Pergerakan ke P.Pinang dari KK menggunakan lebuhraya PlLUS dan jambatan ke 2 PP. Kami bercadang bermalam di Gorgetown kerana berhampiran masjid Kapitan Kling. P. Mutiara tidak asing bagi kami kerana kami pernah tinggal di Sg Ara pada tahun 2011~2012 Okt. Kami ke kedai Nasi Kandar Bayan Lepas dan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Raudhah Aparatmen di lebuh Chulia.Kami solat Zohor an Asar dan Subuh di masjid terawal di P.P (215 tahun). Kami solatMaghrib dan Isyak di masjid Melayu/Acheh di Lebuh Acheh. Malamnya kami makan Nasi Beratur. Keesokannya kami bergerak ke Punchak Gunung Jerai dan bermalam di Jerai Inn (RM 188.00) termasuk sarapan pagi. Dipunchak gunung surau tempat kami menunaikan solat 5 waktu dari waktu Asar hingga Subuh. Sebelum ke punchak gunung kami solat zohor, makan tghari di Restoren Cinta Sayang dan mendobi di Pink Laundry self Service. Suasana gunung amat sunyi diwaktu malam. Kesokan kami bergerak ke Kedah, singgah solat zohor di masjid Zahir Alor Star, singgah rumah adik di simpang Kuala dan meneruskan perjalanan ke Kangar Perlis. Kami solat asar di masjid Air Hitam dan terus ke hotel Seri Malaysia Kangar. Waktu ini suasana PRU telah hampir ketarikh pengundian pada 9 Mei 18. Malam itu selepas makan malam di restoren Ikan Bakar Api2 dengan besar Perlis kami balik ke hotel. Dilobi aku terserempak calon Mata Air Lt Kol Bersara Azhar kenalan dalam perkhidmatan. Kesesokanya kami bergerak ke rumah kakak di Sedaka Yan Kedah untuk mesyuarat rumah tanah pusaka arwah ibunda yg kembali ke rahmatullah pada bulan April 17. Selepas solat Asar kami ke Kaki Bukit Teroi Homestay adik bongsu. Malamnya kami bermalam di rumah anak buah di Gua Chempedak.
Solat suboh kami mendengar tazkirah dlm bahasa arab oleh ulamak Syria dan dialih bahasa Melayu. Selepas sarapan, tak disangka jumpa Ustaz Sharul yg dtg atas urusan PRU 14.....Katanya di bawah JAKIM di Parlimen Jerai. Katanya dah 2 minggu menginap di homestay. Seperti biasa kami bergerak balik ke Klang melalui PLUS hwy dari Gurun ke Slim River dan sampai di Masjid Shah Alam waktu Maghrib. Tazkirah terakhir kami diakhiri dlm Bahasa Inggeris pulak. Alhamdullillah kami sampai balik ke Klang jam 2100. Jauh perjalananan h3 ribu km dan belanja selama 12 hari termasuk sajian dan penginapan sbanyak 5 ribu.