Giliran Hari Raya/Keluarga ke 11 di rumah Asmah sebelah keluarga Mak Lang Che Ohm selamat dilaksanakan pada 11 Sep Hari Raya kedua. Majlis diadakan di Taman Seri Bayu Jalan Bkt Selambau. Kali ini tidak ramai hadir disebabkan lokasi agak jauh dan urusan keluarga yang terpaksa beraya di rumah mertua, tugas dll. Tahun hadapan dijangka lebih meriah kerana akan diadakan di rumah Mak Su di KSS, Bt 9 Kpg Buluh Lima. Mesyuarat keluarga juga bersetuju menubuhkan Tabung Khairat Kematian 2011 dengan setiap keluarga menyumbang RM 20.00 setahun. Keluarga akan mendapat manfaat apabila berlaku kematian sebanyak RM 200.00. Tabung kematian juga mencadangkan agar sumbangan diusahakan manakala cadangan agar setiap waris yang mendapat harta tanah bendang menyumbang RM 20 se relong sebagai mengenang jasa arwah Hj Ismail dan Hj Som. Seperti biasa sukaneka dan duit raya kepada anak buah, cucu, cicit dan puit diadakan di akhir majlis. Majlis ini dapat menghimpunkan semua ahli keluarga dan di masa hadapan ianya akan dibesarkan lagi dengan anak-anak yang bekerja menyumbang sumbangan kepada tabung bagi menjayakan syarikat keluarga. Rancangan ini akan dapat dijayakan InsyaAllah pada atau sebelum tahun 2020 nanti. Wasalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment