Kempat-empat anak semua dapat belajar di Utara. Anak keempat mendapat tempat di UNIMaP mulai 28 Jun 09. Persiapan hanya seminggu dan kali ini terpaksa beliau bersendirian melapor dan kami akan menyusul seminggu kemudian. Ini disebabkan tugas dan juga sekalikan menghantar anak ke UiTM Arau melapor semester kedua. Pergerakan ini juga untuk melawat Sanee di KEDA Napoh serta mengziarahi ibu yang balik dari umrah pada 11 Jun lalu. Tinggal 2 lagi anak di Tkt 1 dan Tahun 2 untuk mengikut jejak kakak dan abang masing-masing. Syukur di atas rezeki dan anugerah Allah di atas rahmat dan kasihnya. Wassalam.
Monday, 22 June 2009
GANTI JUBIN LANTAI
20 Jun 09. Telah lima hari lantai rumah pecah akibat cuaca panas ataupun kurang simen dan lebih pasir. Aku dengan Sai mula membuat perancangan memecah jubin lantai lantai yang pecah. Sebanyak 24 keping terpaksa diganti. Habis satu rumah bersepah dengan debu simen dan pasir. Isteri dan anak bantu memunggah kerusi dan peti TV. Malam itu kami mengunakan drill, paku, parang bagi menanggalkan jubin. Hampir 4 jam diperlukan bagi memastikan jubin yang rosak dikeluarkan sambil meratakan kawasan agar mudah digantikan jubin baru nanti.
Pagi Sabtu 21 Jun, selepas menghantar anak, aku ke Tesco membeli peralatan seperti sarung tangan, mallet getah seterusnya ke kedai Jubin. Malangnya corak yang sedia ada tidak sama dan tidak ada lagi stok jadi kena pilih warna yang hampir sama. Belanja buat sendiri dengan membeli bahan sahaja mencecah RM 100.00. Selepas solat zohor jubin mula dipasang dan selesai kerja hampir 6 petang. Pengalaman memasang jubin semasa masuk rumah dulu membuatkan kerja menjadi lebih mudah. Wassalam
Tuesday, 16 June 2009
17 JUN 1982
Tarikh-tarikh penting dalam lipatan sejarah Tarikh langkah sulong bergelar P.Muda Sab setelah 2 tahun 16 hari melalui suka duka menjalani lat. PK. Waktu itu tidak nampak halatuju dan setalah hampir 27 tahun aku bersyukur di atas apa yang ada, berusaha dan bertawakal untuk selebihnya. Usaha dan disiplin diri perlu diteruskan bagi menghabiskan usia dalam perkhidmatan dan sebagai ibadah. Suka duka menjadi sejarah dan perlu mengambil jalan terbaik agak tidak mengulangi kesilapan yang sama. Perancangan persaraan juga perlu dibuat dari sekarang agar mendapat keuntungan di usia emas. Prinsip jangan terlalu membandingkan apa orang lain dapat dengan apa yang kita dapat, tetapi lihatlah orang yang kurang mendapat dari apa yang kita dapat. Walaupun begitu, rancang perlu diatur agar mendapat rezeki berlebihan dan dibahagikan kepada yang berhak. Jangan jadi miskin tetapi kufur dan jangan jadi kaya tapi bakhil, jadilah orang yang beriman dan anggaplah bekerja untuk seribu tahun lagi dan beribadat seolah-olah akan mati sedetik lagi. Ingat diri dan sentiasa berzikir dan memohon keampunan daripadaNya. Wassalam.
23121960-1967197219741977 19791980198219841988199419961998
20042006200820102012201420162018
0106198017061982251219841310198529121986160219882108199012081996
1810200106121963010619840106198801081992180920040107200601082008
-01082012,22122013, 1806201820101021
Saturday, 13 June 2009
JIGSAW MACHINE
Bosch and jigsaw berharga RM 255.00 baru dibeli setelah lama ditunggu. Sekarang dah lengkap alat bagi menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Rancangan buat sendiri kabinet dapur, partition dan lain-lain akan jadi lebih mudah. Selepas membeli peralatan tersebut kami sekeluarga ke kompleks PKNS meawat Festics [Pesta Teknologi Innovatif dan Creatif Selangor 2009. Dalam ucapan YB Selangor dan Exco berkaitan menyebut teknologi yang sedia ada boleh mebuat sesorang lebih kreatif dan inovatif jika diberi peluang dan latihan. Kalau dulu menggunakan gergaji secara manual dan mengambil masa yang panjang tetapi dengan Jigsaw semua dibereskan dalam masa singkat dan kemas. Begitu juga drill kalau jenis lama kena juga tenaga memusing alat sehingga berpeluh-peluh sekarang apa saja permukaan boleh diselesaikan dengn cepat dan tepat. Berbalik semasa dikedai hardware di Sri Muda pelbagai alat dijual dari gerudi mata sepanjang 1 meter hingga ke pemecah batu semua dijual. Kalau ada minat dan kerajinan tak perlu upah orang buat, semua boleh dilaksanakan sendiri. Itu pun kalau rajin le beb dan ada minat. Wassalam
Wednesday, 10 June 2009
CUTI SEKOLAH
Anak-anak belajar di IPTA dan Sekolah bercuti penggal/semester. Semuanya berkumpul dan suasana kembali meriah dan ibunya semakin sibuk menyediakan sajian kegemaran anak-anak. Ada yang menjdi rtm (rehat,tidur, makan), membaca novel, bermain bola sepak dan segala macam aktiviti mengisi maa terluang. Kali ini cuti tidak dirancang memandangkan anak seorang lagi menunggu keputusan UPU. Jadi kalau satu arah perjalanan ke utara bolehlah ambil cuti menghantar anak memasuki semester kedua UiTM dan mendaftar masuk pelajar baru. Permohonan anak kali ini ke UPNM,UNIMAP, UUM dan UiTM.
Bagi mengisi masa anak-anak yang bongsu menuntut PS 2 seperti dijanjikan dan kalau dapat cuti ke Sunway Lagoon dan menonton wayang dibatalkan. Ibunya pula minta kebenaran memasang kabinet dapur supaya ruang dapur lebih kemas dan cantik. Jadi kenalah tunai janji dan beri kebenaran. Belanjanya XXXX juga kena keluar. Terima kasih kepada isteri yang berjimat mengumpul wang bagi mendapatkan kabinet idamannya. Lumrahnya apabila mendapat sesuatu yang diidamkan yang kecil dan besar sanggup mematuhi arahan dan pandai membahagi masa supaya dapat bermain PS 2. Selepas tamat cuti sekolah, perjanjian dibuat PS 2 kena simpan dan hanya waktu hujung minggu sahaja dibenarkan. Ibunya pula begitu tekun mengemas pinggan mangkuk yang lama disimpan dalam kotak semenjak ke Sarawak (2003) dan juga semasa balik dari Sarawak (2006). Sebagai bapa bukan sekadar title sahaja tetapi tanggungjawab amat berat dan setiap bapa kenalah mengukur baju dibadan sendiri, tidak semua dapat disediakan segera dan perlu mengambil masa terutamanya sumber $ diwaktu kecemasan. Selamat hari bapa, Dah jadi bapa baru tahu bagaimana susahnya arwah bapa membesar anak-anaknya. Alfatihah buat arwah bapa dan semua bapa-bapa.
Tuesday, 9 June 2009
IBU DAN ADIK SELAMAT KEMBALI DARI KERJA UMRAH
Allhamdullilah, Ibu dan adik serta rombongan telah selamat kembali ke tanahair pada 9 Jun 09. Walaupun tidak dapat balik, aku dapat mendengar dan merasai ibu dan adik sihat. Kedengaran suasana ceria di rumah adik kerana semua saudara terdekat berkumpul menyambut kepulangannya. Ibu turut mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan khabarnya ada bawa ole-ole dari Mekah. Kalau tidak ada halangan aku dan keluarga akanmengziarahi ibu sambil melawat anak kedua yang sedang mengikuti latihan praktikum di KEDA Napoh.
Hajat dan seruan ke tanah suci InsyaAllah akan dimakbul dan perlu dari sekarang membuat persiapan diri agar bila balik haji dapat lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah benda yang baik perlu diusahakan dan sentiasa berdoa agar cepat ke tanah suci. Wassalam.
IBU DAN ADIK SELAMAT KEMBALI DARI KERJA UMRAH
Allhamdullilah, Ibu dan adik serta rombongan telah selamat kembali ke tanahair pada 2
Thursday, 4 June 2009
PANGGILAN PULAU
(Pulau Sibuan)
Kecantikan alam semula jadi terutama di dalam air adalah anugerah Allah yang masih luas untuk diterokai. Manusia yang kerdil Allah jadikan mampu menerokai alam dengan ilmu pengetahuan, pandang, dengar dan yang lebih penting membaca AlQuran dan tafsirannya. Diantaranya cerita Nabi Nuh dengan bahteranya, Nabi Yunus ditelan ikan Nun, Nabi Khidir dllnya mengenai laut, air, kejadian alam dsbnya. Seketika memerhati kejadian alam di udara (Air Asia 5154) semasa dalam pesawat di perairan laut China Selatan pulau-pulau indah dengan air berwarna hijau disekeliling pulau dan dipisahkan dengan warna biru gelap. Pasir yang memutih dan keemasan. Begitu juga apabila menaiki bot RIB/Rover dalam perjalanan ke pulau-pulau. Keindahan dari udara dan seterusnya di atas air memandang ke dasar cetek hanya sekelumit, atau sekecil-kecilnya dari kebesaran Allah. Bermalam di P.Kapalai melihat matahari terbenam dan ikan-ikan/makhluk air di permulkaan/dasar laut disekeliling chalet, pulau dan di dalam bot adalah satu daripada cara menyedarkan diri betapa cantiknya anugerah Allah. Bayangkan kalau menjadi penyelam scuba pasti lagi menarik dan menawan dan terus menebal keimanan.
BUAT IBU, ADIK dan Kakak di Mekah menunaikan umrah semoga mendapat rahmat dan hidayah ketika aku di Pulau kerana tidak dapat menghantar ke lapangan terbang/balik kampong..Wassaalam
Kapalai Resort (Sunset) P.BumBum (latar belakang macam orang baring melentang) pdg dari Jeti Seafest hotel Semporna). Ikan angel di tangga Kapalai Resort
TAWAU/SEMPORNA
Setelah hampir 6 tahun aku kembali ke Semporna, Sabah atas urusan kerja. Penerbangan terus Air Asia ke Tawau mengambil masa 2 jam 45 minit pasti membosankan tetapi aku dapat meluangkan masa membaca buku sepanjang perjalanan bagi mengisi ruang dan risiko penerbangan. Buku The World is Flat karya Thomas L. Friedman banyak memberi ruang baru mengisi minda, terutamanya umum semua tahu Dunia ini bulat. Setibanya di Tawau aku ditemani M.SZ dan En Rahim singgah di Kedai Sup Banjar (4 km dari airport) pekena sup soto sebelum ke Promanade Hotel (4 bulan baru di buka) . Malamnya diraikan di Restoren Seafood Tawau oleh Pang5ATB. Selama 2 hari tim penilaian melawat pulau-pulau (Pulau Manampilik, Sipadan, Kapalai, Bohayen dan Pulau Sibuan) bagi melengkapi tugas. Siput laut (isi ditarik dengan garpu kecil dan memerlukan teknik yang betul) adalah pengalaman baru di Tawau
Tahun 2003 adalah kali pertama dan dapat juga bermalam di Sipadan (Chalet) dan snorkelling tapi lawatan kali ini agak padat dan P.Sipadan tidak lagi dibenarkan bermalam kecuali petugas. Keindahan dan kecantikan masih lagi kekal seperti dulu dan usaha menjaga khazanah alam ini wajar diteruskan. Lawatan ini lebih menjadi ingatan kerana dapat juga melawat cucu angkat Irfan (ibunya kawan sebilik anak satu kolej (UUM-2005/2007)). Terima kasih daripada auntie dan anak-anak kepada Nor dan Lizi serta Anang di atas hadiah kenangan. Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"