lt Kol Amin dan CikGu Sabariah di kwsn Tanjung Lumpur. Selepas sarapan jam 1100 kami bertolak ke Kuala Terangganu menggunakan LPT2 kerana mengejar waktu solat zohor di Marang atau Dungun. Kami sempat berjemaah solat zohor di Masjid Kuala Dungun dan meneruskan perjalanan. Kami bersolat Asar di Masjid Tuanku Zanariah Pekan Marang. Sebelum itu kami ke rumah anak saudara melawat rumah baru dan Aishah. Alhamdulillah kami sampai di Hotel Puteri di bandar Kuala Terangganu berhampiran Masjid Abidin (80 meter). Malam itu pengisian tazkirah Magrib oleh Mufti Terangganu. Selepas daftar keluar kami mengziarahi besan di Wakaf Bruas dan meneruskan perjalanan ke Kota Baharu Kelantan. Kami menginap di Ridel hotel dan sebelum ke hotel kami solat Zohor di masjid Hadari Jertih. selepas solat Asar di masjid Muhammad kami minum petang Dim Sum di Cafe hotel bersama dengan Lt Kol Zul dan Cik Gu Asiah. Keesokan pagi kami ke rumah Zul & Asiah bersebelahan Istana Kubang Kerian. Seperti biasa jam 1100 atau 1130 kami kembali meneruskan perjalanan, kali hari ke 6 (Isnin) kami ke Jeli dan dijangka bermalam di Grik atau P. Pinang. Kami solat Zohor di masjid Muking Batang Padang Tanah Merah dan solat Asar di Pekan Grik. Selesai solat kami mengubah haluan ke Kuala Kangsar. Kami singgah di Tasik Raban sebelum tiba di Masjid Ridwaniah KK bersebelahan MCKK dan Dewan Jubli Perak. Alhamdulillah, keinginan menginap di masjid  berkesampaian kerana masjid ada sewa bilik penginapan. Tazkirah Magrib   oleh Ustaz Amin PP amat berkesan dan santai dan menyentuh bahang PRU 14 di dalam memilih pemimpin. Secara ringkas intipati adalah pemimpin yg baik adalah orang yg menjamin nyawa, amanah, keselamatan, harta serta keamanan. Selesai solat Isyak kami mencari dobi dan makan malam, memusing2 mencari kedai dibi layan diri dan kedai makan berhampiran. Alhamdulilah kami 




Sunday, 1 April 2018

1 April 2018

Sedar x sedar dah masuk bulan 4 tahun 2018. Setelah hampir 9 bulan pencen, Alhamdulillah semua perancangan yg dibuat telah dilaksanakan. Rancangan terakhir adalah bercuti selepas berehat dan balik cuti baru rancang bekerja sendiri atau dengan majikan. Beberapa pengubah suai rancangan perbelanjaan dan simpanan perlu dibuat.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive