Sunday, 4 April 2010

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA AMAL ISLAMI DI SRATKJ

aWAL pagi kami ke SRA TKJ bagi menghadiri majlis penyampaian hadiah, kebiasaanya di pagi Sabtu dan minggu kami ke Tmn Rakyat bagi aktiviti jogging dan senamiarobik. Adik Emee dapat hadiah di dalam acara perbualan bahasa arab. Setibanya di sekolah, rupa-rupanya majlis disekalikan dengan Mesyuarat PIBG dan acara penyampaian hadiah diadakan di akhir mesyuarat . Hampir keseluruhan yang datang adalah disebabkan jemputan penyampaian hadiah. Mugkin kami tidak dapat surat PIBG kerana adik emee tidak hadir semasa latihan penyampaian hadiah. Biar apapun, dari pagi hingga jam 1300 aku dan isteri berpeuluang mengikuti mesyuarat PIBG. Mesyuarat kali ini juga bagi melantik AJK PIBG bagi sesi 2010 hingga 2012. YDP PIBG yang lama mengudur diri setelah 6 tahun memegangnya. seperti biasanya juga AJK lama masih kekal kerana kebanyakan yang hadir tidak kenal satu sama lain. Ini disebabkan penempatan dan pekerjaan yang tidak sama tempat seperti sekolah di kampong. Masing-masing tidak berjumpa dan yang hadir juga tidak mencapai 200 ibubapa. Ini menjadi lumrah dan ianya perlu dijadikan satu usaha baru bagi menghimpunkan ibubapa dengan aktiviti agar silaturahim antara umat islam terus bertaut erat. Aktiviti-aktivi seperti garage sales, hari kantin, hari keluarga bersama anak-anak dijalankan bagi mengeratkan lagi persaudaraan islam. Risalah dan ruang komunikasi perlu diusahakan diperingkat sekolah, taman dengan mengadakan wakil ibubapa mewakili taman perumahan atau mewakili zon. Sebarang masalah diperingkat anak-anak seperti ponteng, gangguan dan lain-lain masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Aku juga mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan laman web atau blog sebagai salah satu cara komunikasi baru disebabkan masa dan kesibukan ibubapa dan guru yang sukar dihubungi. Pihak sekolah dan PIBG boleh memuat turun sebarang maklumat sekolah seperti jadual, cuti, peraturan dan juga maklumat untuk dimaklumkan kepada ibubapa. Biarpun penggunaanya sedikit diawal pelaksanaan tetapi sekurang-kurangnya maklumat yang ada dapat disimpan bagi generasi akan datang. minit mesyuarat PIBG boleh di muat dalam blog/atau email kepada ibubapa secepat mungkin ataupun sebarang maklumat dapat diakses oleh anak-anak yang lebih mahir daripada ibubapa.
SRATKJ juga baru mendapat GB iaitu Tuan Abd rashid b Mat Sani. Orang asal Kpg jawa, asalnya belajar di Sek Menengah Agama Hishamuddin dan sekarang menetap di Meru Klang. Sramai 27 tenaga pengajar tetapi Ustaznya hanya 2 orang. mana perginya ustaz/anak muda tidak berminatkah menjadi ustaz atau tidak berkelayakan aatau gajinya kecik? Inilah persoalan yang perlu dibincang diperingkat pemerintah bagi memastikan keseimbangan dan halatuju pendidikan negara. Adakah gaji?, glamour? kelayakan? atau tiada motivasi/pendorong kepada pelajar lelaki untuk menjadi ustaz? Tanggungjawab siapa? keperihatinan siapa? atau remain status quo? (NO MOOD to look into my MAFDC>>>>>>>?//????/)

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive