Sunday, 25 February 2024

CAT RUMAH SEBELUM RAMDHAN SELEPAS 2017

 








Kos cat 5 ltr RM 38.00, 17 ltr RM78.00 dan kos beli berus cat RM 50.00. Bermula 15/2--29/2. 


Hari ini 26/2/24- buat kerja kemas bhg atas balkoni,  untuk kerja mengecat dan susun atur pokok bunga. Tahun 2018...genap 6 tahun selepas siap renovate rumah... 

Sunday, 18 February 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TALAQI TAHUN 2022/2023 PADA 17 FEB 2024







 








Alhamdulillah ...
BISMILLAHIRAHMAINARHIM
           ASSALAMUALAIKUM WRH WBT
1) YANG AMAT DIMULIAKAN  TENGKU INDERA PAHLAWAN DIRAJA  (TENGKU DATO’ SETIA PUTRA  ALHAJ BIN TENGKU AZMAN SHAH ALHAJ) SELAKU PENGERUSI MASJID ISTANA DIRAJA

2) YANG DIMULIAKAN TENGKU SERI PADUKA SHAH BANDAR (TENGKU DATO’ ARDY ESFANDIARI ALHAJ BIN TENGKU ABDUL HAMID SHAH ALHAJ)

3) YANG DIMULIAKAN TENGKU ORANG KAYA MENTERI DIRAJA (TENGKU EZRIQUE EZZUDDEAN BIN TENGKU DATO’ ARDY ESFANDIARI ALHAJ dan ISTERI, Y.BHG TO’ PUAN SYAMIM BINTI MOHD FARID

4) YANG BERUSAHA DATO’ PENGELOLA BIJAYA DIRAJA KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR (DATO’ SAWALUDDIN BIN MD NOR)

5) YANG BERUSAHA TUAN HAJI ANWARULHAQ BIN SULAIMAN  (KETUA JABATAN, JABATAN AGIHAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR)

6) YANG BERUSAHA  AL FADHIL IMAM PADUKA TUAN (TUAN HAJI MOHD RASID BIN MAHFUL)
       YANG DIKASIHI BARISAN GURU-GURU
YANG DIHORMATI PARA PELAJAR YANG DIRAIKAN…DAN 
SELURUH HADIRIN HADIRAT SEKELIAN
SAYA HJ MOHD TAYAZI ABDUL KADIR  MEWAKILI PARA PELAJAR PENGAJIAN AL-QURAN MASJID ISTANA DIRAJA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MASJID DAN PIHAK-PIHAK YANG BERKAITAN YANG TELAH MEMBERI PELUANG DAN RUANG KEPADA KAMI PARA PELAJAR UNTUK MENIMBA ILMU AL-QURAN DI MASJID INI.
SAYA  AMAT BESYUKUR KERANA DIBERI PELUANG MENGIKUTI PENGAJIAN TALAQI PERINGKAT TINGGI PADA JANUARI TAHUN 2020, WALAUPUN SAYA RASA TAHAP BACAAN LEMAH DAN KURANG ARIF MENGENAI HUKUM TAJWEED, NAMUN AMAT BERSYUKUR KERANA MENDAPAT BIMBINGAN GURU-GURU SEMUA SERTA SEMANGAT RAKAN SEPENGAJIAN. 
SESUNGGUH ALLAH JUA YG MEMBUKA RUANG DAN PELUANG KEPADA SAYA DAN ISTERI KERANA TERPILIH BELAJAR DI MASJID INI, PADA AKHIR TAHUN 2019. 
IANYA MUNGKIN  KERANA SELEPAS BERSARA JAN 2018, SAYA DAN ISTERI TELAH MEMBUAT KEMBARA ZIARAH/SOLAT DI BEBERAPA BUAH MASJID SELAMA 14 HARI (BERKERETA) DI SEMENANJUNG MALAYSIA. PERJALANAN KAMI (DARI KLANG, BANTING, PD, MELAKA, JOHOR, MERSING/TIOMAN, KUANTAN, KT, KB, GRIK, KK, PULAU PINANG, PERLIS, KEDAH, LUMUT DAN KLANG. 

SETERUSNYA BELAJAR IQRA SELAMA 6 BULAN 2029 DI MASJID JEMAAH BUKIT JELUTUNG DAN  TALAQI MASJID AR-RAHIMIAH SELAMA SEBULAN NAMUN TERUS KEKAL DI MASJID ISTANA JAN 2020 HINGGA SEKARANG, KERANA MASJID DIRAJA INI DAN  PERSEKITARAN YANG TENANG DAN INDAH. DISAMPING GURU-GURU YANG SENANTIASA MEMBERI MOTIVASI DAN KOMITEN KEPADA PELAJAR-PELAJAR. IANYA AMAT SESUAI UNTUK BELAJAR AL-QURAN.

 DI ANTARA PENGALAMAN YG MENARIK IALAH SEMASA COVID 19, ALLAH TELAH MEMILIH KAMI …UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN SECARA ONLINE SEHINGGA KHATAM AL-QURAN. TERIMA KASIH KEPADA AL-FADZIL IMAM PADUKA TUAN (TUAN HAJI MOHD RASID BIN MAHFUL) DAN SAHABAT PENGAJIAN (HJ ISMAIL, HJ MIOR, HJ MAZLAN, HJ SAMSURI DAN BEBERAPA LAGI PELAJAR).
PENGALAMAN DAN ILMU YANG DIPELAJARI INSHAALLAH SAYA GUNAKAN DAN AMALKAN DI SURAU AL-HAQQ TAMAN SENTOSA. 
SAYA JUGA PASTI PELAJAR-PELAJAR SEANGKATAN SAYA TAHUN 2020-2023 MEMPUNYAI PELBAGAI  PENGALAMAN YANG DILALUI SEPANJANG PENGAJIAN MEREKA. HANYA SIFAT SABAR, RENDAH DIRI, BERUSAHA DAN BERTAWAKAL SERTA DOA ADALAH PEMANGKIN UNTUK KAMI SEMUA UNTUK TERUS BELAJAR DAN MENGAMALKAN ILMU YANG DITERIMA.
TIDAK LUPA JUGA, KEPADA GURU-GURU YANG DIKASIHI YANG TURUT MELALUI PELBAGAI PENGALAMAN SEMASA MENGAJAR KAMI PELAJAR-

      PELAJAR YANG LEMAH/NAIF DENGAN PELBAGAI  KARENAH PELAJAR-PELAJAR. 
(DARI ANAS BIN MALIK, RASULLULLAH SAW BERSABDA ..MAN HARRAJA FII THALABIL ILFI FAHUAFI SABILLAH, HATTA YAR JIQ). 
“ BARANG SIAPA KELUAR DALAMTUJUAN MENUNTUT ILMU, MAKA DIA BERADA DI JALAN ALLAH SAMPAI IA KEMBALI (KERUMAHNYA)” 
KAMI BERASA AMAT BERSYUKUR DAN BERTUAH KERANA DAPAT MENIMBA ILMU AL-QURAN DI SINI DAN SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENGERATKAN TALI SILATURAHIM RAKAN-RAKAN AL-QURAN. 
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENGAJAR KAMI TANPA RASA JEMU. SEMOGA SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN AKAN DICATAT SEBAGAI AMAL SOLEH DAN DIREHAI ALLAH SWT..AMIIN.
AKHIRUL KALAM…MUDAH-MUDAHAN PROGRAM PENGAJIAN INI AKAN DAPAT TERUS DIJALANKAN DAN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI GENERASI MAHIR AL-QURAN SERTA SEKALIGUS DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA MASYARAKAT SEKITAR UNTUK MENDALAMI ILMU AL-QURAN BERSAMA-SAMA GURU DISINI. 
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN MASJID ISTANA DIRAJA ALAM SHAH (YANG AMAT DIMULIAKAN  TENGKU INDERA PAHLAWAN DIRAJA (TENGKU DATO’ SETIA PUTRA ALHAJ BIN TENGKU AZMAN SHAH ALHAJ)
SELAKU PENGERUSI MASJID ISTANA DIRAJA,
  DAN KEPADA PENGURUSAN MASJID - YANG BERUSAHA  AL FADHIL IMAM PADUKA TUAN (TUAN HAJI MOHD RASID BIN MAHFUL) YANG TELAH BERUSAHA GIGIH TANPA JEMU UNTUK MENGADAKAN MAJLIS INI BAGI MERAIKAN KAMI PELAJAR-PELAJAR PENGAJIAN AL—QURAN SESI TAHUN 2022/2023 DI MASJID ISTANA DIRAJA YANG KAMI CINTAI INI. 
SEKALI LAGI, SAYA MEWAKILI SEMUA PELAJAR MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS KEKURANGAN KAMI.
SEKIAN,WABILLAHITAUFIK WAHIDAYAH…WASALAM.

LT KOL HJ MOHD TAYAZI BIN ABDUL KADIR (BERSARA) 
WAKIL PELAJAR 

Tuesday, 13 February 2024

Monday, 12 February 2024

PASAR SALOMA.. TAPAK PARKIR AEON BUKIT KLANG

 Ramai juga peniaga dan pengunjung.  Bermula hari Khamis 8 Feb hingga 12 Feb 24, Berkonsepkan makan melayi,  Thai,  Timur tengah dan makanan barat dan timur.  Berkesempatan pergi hari terakhir.  Satu pendekatan jualan gerai berhias zaman Saloma Biduanda negara. Suasa zaman melayu dan papan tanda tulisan jawi






























i serta seditan cerita era Saloma...usaha yg baik mempromosi perniagaan sambil memberi nafas baru kepada generasi baru dlm pengurusan perniagaan,  sejarah dan ketamadunan Melayu. Nampak ada pelancong asing yg turut mengunjungi gerai yg berkonsep Tema Saloma....Beli Ubi Kayu  kelapa parut, gula merah RM 8.00, Laksa Siam,  Tokayaki,  Tongmok, Air mangga berkiub,  percuma otak2, dodol cair,  aiskrim malaysia.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive