Tahun ini kami beraya diumah sendiri, lagi pun 2 tahun beraya di kampung bersama saudara mara. Baguih juga tak balik sebelum raya kerana jalan PLUS ke utara sesak dan ada sedara balik ke Kangar ambil masa 8 ke 12 jam. Perjalanan balik hanya 5 jam setengah dah tu jalan lenggang dan polis trafik tak kelihatan langsung mungkin ambil cuti raya selepas Op Sikap. Kami balik pada 2 Okt (10 hari raya) dan disekalikan dengan konvo anak di UUM, seterusnya mengziarahi anak di UiTM Arau dan UNIMAP.
Macam biasa, emak pasti menyediakan juadah ketupat palas, laksa, bihun dan nasi untuk kami.. 3 hari aktiviti kami padat dan balik umah ibu sekitar jam 11 malam. Walaupun sibuk diwaktu petang, aku dapat juga mengemas laman rumah ibu. Pokok helicornia sepit ketam yang dua tahun ditanam telah mula berbunga. Begitu juga pokok bunga dihalaman rumah dikemaskan agar lebih menarik dan teratur.
Walaupun raya dah hampir 15 hari suasana masih terasa di kampung, rumah terbuka di kampung pun macam suasana di bandar, makan pakai katering dah tak ada orang sanggup memasak dan mengemas. Kami selepas konvo hampir jam 7 malam bergegas ke rumah kakak beraya, begitu juga hari kedua ke rumah MS rumah terbuka dan sempat berjumpa rakan dan jiran di Taman Teja. Diumah terbuka juga bertemu kembali dengan Puan Aini pensyarah HR kat UUM dengan suaminya En Rejab. Selepas itu ke Kangar bertemu anak di Kubang Gajah baru selesai lat menembak Palapes dan ke Seriap jumpa skot M. Fauzi. Walaupun masa singkat segala rancangan yang diatur dapat diselesaikan sebelum bergerak balik ke TSKlang. Wasaalam.

No comments:
Post a Comment