Sunday, 13 July 2008

KEMBALI MENYIBUK DAN SIBUK

Dah hampir 2 minggu aku meninggalkan kerja routine dan sibuk dengan urusan ditempat kerja sambil menyiapkan rumah di Klang. Pergerakan ke KL dengan kancil juga merupakan pengalaman berharga dan seperti dijangka perbelanjaan minyak juga menjimatkan. Selama ini aku ke KL, pasti minyak Waja mencecah RM 100.00. Sepanjang perjalanan aku memandu hanya sekitar 80 ke 100km/j dan mengambil masa 7 jam dengan mengambil kira berehat di R&R. setibanya di Klang barang telah tiba dan lantas kami menurunkan barang yang sedikit basah akibat kena tempias hujan sepanjang perjalanan dari Spg Pulai/Tapah ke KL.

Keesokan harinya aku mula memangkas pokok bunga kertas dan membersihkan halaman rumah sambil membuat bajet untuk mengubahsuai serta mengecat rumah yang hampir 5 tahun setengah ditinggalkan tanpa penyewa. Kalau mengikut kehendak, hampir semua nak diperbaharui atau diubahsuai tetapi aku terpaksa memberi keutamaan mengikut kemampuan. Hampir kebanyakan kerja adalah melibatkan wang, jadi bagi menjimatkan kos aku bercadang membuat secara DIY. Malam itu aku masih meneruskan mengelap lantai rumah, dan juga membersihkan tempat tidur. Di awal pagi hujan mencurah turun dan aku dapat mengenalpasti masalah bumbung bocor akibat zink penampan tertanggal. Keesokanya aku terpaksa mengeluarkan RM 270.00 membeli tangga, petroluem sheet bitumen, tangga dan bitumen aspalt bagi membaiki bumbung. Jam 6 ptg aku mula menaiki bumbung bagi menampal tempat yang bocor dan selesai hampir jam 730 malam. Jam 4 pagi berikutnya aku mendengar titisan air dari siling ke atas tangga dan terpaksa mencari baldi bagi menakung air. Ini semuanya berlaku apabila aku membuka paip utama ke dalam tangki air disiling, setelah matahari keluar aku terpaksa memanjat siling bagi memeriksa tangki air dan mendapati terdapat rekahan kecil dipenjuru tangki air. Baki lebihan bitumen asphlat dan perekat pvc digunakan bagi menampal rekahan tersebut dan aAllahdullillah semua berjaya diperbaiki. Ini adalah langkah sementara dan jangka sederhana.

Pada hari berikutnya akau memeriksa pintu utama yang dimakan anai-anai dan amat terkejut kerana hampir separuh pintu reput dan menjadi sarang anai-anai. Tinjauan dikedai mendapati pintu (2 daun) berharga RM400.00 dan upah membaiki juga sekitar RM 200.00. Memandangkan hari sabtu tiada kedai hardware dibuka jadi aku mencari rakan lama seorang tukang kayu/kontraktor (Mr Ng) dihujung barisan rumah. Sekali lagi beliau membantu dengan memberi bantuan dengan harga RM 400.00 bagi pemasangan pintu yang beliau ada stok lama. Tanpa berlengah aku memberi lampu hijau untuk dipasang keesokan harinya. Kerja memasang pintu mengambil masa yang panjang dari jam 0900 pagi hingga 1900 sebab terpaksa membuat alignment dan membesarkan pintu mengikut saiz pintu sedia ada. Di dalam masa tersebut anak beliau sempat kebas handphone, jadi haruhara semalaman aku mencari handphone dan membatalkan line (temporary block). Keesokan harinya aku mendapat balik handphone tetapi sim kad telah dibuang. Yang menjadi masalahnya semua no telefon dalam handset, jadi aku tidak dapat membuat panggilan dan terpaksa memohon bantuan jiran ke Celcom Care line. Celcom juga memerlukan surat dari Mindef bagi pengesahan sebelum sim kad baru dikeluarkan. Allahdullillah semuanya dapat diselesaikan sebelum hari khamis tetapi malang juga semua no. telefon rakan terpaksa direkodkan semula.

Aku juga mula mengecat pintu dan besi grilled sepanjang 2 hari tersebut dan baklinya akan diselesaikan sebelum 30 Jul 2008. Kos membeli cat dan varnish hampir mencecah RM 100.00. hari Jumaat aku kembali bertugas dan dibeikan 2 assignment untuk disiapkan sebelum 30 Jul 2008. Aku seterusnya merancang balik bercuti menaiki bas mara Ekspress dan meninggalkan kancil di Transit. Di dalam perjalanan bali kenangan bas rosak menghantaui kembali kerana bas mara dinaiki rosak akibat absorber tayar belakang kiri rosak di Jitra jadi bas terpaksa dibawa agak perlahan ke stesen Changlun. Sepatutnya pejalanan sampai ke Changlun sebelum jam 1700 ptg tetapi terlewat 30minit. Begitulah selingkar kisah dan dugaan sepanjang kembali ketempat bau untuk meneruskan khidamat. Pertukaran juga masih menanti kelulusan sehingga 30 Jul jadi aku terpaksa membuat kerja tanpa porfolio sehingga tarikh tersebut.

Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive