Wednesday, 10 June 2009

CUTI SEKOLAH

Anak-anak belajar di IPTA dan Sekolah bercuti penggal/semester. Semuanya berkumpul dan suasana kembali meriah dan ibunya semakin sibuk menyediakan sajian kegemaran anak-anak. Ada yang menjdi rtm (rehat,tidur, makan), membaca novel, bermain bola sepak dan segala macam aktiviti mengisi maa terluang. Kali ini cuti tidak dirancang memandangkan anak seorang lagi menunggu keputusan UPU. Jadi kalau satu arah perjalanan ke utara bolehlah ambil cuti menghantar anak memasuki semester kedua UiTM dan mendaftar masuk pelajar baru. Permohonan anak kali ini ke UPNM,UNIMAP, UUM dan UiTM.
Bagi mengisi masa anak-anak yang bongsu menuntut PS 2 seperti dijanjikan dan kalau dapat cuti ke Sunway Lagoon dan menonton wayang dibatalkan. Ibunya pula minta kebenaran memasang kabinet dapur supaya ruang dapur lebih kemas dan cantik. Jadi kenalah tunai janji dan beri kebenaran. Belanjanya XXXX juga kena keluar. Terima kasih kepada isteri yang berjimat mengumpul wang bagi mendapatkan kabinet idamannya. Lumrahnya apabila mendapat sesuatu yang diidamkan yang kecil dan besar sanggup mematuhi arahan dan pandai membahagi masa supaya dapat bermain PS 2. Selepas tamat cuti sekolah, perjanjian dibuat PS 2 kena simpan dan hanya waktu hujung minggu sahaja dibenarkan. Ibunya pula begitu tekun mengemas pinggan mangkuk yang lama disimpan dalam kotak semenjak ke Sarawak (2003) dan juga semasa balik dari Sarawak (2006). Sebagai bapa bukan sekadar title sahaja tetapi tanggungjawab amat berat dan setiap bapa kenalah mengukur baju dibadan sendiri, tidak semua dapat disediakan segera dan perlu mengambil masa terutamanya sumber $ diwaktu kecemasan. Selamat hari bapa, Dah jadi bapa baru tahu bagaimana susahnya arwah bapa membesar anak-anaknya. Alfatihah buat arwah bapa dan semua bapa-bapa.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive