Wednesday, 26 September 2018
MENGANDAM SEMULA POKOK BUNGA
Aktiviti dihujung minggu dengan mengandam pokok bunga dan menyemai benih pokok bunga~bungaan. Sabtu dan Ahad dihabuskan bagi riadah minda dan juga kesihatan. Alhamdullillah siap spt dirancang. Kos beli tanah juga tinggi RM 20.00 bagi 2 kampit tanah seberat 5 kg.
Wednesday, 19 September 2018
Sunday, 16 September 2018
HARI MALAYSIA & HARI ATM16 Sep 18
Hari ini Tanggal 16 Sep. sudah 61 tahun merdeka dan 85 Tahun Hari ATM. Hari ini cuti, pagi sarapan lewat makan Yoog Tau Fu sup, sedikit nasi goreng ikan masin dan teh tarik plus bungkus untuk Emee nasi putih ayam kunyit. Hujan selepas zohor. Bersantai di rumah...sambil mengemaskinj blog dan pasang kunci kat bonet cherry....elak pencuri bateri... semalam jam 2324_mlm kelibat dlm cctv seorang lelaki bermotosikal dok usher my cherry.....kejadian kehilangan lepas pada 17 Ogos 18 diharap tidak berulang lagi. InshaAllah.
..r
..r
Friday, 14 September 2018
BELIMBING BULOH & SERVICE ERTIGA
14 Sept 18. Semalam buat svc Ertiga 46 ribu KM, kena RM 307.00 ganti minyak dan spark plug. Sementara tunggu hampir satu jam kerja siap, diruang rehat dapat juga lepas dahaga kena kopi dan roti pack.
Hari ini 15 Sep 18, ke pasar tani Andalas beli pokok belimbing RM 20.00 dan jagung 5 jantung harga RM 6.00. Sekembali di rumah proses menanam dlm pasu dan juga kemas kwsn longkang hdpn dan buat pagar kwsn laman seberang jln. Pagaran dibuat mengunakan besi recyle drp longkang dekat tong sampah. Itik recycle ditanam money plant. Alhamdullillah ada juga berpeluh pagi Sabtu. Wife p kelas pengajian di Masjid Barakah.
Magnavision F & B (Svc Ertiga) 14 Sep 18 |
Sunday, 9 September 2018
CUCI PERUT
Kejadian sakit perut kali kedua selepas hari Raya Puasa. Kali pertama makan buah anggur. Terasa perit dan memenatkan. Seharian keluar masuk tandas. Hari k3 terpaksa jumpa Dr. Hari ini selepas solat terasa mual Tekak dan memulas perut. Lantas aku membuat segelas polley dan tidor. Jam 10 aku bergegas ke tandas muntah angin dan sisa makan malam. Terasa perit dengan angin bergas dalam kerongkong. Mata terasa kuyu dan tekak bertambah meloya. Aku terpaksa menjolok anak tekak dan memuntahkan sisa nasi dan biji dokong serta daging kenduri. Terasa selesa buat seketika. Selepas membuang air besar aku bertambah selesa. Sarapan pagi tidak berani sentuh, kerana mulut dan tekak terasa tepu dan bergas. Aku minum dua sudu glaviscon. Selang 30 minit, aku meluru ke tandas dan memuntah sisa makanan dan lendir. Mata terasa menjembul dan muka bertukar kemerahan dan lebam.Terasa sesak nafas dan jantung terasa panas dan terasa masih tersangkut ditekak, aku menjerit memanggil isteri untuk bantu. Anak datang dan membuat tepukan di belakang. Alhamdullilah terasa lega tekak.Selepas membersihkan diri anak membuat irritant kaki dan tangan. Terasa lega dan segar walaupun keletihan. Aku baru terasa lapar dan menghabiskan sebungkus nasi lemak. Seharian aku keletihan dan beberapa kali ke tandas. Malamya aku menjamah laksa dan donut. .........
Tuesday, 4 September 2018
31 OGOS 2018 ~61 TAHUN MERDEKA (KERAJAAN HARAPAN)
Setelah 13 tahun, perbarisan kembali ke Putrajaya. Lakaran sejarah tercatat dgn barisan kabinet baru, muka2 baru dan format yg sama. Kehadiran ramai penonton juga digambarkan di skrin TB hampir 300 ribu orang. Kali ini juga Has & Emee turut dlm perbarisan mewakili Jab Imigrisen dan Angkatan Pertahanan Awam. Tahniah buat meria berdua kerana abahnya tidak pernah ikut serta. Cucu di Pagoh juga meraikan Hari Kemerdekaan di Tadika Pasti dgn pertandingan mewarna dan sandwich Merdeka. 31Ogos, aku dan isteri dlm perjalan dari Alor Star ke Klang. Kemeriahan sambutan orang ramai terhadap mengibar jalur gemilang dikenderaan, premis, kedai agar hambar. Dulunya byk bendera diagihkan secara percuma dan kali ini mungkin pendekatan berbeza dgn pengajuran program yg lebih bermanfaat spt pertandingan mewarna, pidato, sajak dan lain2 nya. Apapun semangat merdeka perlu dizahirkan dgn program ilmu diperingkat Kpg, Taman atau kawasan dgn peeuntukan kewangan drp kerajaan dan sykt swasta dibawah CSR dan juga gotong royong membersih kwsn setempat. .....MEDEKA 61 Tahun.
BERSIH RUMAH PUSAKA 27 ~30 OGOS 18
Wife group ke Pdg Besar naik ETS dan semalam di Hadyai. Aku juga balik kpg di Tandop untuk uruskan rumah pusaka arwah ibu. Mlm pertama tidor rumah adik Jln KK, keesokanya ke jln Surau 23 B untuk bersih rumah, byk tahi cicak, habuk seharian mengemas dan mencuci lantai. Esok adik Tan dtg bawa bush cutter, kami memotong rumput dan kwsn belukar blkg rumah. Hari ke3 membakar/membersih kwsn yg telah dipotong. Hari Khamis selepas mengemas aku ke Felda Mat Ayer untuk mengambil bag wife group...penuh satu Ertiga. Hari jumaat kami balik dan sampai Klang 2100. Rancangan pemasangan pagar rumah Tandop dlm RM 10 ribu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"