Syukur pagi Jumaat Allah masih sayang dan panjangkan umur. Minggu, bulan belalu sedarkahsudah setenggah tahun 2009?. Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu dan masih banyak perkara belum dilaksanakan dan ada yang berjalan seperti dirancang. Namun qadar dan qadak adalah hak Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi semuanya ditentukan Allah sejak azali lagi. Tetapi jika berusaha, berdoa dan bertawakkal dan istiqamah, InsyaAllah sebarang yang dihajati pasti dapat. Sembahyang solat hajat, dhuha dan tidak melakukan dosa-dosa besar InsyaAllah lambat laun akan dapat yang dihajati. Jika tidak dapat harus berusaha lagi tanpa rasa gusar. Ada sebab Allah tidak memberi. Objektif dan matlamat separuh tahun perlu dirombak jika tidak tercapai, lihat kembali pelan sederhana dan pelan jangka panjang. Jangan dipandang kepada rezeki orang dengan rasa curiga tetapi pandanglah diri sendiri kenapa tidak mendapat apa yang dihajati dan perbaiki diri sendiri agar terus menerima seadanya. Usaha dan terus berusaha dan berdoa kepada yang Esa. Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment