Sunday, 2 March 2008

PRU ke 12

2 Mac 2008. Demam PRU ke 12 bermula apabila PM membuabarkan Parlimen pada 13 Feb 2008. SPR telah mengadakan sidang akbar memaklumkan penamaan calun DUN dan calun DP akan diadakan pada 24 Feb 2008 dan pembuangan undi pada 8 Mac 2008. Daripada cakap-cakap politik ura-ura untuk membubarkan Parlimen telah bermula sejak tahun 2007, dengan pelabagai tarikh dan juga persiapan jentera parti baik dari perancangan strategi jangka panjang dan pendek. Ada yang sibuk membuat roadshow ke negeri-negeri, membawa dan menjanjikan peluang ekonomi seperti Koridor ekonomi, masa hadapan peserta Felda, isu-isu agama, kaum dan juga keselamatan. Semenjak tahun 1985, hampir 5 kali pilihan raya semuanya melibatkan undi pos dan ada kalanya pos tak sampai untuk dibuat undian, cuma 2 kali aku masih ingat buat pilihan pangkah sendiri, dan sekarang ianya lebih mudah sebab undi pos dihantar di kawasan kem tempat bekerja.
Semenjak 13 Feb kelihatan bendera hijau, biru, biru muda dan merah mula dipasang bagai pesta menyambut perayaan, bahan-bahan pilihanraya mula melariskan akhbar arus perdana dan begitu juga siaran TV mula memfokuskan keuntungan meraih sokongan. kelihatan setiap hari waktu berita arus perdana diisi dengan kempen pilihanraya. Kadangkala terpaksa menukar saluran kerana terlalu banyak berita yang menyokong apa yang diucapkan ketua, tiada ada berita ilmiah yang boleh membuka minda. Kadangkala pendengar ingin mendengar debat dan juga kempen pihak lain agar kita dapat membuat analisis sendiri berdasarkan kepimpinan, ilmu pengetahuan, pemikiran dan juga skil berkomunikasi. Walaupun kita tahu projek berjalan setiap hari melalui media tetapi ramai kumpulan berpendidikan ingin melihat kebolehan setiap calun mengeluarkan idea, pendapat dan gaya komunikasi pelbagai arah. Kalau dilihat banyak maklumat diberikan bersifat sejarah dan berulang-ulang. Ramai ingin mengetahui bagaimana rancangan masa hadapan dan kaedah yang diguna pakai bagi memajukan negara dari pelbagi sudut. Terpulang kepada pendengar untuk menilai dan memilih calun yang berkelayakan. Kadangkala dilihat banyak maklumat menyokong dan memberi ulasan tetapi tidak mengeluarkan cara bagaimana memastikan projek berjalan lancar. Ini menyebabkan ramai pendengar berusaha mencari berita sampingan melalui blog, majalah dan juga menghadiri ceramah untuk mendapatkan pendapat pihak yang lain. Ada kalanya statistik, data dan maklumat yang diberikan agak munasabah dan jika diberi peluang berdebat mungkin beberapa rancangan yang dijalankan tidak dapat memberikan manfaat di dalam jangka panjang. Sifat pencari ilmu lebih suka mendapatkan pelbagai sumber untuk membuat keputusan melalui perbandingan, jika satu pihak melebihi pihak yang lain sudah pasti mereka akan beralih arah dan meraih simpati. Sudah sampai masanya rakyat diberi ruang untuk membuka minda dan lebih bertanggungjawab dan bukan lagi sebagai rakyat yang sentiasa disudukan dengan benda-benda yang enak-enak sahaja adakalanya yang enak lebih banyak mendatangkan penyakit.
Walau apa pun PRU adalah gelanggang yang perlu digunakan oleh setiap individu yang layak untuk turun mengundi dan memilih calun masing-masing. Jika pemilihan mereka bersama majoriti pastinya calun disokong menang. Yang pastinya setiap YB dipilih perlulah menyerahkan jiwa dan raganya untuk menjadi wakil mereka. Bukanya hanya pandai memujuk diawal pilihanraya lepas itu lesap dan kembali apabila PRU menjelang, sebab mereka lebih percaya bahawa mereka dipilih oleh parti dan pengundi memilih parti bukanya individu terbabit. AdaYB terpilih menganggap ianya sebagai satu peluang atau kerjaya untuk mendapat elaun, status dan mengaut kekayaan. Ini mungkin disebabkan YB perlu memajukan peruntukan kepada Parti dan apabila parti menyalurkan kewangan ianya boleh diuruskan oleh YB. Walaupun ianya diurus oleh kakitangan dan agensi kerajaan tetapi adakalanya projek terbengkalai sebab pemantau tidak dibuat sepenuhnya oleh wakil kepada rakyat. Sepatutnya YB bersaing untuk memajukan cadangan bernas bagi meningkatkan ekonomi, mengurangkan masalah jangka panjang seperti kesihatan dan keselamatan. Jika dilihat dan dibuat penerhatian secara rambang hampir 100 peratus YB hidup mewah dengan harta terkumpul dengan banyak dalam masa terdekat. Ini boleh diibaratkan kerjaya YB sentiasa diingini oleh setiap ahli parti dan jika dilihat suku sakat akan mula menjejak langkah. Sepatutnya dibuat undang-undang agar dihadkan pertalian keluarga diantara YB, sebab mereka ini mudah mendapat laluan mudah walaupun diadakan pemilihan parti. Ini mungkin juga disebabkan ahli parti mesti ikut kata pemipin parti. Sepatutnya dibuat pemilihan secara berdebat, roadshow seperti pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat. Setiap calun bahagian mempamirkan/menawar diri dan mula menjalankan kempen menawan hati pengundi dengan ketokohan masing-masing dan setiap pengundi memilih individu dan jika menang barulah dilantik sebagai wakil rakyat setempat. Tidak perlu parti diperingkat DUN. YB daripada DUN-DUN (ikut individu) barulah dipilih keParlimen(parti). DUN setiap negeri akan memilih calun MB yang berwibawa dan bukanlagi dipilih oleh parti. Tugas YB Parlimen adalah menyediakan dasar kerajaan dan DUN bekerja untuk rakyat sepenuhnya berdasarkan peruntukan kewangan pusat bagi projek-projek nasional tidak kira ianya parti pemerintah atau pembangkang.
Walau apapun tarikh 8 Mac adalah penentu samada rakyat Malaysia secara majoritinya memilih pemimpin berdasarkan parti atau kebolehan individu. Jika berdasarkan parti akan ada lebih ramai YB yang lebih mementingkan kerjaya lebih daripada keperluan rakyat. Sepatutnya YB terpilih hidup lebih sederhana dan berusaha membasmi kemiskinan tegar dan merancakan ekonomi dan membina modal insan yang cemerlang. Jika konsep ini dilaksanakan kadar kemiskinan akan menrun kepada kadar sifar. Apabila kemiskinan sifar tercapai maka bertambahlah kadar KDNK. Wang sumber negara boleh digunakan membantu fakir miskin, bukanya dibuat secara terpilih mengikut musim pilihanraya dengan sogokan pembangunan yang dijanjikan dan berakhir dengan keuntungan yang sedikit.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive