5 Jan 09, anak-anak mula melangkah ke sekolah setelah cuti panjang penggal ketiga 08. Sekarang tinggal 2 anak masih diperingkat sekolah rendah dan menengah. Adik Has Tkt 1 di SMK Andalas, dan babyEmee tahun 2 SRK Andalas. Yang lain-lain masih meneruskan pengajian semester pertama, kedua dan akhir. Kalau dulu 5 sekolah rendah dan belanja masuk sekolah agak membebankan. Sekarang tidak jauh beza cuma tidak lah sekaligus. Suasana sebegini mungkin sama dengan rakan, jiran tetangga dan warga negara yang menjalani jadual serupa, ada yang x ada anak, anak dah bekerja mungkin suasana sebegini aman dan tenteram. Yang ramai anak dan satu dua orang mungkin jadual awal tahun penuh dengan kerenah dan cabaran.
Hari pertama anak yang bongsu x masalah tetapi hari kedua mula menunjukan rasa malas ke sekolah, setelah ditanya masalah tidak ada kawan macam sekolah lama di Kedah, sekolah baru, rakan baru dan pelbagai gelagat membuat dia agak kekok dan terasing, jadi terpaksa ibunya menemani waktu rehat dan 2 hari berikutnya barulah nampak ceria kerana sudah dapat rakan-rakan baru. Aktiviti sekolah juga padat dari pagi hingga ke petang dan pada hari Sabtu dan Ahad terpaksa kek kelas mengaji Al quran. yang penat mengurus pasti ibunya, menghantar, memasak bekalan, mengambil dan melayan kelatah anak-anak. kalau dulu masa sekolah jalan kaki sebab sekolah dekat dan berbasikal tetapi suasa persekitaran tempat tinggal menyebabkan pendekatan berbeza terpaksa diambil.
Anak yang besar-besar kembali ke kuliah dan boleh berdikari cuma sebagai ibu bapa hubungan telefon dan SMS hanya dapat memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Kalau nak exam pasti minta doa dan restu, begitu juga kalau putus fulus pasti minta transfer akaun. Sekarang hantar wang tak perlu wang pos atau kaedah lama sekarang boleh guna mesin deposit, transfer akaun dan sesaat kemudian anak-anak boleh menggunakannya. Bertambah canggih dunia bertambah dekat anak-anak dapat dihubungi jadi perlulah menggunakan kecanggihan teknologi mengeratkan silaturahim dan memastikan mereka terus didik dan dinasihat sebilang masa. Semoga anak-anak dapat kasih sayang dan diterima ibadahnya. Wassalam
No comments:
Post a Comment