Thursday, 10 December 2009

HOTEL MAYA dan TANAH PERKUBURAN JALAN AMPANG

Jam 7 pagi aku, isteri dan 2 anak (Illah &Emee) bertolak ke Kpg Baru bagi menziarahi kematian saudara. Setibanya di Masjid Kpg Baru, jenazah telah siap disembahyangkan selepas subuh. Aku hanya sempat membacakan Alfatihah dan surah Yasin. Sementara menantikan van jenazah dan kubur siap digali, kami beredar ke gerai berhampiran Hospital Islam Kpg Baru bagi sarapan pagi. Jam 10 pagi kami ke tanah perkuburan Jalan Ampang, sementara ketibaan jenazah aku sambil membaca Al fatihah disedekahkan kepada ahli kubur turut melihat tanah perkuburan di tengah bandar dan berhampiran KLCC. Kubur paling lama tahun 1914 terletak jauh dipintu masuk berhampiran hotel dan lebuhraya AKLEH Jalan Ampang (berdasarkan nama ianya India Muslim dan sebagai interpreter). Disini juga bersemadinya Allahyarham P.Ramle, Saloma, Ibrahim Din dan juga orang-orang besar dan penduduk asal Kpg Baru. Terdapat nama-nama india muslim, cina muslim dan keturunan syed dll. Kubur yang luas dan agak padat adalah pertama kali aku masuk. Pohon tembusu seusia kubur tumbuh subur dan condong mungkin mencari arah matahari kerana sebahagian pintu masuk dipenuhi dengan pohon batu (bangunan, hotel, pejabat dan bank). Sekolah Lay Min juga bersempadan dengan tanah perkuburan ini. Selesai bacaan Talkin kami beredar ke parkir kenderaan dan aku terpandang nama hotel MAYA bersebelahan jalan masuk kubur Jalan Ampang, jadi aku pun terus memaklumkan isteri dan anak kalau di tambah T dihujungnya nama pasti Hotel Mayat? Sekarang orang dah tak takut dan tak kisah dengan tanah perkuburan kerana kawasan hotel dah terang benderang dan khabarnya bangunan di dalam tanah perkuburan pun dimasuki penceroboh bagi mengambil wayar, spotlight dan sampaikan pengusung jenazah pun nak diangkutnya. Dulu kalau ke tanah perkuburan kanak-kanak dan wanita pasti takut menghantar jenazah, begitu juga dengan lelaki kalau waktu malam melintasi tanah perkeburan pasti kecut dan berdebar-debar. Mulut pasti berkumat kamit membaca doa dan tidak toleh arah kubur. Sekarang semuanya tidak takut kerana lampu terang benderang, berpagar dan kawasan perkuburan juga nampak ceria dan tersusun rapi. Adik Emee dan Illah dapat juga melihat bagaimana jenazah dikebumikan dan berjumpa sanak saudara.Sekali lagi Al Fatihah buat Allahyarhamah Mak Ngah dan semua ahli kubur Jalan Ampang. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive