Saturday, 31 December 2011

IKAN KARIN @ IKAN LAGA DAN KURA-KURA (31 Dis 11) dan RECYCLE

        4 ikan karin dan 1 kura-kura dihadiahkan oleh MZaidi. Semua dimasukan ke dalam balang dan bekas bagi menghias rumah. Seekor jenis merah dengan ekor panjang, 2 warna hitam/biru berkilat dan seekor masih kecil. Kura-kura berlumut dan dibersihkan nampak warna hijau putih dan kelabu. Semua dibersihkan dan diganti air baru dan diberi makan dedak jagung. Semua ini adalah peliharaan tahun 2012 kami merancang bekas dan juga tempat baru untuk ditempatkan disudut rumah.

             Penutup tahun baru, jam 1100 pagi memangkas daun dan mengembur tanah pokok bonsai dan membersihakan tempat recycle untuk dijual, semua bekas botol plastik, kotak, kertas dan tin makanan/minuman hampir 51 .4 kg (tin 1.4kg, 16 kg plastik, kotak 12 kg dan surat khabar 22 kg) barangan lusuh yang disimpan dibersih dan diasingkan sejak bulan Mei 11. Seisi keluarga tahniah kerana semuanya menyumbang dengan memastikan barangan yang dikehendaki dibasuh diasingkan dan dimasukan ke dalam bekas berasingan. sekurang-kurangnya kami berjaya menghidarkan bekas-bekas DI BAWA ke tempat pembuangan sampah atau DIHANYUT ke dalam parit/longkang/sungai atau ke laut. Jumlah bayaran kesemua RM 18.70.  SYABAS TERUTAMANYA PADA WIFE YANG ISTIQAMAH DI DALM MEMASTIKAN RECYCLE BERJALAN DENGAN LANCARNYA. Semua barangan dari dapur dikumpul, dibersih dan diasingkan. Wassalam

31122011 CATATAN

Umur semakin meningkat, tahun 2012 akan masuk manakal kalender islam sudah hampir 2 bulan berlalu (1433 Muharran dan Safar).  Tahun 2011 berlalu manakal tahun 2012 akan disambut dan ianya begitu meriah disambut kerana setiap hari semua aktiviti disediakan berdasarkan tahun tersebut. kalau ditanya bulan islam ramai yang tunggang terbalik mengingatkan bulan dan tarikhnya kecuali bila sampai bulan puas, hari raya puasa dan raya haji semuanya akan ingat. Tahun 2011 banyak perjalanan utara ke KL dan sebaliknya kampir 10,000km jika dihitung mau lebih. Kerja-kerja masih ada belum dibereskan dan tahun 2012 akan ada kerja berulang dan ada yang baru. Tahun 2012 akan ada kenaikan gaji SBPA, pilihanraya dan kerja baru. Tahun 2012 juga akan dapat menantu,  2 anak akan garduasi di UiTM dan UNIMAP dan 2 anak akan masuk darjah 5 dan Tktn 4. Jawatan dan tugas baru juga akan menanti cuma tunggu masa dan hari sahaja. Azam juga diperbaharui dan dicatatkan. semua ini sebagai pencetus untuk memastikan azam yang dirancang dapat dicapai. Tahun 2011 masih banyak tidak dicapai dan akan dibawa ke tahun baru 2012. Yang tidak tercaapai akan disemak dan diberikan nafas baru agar pencapaian disingkatkan dan dicapai dengan lebih cemerlang. Kesihatan juga perlu ditingkatkan. Yang perlu ditingkatkan adalah kerohanianan kerana usia sudah melebihi setengah abab (51 ke 52 dan masuk 53 tahun 2013). Tahun 2012 sewajarnya akan lebih baik dari tahun 2011, jangan diulangi kesilapan dan kesalahan tahun 2011 dan yang lemah dibetulkan dan dirancang untuk peningkatan dan kejayaan tahun 2012. 31 Dis 11 hari Sabtu, awal pagi subuh, sambung tidur dan jam 1300 buat pot luck dengan jiran eraikan MZaidi dan keluarga berpindah. Petang ke PM BL untuk makan malam pau, teow mee, buah duku langsat terangganu. Seperti biasa kami sekeluarga sambut Tahun Baru dirumah, dan kalau tidak tidur jam 1200 tghmalam kami berada di beranda melihat percikan bunga api di Tkt 8. Tahun 2011 kami di Lanai Gurney menghadap ke KLCC tkt 20 memerhati pemandangan ke utara, barat dan timur  dengan ribuan percikan bunga api detik 12 malam.

Thursday, 29 December 2011

KAYU NAAN

  28 Dis 11. Malam kami ke Rstr Kayu di blkg Vistana H. Selalu di Makbul  tapi ubah selera tempat sebab anak-anak jarang ke RK. Makan malam bagi 2 set naan/ayam tandoori, 1 naan biasa, 1 mee goreng, 1 pasembor dan air semuanya RM 37.60. Sesekali makan diluar dengan tempat berlainan juga menambah erat hubungan keluarga. Bayangkanlah bagaimana pendapatan RK sehari, pelanggan berbaris makan nasi kandar, pelanggan keluar masuk, kerusi meja di dalam marble, plaster siling, pekerja ramai, lampu 24 jam. makana tak berkurangan, panas-panas dan layanan cepat walaupun kadang-kadang bau badan. Pelanggan juga semua bangsa, warna kulit tidak kira masa. walaupun ada restoren/gerai China, Melayu dan India serta hotel tapi RK tetap penuh dengan pelanggan. Tertanya juga kenapa restoren melayu tidak dapat bertahan seperti RK dan NK?

TAKLIMAT SBPA

28 Dis 11. Ptg jam 1500 taklimat mengenai opsyen SBPA disampaikan oleh wakil CSM. Penerangan ringkas mengenai sambung perkhidmatan memberikan maklumat dengan lebih jelas. Tapi cakap-cakap kenaikan kumpulan JUSA tidak memberangsangkan, sedangkan kenaikan kumpulan sokongan hanya dari RM 159.00 ke atas dan paling tinggi pun RM 700.00, tapi kedengaran kumpulan strategik dan premier naik hampir RM 6,000 hingga pulohan ribu? Yang ini tidak dimaklumkan. Mungkin secara senyap tapi kalau dimbas kembali pilihanraya tahun 2008, akibat tidak dapat bonus BN kecundang beberapa kerusi. Kalau perbezaan ketara dan juga angka ini dimunapulasi ianya mungkin PRU 13 beralih angin. Undi senyap mungkin berlaku.............., sepandai-pandai berahsia akan diketahui juga umum nanti. Wassalam

Tuesday, 27 December 2011

KENANGAN SKOT AR COY 1980-1982


SKOT AR TAHUN 80-82 DIPASTE DARI BLOG SKOT RAZALI


ALAM SHAH
SYED PUTRA

KE UTARA ARAU/PADANG BESAR

26 Dis 11.  Jam 1100 meluncur ke utara dan berihat sebentar di Padang Pasir R & R bagi menghilang mengantuk. Jam 1300 sampai di Jalan Rani Estate jemput anak ketiga yang masih belumsiap tesisnya. Kami singgah di restoran Pokok Sawa untuk makan tengahari. Jam 1500 sampai di Big Fd. Habis juga RM 200.00 kerana beli hamparan tidur (RM 38.00), bantal peluk Satin (RM 40.00), T Shirt siap nama Emee dan Has siap print no 11 dan 16 (RM 122.00). Disamping itu beli biji gajus dan bilis goreng RM 30.00 dan buah mata kucing RM 20.00. Petang jam 1730  singgah solat Jamak/Qasar di Buffalo Bridge dan makan Mee Ali di Pekan Kubang Gajah (Chang). Singgah di Istafa bersebelahan Officer rd dan balik ke rumah ibu. Jam 2130 adik datang dan bagi bayaran harta pusaka tanah White Water RM 154.00. Jam 1230 sampai di umah

CERAMAH USTAZ MUHAMMAD KAZIM MASJID AL HUDA

25 Dis 11 jam 0915 malam penceramah jemputan telah berjaya menarik ramai pendengar di pekarangan masjid Al Huda. Pengerusi memulakan ucapan dengan memaklumkan tentang program imarah masjid yang tidak kuranganya mendapat tentangan. Usaha murni Pegawai dan AJK Masjid sewajarnya diberikan ucapan tahniah dan syabas. Ucapan dan ceramah yang disampaikan hampir 2 jam15 amat bermakna. Dimulakan ucapan dengan memberikan nasihat kepada jemaah untuk bersatu dan seterusnya memberi kerjasama kepada pihak pengurusan masjid dengan memberikan sumbangan dan derma. Malam itu beliau telah menyampaikan cermah berkaitan kerja-kerja baik yang pastinya mendapat halangan baik dari ujan dunia,makluk/manusia, iblis dan nafsu. Bagaimana nak mengatasinya 1. tinggal dunia yakni kurangnya bersifat material dan ianya keperluan kerana Allah, kedua Karnaah- berbaik sesama manusia (hablun minannas) ketiga bebas godaan iblis dan terakhirnya mujahadah. Jadi kalau betul-betul nak berubah mula berubah dari sekarang, mula diri sendiri dan ubah dari benda kecil dan sebesarnya dengan istiqamah. Bagi mendapatkan kemenangan dan kejayaan kepada kerjayaan ada 6 perkara perlu dijadikan platform 1.Kktn Tauhid, 2. kekuatan akhlak, 3. kekuatan ilmu, 4. kekuatan ekonomi 5. kekuatan persaudaraan islam dan 6. kekuatan jihad. Majlis berakhir dengan bacaan doa. Komen, ramai yang hadir kurang membantu mengemas kerusi,tikar dan sampah masih juga bersepah. Parking motosikal menghalang laluan dan juga kenderaan ikut dan aje. Inilah dikatakan yang datang ada pelbagai dan yang paling peliknya tabiat yang buruk ini tidak berubah walaupun datang mendengar ceramah agama. Kalau dipasar malam okle sebab tabiat buruk tidak siapa nak tegur tapi walau penceramah beri nasihat masih ada yang berkelakuan kurang didikan mungkin juga kurang ajar atau kurang ilmu hubungan sesama manusia dan tabiat yang dunia ketiga.  

Saturday, 24 December 2011

BERMULANYA DISINI -28 TAHUN ISTANA DIBINA

     Pejam celik, dari seorang ke berdua seterusnya bertambah 6 dan InsyaAllah akan bertambah lagi rangkaian keturunan MTnSU. 251284 adalah tarikh AN di 43LJ4BTRKL dengan disusuli majlis S pada bulan Feb 85 dan Majlis diKSS pada bulam Mac. Kali ini dah masuk 28tahun majls UTP kami dan Allhamdullillah istana  dibina semakin teguh dan diimarahkan dengan aktiviti yang menyenangkan.  Tahun hadapan akan mula bertambah ahli keluarga pada bulan Mac dan 3 lagi dijangka pada tahun 2013-15. Wasaalam  

GOLF NORTHERN EAGLE - 6 PENJURU

Selepas mesyuarat G.. Siri 1/2011, bergegas ke KGCS bagi GNE6P @ 2d2b,6b,8b,Bs dan DiA. Disebabkan mesyuarat lewat semua ahli mesyuarat dapat teeoff. Yang tidak terlibat mesy dah teeoff jam 1230 dan tamat jam 1730 kami habis jam 1905. Ok le dapat 2 Par, malamnya kami ke WPGB makan malam BBQ - 2 ekor kambing, ikan siakap termasuk tapai. Makan malam diserikan dengan unplug daripada kum 2MD. majlis juga meraikan adik ....G dapat 8 A dalam PMR. jam 1300 pagi sampai PP.  

UMRAH G..D (261211030112)

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat diadakan pada 211717H Dis 11 di WPG KTAR. Ahli WPG hadir dengan pakaian baju kebangsaan lengkap.  Majlis berjalan lancar dengan diakhiri dengan jamuan makan malam. Majlis pagi 25 Dis iam 1000 pagi di RPRG dengan bacaan doa, azar menghantar G ke KL. Penerbangan dijangka pada 26 Dis 11. Selamat menunaikan umrah kepada G dan D.

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM

    Semalam 24 Dis 11, Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 40 GAPENA (Gabungan Penulis-penulis nasioanal) dan Sambutan Menjelang Ulang Tahun ke 85 Tahun PEMENANG (Persatuan Melayu Pulau Pinang) diadakan di DB WPG KTAR Bkt Gedong PP. Majlis dihadiri ole TYT dan tetamu jemputan Tan Sri Prof Emiritus Dato' (Dr.) Ismail Hussein Ketua   1 GAPENA. Majlis diserikan dengan Kump Orkes COPACABANA dengan baju ala barat tahun 60an. Majlis juga disusun atur dengan acara deklamasi sajak, syair, gurindam, lagu puisi dan lagu lama sesuai dengan majlis. Menu makan malam dimulai dengan lontong, sate dan nasi kambus berlauk  ayam maska rose, dalca dan timun kacang. Kemuncak juga adalah pemyampaian anugerah Tokoh PEMENANG di sampaikan kepada Tan Sri Prof Emiritus Dato (Dr.) Ismail Hussein. Kehadiran kami wakil WPG adalah sebagai memenuhi majlis disamping menghayati bahasa indah Melayu. Komen - kalau majlis dihadiri orang melayu sepatutnya lebih menarik dengan pakaian kebangsaan lengkap seperti Tokoh PEMENANG, ditambah lagi Orkes COPACABANA dengan pakainan melayu asli dan pakaian wanita tidak seperti kelambu jarang. Begitu juga lagu-lagu yang disampaikan tidak seiring dengan acara majlis bercampur lagu latin, hindustan dan lagu pelbagai etnik. Sewajarnya lagu melayu, keroncong dan juga lagu puisi dijadikan konsep persembahan. Penyampaian puisi dan syair, ada yang menghiburkan tetapi ada juga bacaan sajak amat mendukacitakan kerana yang hadir tidak dapat memberi tumpuan kerana tidak ada ilmu kepuisian.  Jika diberi markah puisi Ayahku Penjual Roti benar-benar memberi impak kepada hadirin kerana dewan kembali senyap dan semua terpukau dengan bahasa gaya dan suara yang menlagkolik dan mengetarkan, lagu puisi adalah pemenang  kedua manakala yang lain boleh tahan. Majlis tamat jam 2315. Wassaalam

HARI LAHIR KE 5.......P1

 Awal jam 0100 pagi isteri telah mengucapkan SHL, jam 0900 anak kelima, disusuli sahabat dari KL-Putrajaya, anak keempat 1100, anak pertama jam 1920 malam dan terakhirnya jam 2045 anak kedua. Malamnya kami berlima makan di Medan Selera Seagate berhadapan P. Jeriji (ak). Kos bayaran ditanggung oleh isteri hampir RM 150.00 dengan menu ikan jenahak bakar, jenahak masak halia, tomyam putih, ayam kunyit, telor bistik dan sotong goreng. Hadiah beli sendiri HP W8 Sony berharga 640.00 pada 21 Dis 11. Wasalam.

Tuesday, 20 December 2011

PERSIAPAN SEKOLAH 2012 dan HP Sony Wailkman 8

Lagi 3 minggu sekolah akan kembali beroperasi, ibu bapa sibuk menyediakan pakaian, buku dan perkara-perkara berkaitan persekolahan. RM 100.00 yang diberikan hanya mampu menampung sepasang baju dan sepasang kasut lengkap berstokin itu pun jenama sederhana. Adalah lebih baik duit dimasukan ke dalam akaun khas tabungan SSPN bila tamat Tktn 5 boleh digunakan untuk pinjaman PTPTN. Tahun depan tabungan ASB/ASN atau tahun seterusnya dengan program bersifat langkah sederhana dan panjang. Kerajaan boleh melibatkan rakyat menabung secara paksa. Bagi yang benar-benar miskin langkah pemantauan serta memberi bantuan berupa baucer dan barangan terus kepada kanak-kanak akan lebih mencapai sasaran dan objektif yang ditetapkan.
     Di BJ, masa yang ada digunakan bagi membeli kasut dan baju sekolah termasuk kasut jogging turut dibelanjakan setelah semuanya mengadu rosak. 5 pasang kasut RM 251.00 (jenama Eepro) manakala baju sekolah termasuk singlet untuk 2 orang berjumlah RM 138.00. Ini belum masuk lagi beg sekolah, perkakasan dan yuran PIBG. Setelah selesai ke kedai untuk beli handphone sony W8 siap dengan program download bernilai RM 640.00. Jam 1830 baru solat Asar di Masjid BB, dan balik singgah di Sg A beli bungkus nasi dalca untuk makan malam. Wasalam

Monday, 19 December 2011

GAMBAR-GAMBAR LAGI

GAMBAR -GAMBAR DIS 11

Add caption


PELAMIN

BUNGA DI LALUAN DAN BELUM DIHIASI KARPET LALUAN WARNA MERAH

MEJA UTAMA PANGINTIN DAN PELAMIN DITENGAH DEWAN

PELAMIN

BUNGA PAHAR

GAMBAR -GAMBAR

Meja pengantin VSentosa


biji ape? pala

bawal emas goreng

C3-12 -  khemah Syawal

Khatam Quran Ramadhan

CUTI TAHUN di Klg,N3,Smyh dan LofT

LofT dari pintu masuk sebelah kiri

River Nile LofT

Crystal hot spring

waves restoren



Rancangan cuti dihujung tahun ke kelantan tetapi dibatalkan kerana cuaca hujan di Kelantan dan juga ada urusan di Klg. Tiket MAS berempat dibuat tarikh terbuka dan dirancang pada tahun 2012 sebelum Mac 12. Kami rancang balik ke TSDALklg, matlamat utama baiki bumbung rumah dengan menggantikan tar roofing yang dipasang sementara pada tahun 2007. Sudah hampir 5 tahun baru diganti dengan hanya kos RM 67.00 (2 x tar sheets bundle, butimen seal,  500ml thinner dan glove). kali ini kerja dibantu oleh anak kelima Hassriee, bagaimana memasang roofing sheet di atas bumbong, teknik naik ke siling ke atas bumbung dan memasang alas. Aktiviti cuti diteruskan pada hari Isnin ke LofT di Ipoh. Selepas sarapan di Che Don Seksyen 9 (4 orang - nasi dan mee goreng + minuman panas/sejuk berjumlah RM 26.00) jam 1100 kami bergerak ke Ipoh dan sampai jam 1320, selesai solat jamak/Qasar kami bermain air di LofT. Mulanya 2 beradik tapi dah bayar RM 185.00 (3 x dewasa RM 55.00 + 1 x kanak RM 48.00 = RM 213.00). Sewaan Tube Double RM 12.00), tapi dapat refund rm 10.00 deposit menjadikan kos RM 145.00 bagi bayaran masuk sahaja. Tips kalau nak enjoy datang jam 9.00 pagi balik jam 6 ptg. masa dari jam 1400 hingga 6 ptg begitu singkat dan tidak semua tempat dimasuki. Setelah penat menjamu selera di Waves Cafe RM 54.00 (chicken chop, pasta bolognaise, fish grilled dan black pepper sausages + hot drink (2 nescafe, milo dan mineral water). Balik singgah di Changkat Jering R&;R solat Maghrib/Isyak. Makan malam nasi lemak bungkus, air minuman (2) dan durian sebiji (RM6.00) dan bekal 2 kilo rambutan dan 2kilo manggis (RM 22.00). Selamat sampai di umah jam 2130 malam.

Sunday, 18 December 2011

Hari k4 cuti Ahad.

sThahajud, hajat jam 330 pagi, solat subuh di Surau AlHaqq. Selepas melayarai internet ke Tmn Rakyat dan seperti biasa ke Lontong K di hadapan Jusco Botanic BBT. balik kemas kawasan dan petik mangga. Kepenatan dan diseli dengan update blog........................................................... Su dan KMdh ke PKNS SA. Kami 3 beranak dirumah cuaca mendung. semalam sempat juga svc WMJ buat allignment dan balancing tyre (RM 141.00 -SamLube semi syntetic)

NILAI 3

Selepas solat zohor kami ke N3 bagi membuat tinjauan barangan kenduri. Perjalanan melalui KESAS, KLIA,Dengkil mengambil masa 45 minit dan kami singgah makan tengahari walaupun dah hampir jam 3 ptg. hujan lebat jadi kami mengambil masa hampir 1 jam sambilmendengar karaoke oleh penyanyi yang pastinya datang dari penganjur dan pengunjung di pentas MPNilai. Agak keliru melali jalan kerana N3 jauh dikawasan dari BBN yang aku sudah biasa ke Nilai Golf spring. jalanke N3 perlu melalui Kaw perindustrian dan silap susur boleh ke Pajam. Yang dulu aku ikut PLUS dan susur ke N3. Selepas hujung Suri/nor sampai jadi kami selepas makan tghari seramai 7 orang RM48.00 (2 pau dan air panas) kai ke kedai lampu, langsir, peralatan perkahwinan dan akhir di kedai karpet. RM 750.00 bagi 2 helai karpet putih dengan sekeping ditaja oleh Suri (RM250.00) sekeping sejadah RM 50.00 bergegas ke Bdr Kesuma untuk solat Asar, rehat dan solat Marib dan Iyak di Surau Kesuma dan makan makan malam di Restrn Tomyam. Sampai di rumah jam 11 malam. Perjalanan ke N3 dengan Tol hampir RM 16.00 sehala melalui jalan balik melalui Bdr Rinching, Semenyih, Bangi, SKVE, LDP, USJ, HICOM, KESAS (pergi 3 tol, balik 5 tol) dan minyak hampir RM 20.00.  Masa dari jam 1400 -2300 (10 jam).

GolfMantan GOC di havard Golf Club 10 Dis 11

Jika rancangan berjalan alamat semua acara akan jadi kelam kabut. Kalau program asal Bakat, golf dan MMR malam. hanya golf yang berjaya dilaksanakan. Awal jam 0620 dari Png ke HGC dengan PS 1 log dan SO3 G menaiki MBenz AHJ.  Sebelah malam ke IsAnkBkt untuk majlis santapan. dulu havard adalah ladang getah dan disebelah jalan masuk adalah Kilang PERWAJA yang dah ditutup yang senonim dengan TS Eric Chia. Gahnya dengan industri besi termasuk juga paku yang dijadikan IKs bagi penduduk bagi pengeluaran paku. pertenngahan tahun 80an dan 90an  kawasan Gurun meriah dan nampak maju ditambah dengan Kilang MODENAS, Inokom, Naza dan NAFAS kilang baja. Jalan ke Jeniang, Sik dan persekitaran Gurun penuh dengan perumahan baru dan banyak kehilangan ladanag getah baik syarikat atau persendirian. kesimpulannya kehilangan PERWAJA jelas menunjukan pekan Gurun kurang maju berbanding SP. Jalan ke HGC boleh dilalui melalui Exit PLUS Gurun dan Exit SP Utara. Seingat aku tahun 83 aku menjalani latihan memandu MBenz 3 Tan dan juga latihan medan FTX. Sekarang dah tidak ada lagi rumah pekerja yang masih ada sebuah banglo tinggalan mungkin rumah Mgr estate dan sekarang tersergam club Golf dengan banglo dan rumah pekerja HGC. Padang golf tersusun rapi walaupun kemudahan kelab agak sederhana. kali terakhir main golof monthly medal dan tiada ada practice diawalnya ok tapi selepas lubang ke 7 dah yoyo. Flt no 2 partner KSNadzri,KWee,M Us Ismail. selepas tamat ke AS makan kenduri di rumah Pak Jang Rahman dan singgah diumah NotYatie. Ptg jam 6 diIstana bagi motivasi kpd anggota dan malam sekali lagi pantau majlis. Malam itu, penyayi jemputan JABDlah dan CT. Malam itu juga bulan gerhana penuh dari jam 845 mlm ke 1204 dan akan datang lagi tahun 2013. Pembaharuan susun atur  meja disusun menghadap ke meja utama dan diadakan 4 bahagian setiap barisan ianya lebih kemas dan teratur. kehadiran lebih kurang 800 pax manakala sebuah skrin dipasang diruang bawah untuk disaksikan oleh staf dan pekerja. 

LawTek6Bgd 17-19 Nob11

Law kali ke 3 dalam siri lawtekKPD. Kali in law disekalikan dengan mesyJKPA Bek, mesy Bek, mesy LNo3 dan dialog. Pemeriksaan didahului dengan talkt kepada panel pemeriksa. Diteruskan dengan mesy bek dimana semua OC hadir. Keesokan hari melawat PlBekAS selepas mesy LNo3 dan temuduga anggota. Makan tenghri di RestPompung AS. selepas makan tghri kestor melihat pemeriksaan oleh Tim Lutf/NoaniTumin. Bekas dan juga insbox akan dibuat edaran selepas bulan Dis disebabkan keperluan banjir. Balik ke SP dan malam dialog dengan LLPKPD di DM-MSSP.Seramai 75 hadir. Hari berikut temuduga LLP, periksa 6bek stor dan ke RM3KAD. Selepas Solat Jumaat ke Png singgah di pej takl ringkas pada KS.

Saturday, 17 December 2011

Kenangan di IsAkBkt, Tpg dan Kek hari lahir

IsBKt 10 Dis 11

Su Bthdy

Kmrl Su Tpg VSentosa

HariPPP di Tpg lake

DIS 2011 -Pg, Klg

Berakhir Nob, bulan 12 banyak peristiwa manis dalam kehidupan. bermula 6 Dis, 14 Dis, 23 Dis,25 Dis dan 29 Dis. Bulan Dis juga dapat cuti balik kemas rumah dan bercuti. Bulan ini juga WMJ tamat bayar balik. Jadi masa yang ada digunakan bagi menyelesaikan kerja terbengkalai tahun 2011. merncang aktiviti tahun 2012. Tahun 2012 akan bertambah ahli keluarga. SBPA juga menunjukan tambahan pendapatan, kenalah buat perancangan dan tukar gaya hidup lebih baik, umur juag semakin meningkat dan amalan perlu digandakan.

Saturday, 3 December 2011

SEMUANYA LELAKI

Kali pertama kami semua yang berkumpul dirumah pada 3 Dis 11 dan 4 Dis (Jumaat dan Sabtu) semuanya lelaki anak lelaki pertama cuti, lelaki kedua cuti pendek, ketiga dan keempat sememangnya di rumah. Ibunya keKL, yang sulong di SA dan yang kedua di Arau. Petang selepas solat bergegas ke Jitra danbalik jam 1915 bergegas ke SP Leboss jumpa KetP DNR sehingga jam 1045. Balik jam 2300 dan lelap jam 0100. Semuanya lelaki main PS2 daripada pagi hingga malam. Tinggal belanja untuk makan malam meehoon sup utara di PMlmSA. Pagi aku ke WP dan balik belikan 4 bungkus nasi lemak. Ari ni tiggal 3 balik sebab 1 p kerja dan 1 balik Kgr. PK2 balik esok 4 dan ibunya 5 Nob 11. Sekali sekali bagi ibunya rest, dan lepas ni ke Kltn dan Tggnu cuti mungkin ber5 guna wpua.

LAWTEKDI2BGDIPOH2011

Kali ke2pemeriksaan dilaksanakan, malangnya tidak semua dapat hadir. Tim juga kurang arif dan kurang pengalaman. latihan perlu dirancang tahun 2012 agar matlamat dapat dicapai.Walau apapun matlamat utama mengikut jadual dan tanggungjawab dapat dilaksanakan. peluang yang ada juga digunakan bagi penyampaian anukhidcer 2010 dan diolg dapat disampaikan. Yang lebih penting pasukan membuat persiapan dan setiap perhatian dapat dimaklumkan kepada pasukan. kekangan kerana masih baru dan laporan belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dirancang perkara diseminarkan di peringkat kor dan diperingkat Div mengenai laporan. laporan yang siap akan dimasukan di dalam laporan tahunan. Sewajanya JKP dan KKPD membuat asas bagainamana pemeiksaan ini membantu KPd di masa depan.

Thursday, 1 December 2011

SAMBONG BALIK ENTRY SETELAH HAMPIR SEBULAN

Bulan 11 dan di awal bulan 12, pelbagai peristiwa berlaku dan banyak yang tertinggal kerana format baru blog sukar dibuka. sepanjang bulan Nob bermulanya cuti sekolah ramai tetamu datang rumah begitu juga majlis kenduri. isteri juga mula buat persiapan bekas hantaran, cari kedai pengantin, konsep hantaran, majlis tunang, akad nikah dan kenduri. Kalau diamati semuanya nak yang terbaik dan meriah sehinggakan kalu dihitung mungkin sampai puluhan ribu. Mana nak gagau duit sedangkan bajet ciput dalam ligkngan belas ribu ini tak termasuk hidden cost. Majlis dibincang dan dirancang dengan langkah pertama booking dewan manakala yang lain-lain masih dalam fikiran dan catatan. Anak dah 2 kali balik bincang dan masuk kali kedua balik KL cari bahan, tukang jahit baju, beli bahan mentah, buat bunga dip, rose merah dan putih dan juga beli barang-barang untuk hantaran. Sembang dengan kenalan juga diwar-warkan agar tetamu yang diundang dapat hadir. Kadang-kadang fikir juga kenapa perlu buat besar, meriah setakat ala kadar cukup. Sapa nak datang, aada orang datang, bagaimana persipan meriah orang tak datang? semuanya bermain dibenak dan fikiran. Setiap kali berbincang ada kalanya seronok, suka dan adakalanya susah juga. Kalau berwang panggil wedding planners, bincang setuju bayar cuci tangan. Mampu ke?
        Sekang 1 Dis 11 dah tinggal 3 bulan 22 hari lagi masa pasti berlalu dengan cepat. Milestone perlu dibuat agar segala senarai semak dapat dibuat  bagi mengurangkan tekanan dan majlis berjalan seperti dirancang. Bak kata perpatah orang putih nothing happen by accident. kena rancang dan berbincang dengan semua pihak agar tidak melanggar adat dan berkecil hati.

Friday, 11 November 2011

GAMBAR OKT-101111


SEMBELIHAN

SEMBELIHAN KORBAN MEJ USTAZ ISMAIL


KM330PLUS-JAM155921KDO

gambar-gambar menarik Okt -10111.

1NOB11-11.11.11

Masuk bulan 11, persiapan dimulakan dengan pencalonan kursus tahun 2012. Mesy di 91DBP1/11 bersama wife dan aku ke JKP bagi menyelesaikan urusan SM. Senarai pertukaran dibincang dgn KFai, KHzmy. Semua berjalan seperti direncanakan. Balik ke Klg, jam 1000 esok balik ke Pg bersama Ain. Kunjungan PTD ke TYT 3/11, hanya makan malam di WP. 4/11 temuduga pHakem/pimran/pw2fau. 5/11 ari sabtu, kepasar beli keperluan hariraya, tghari siapkan makan ptg mee udang - tetamu sahabat lama tahun1994 Tmn JS bersama keluarga (DinAniTokmek,Afik,kila/Aisyah). Malam selepas Magrib ke Ni walk di Feringghi malam Raya Haji, suasana meriah tetapi ramainya orang Gurun/asiaBarat bershopping diNW.Jam 11 balik dan minum di BtUban Pak Idrus ikan bakar. 6/11 sembahyang raya, balik makan nasi briyani. Kali semua anak ada, tapi ptg yang kedua dah masuk kerja. Ptg hanya Emee dan Has ke FlagHill dengan Din sekeluarga. malam pimakan ditemapt semalam ikan bakar (3), sayur kailan, tomyam, sotong kentcfried, beefsteak eggs kos RM300.00 din belanja. Kereta buathal tak boleh buka alrm weak. Balik kami ke giant antar helmet sanee sebab Helmet sai kena curi RM 50.00 terbang bgitu je.
7/11 selepas hantar din balik selepas ke WP kami ke BJalinanKasih di relau buat tinjauan awal peralatan pengantin terus ke Qebay masuk duit kereta kancil repair RM 2600.00 (1,500) account Iddin. DiJJco beli putter rm 229 Wilson brand, beli JCP donut.  Balik umah dan malam rehat. Esok8/11 dengan rakan di BGdg upacara korban. Selepas menumbangkan 2 lembu, makan tengahari. Petang ke pejabat dan malam ke Jusco Ain belanja KenRgr  RM199.00. 9/11 dipejbt ptg 1430 ke KL, 10/11 mesy SSR CLoj KSubaritomo, lepas mesyuarat ambil darah di HTM dan LHDN hampir sejam nogilir sampai, cek RM 3,195 telah dikembalikan sebab address di umah tak sampai lantas tukar add ke pej. Promise to refund 1 month from now. perjlanan balik di km330 3tan21kdo memcut 140km dengan asap, kantoi ambilgambar dan kend pelahan. Sampai PMtra jam 1530. malam relax pagi 11111, ke SP untuk majlis AKC, dialog dengan anggota. ucapan berkisar pada kepimpinan, SM, Tek dan urus pej. Selesai jam 1115 temuduga prnsida. jam1215 ke6sup, banyak tikus. Air minuman TT dan solat diSPSLkem. jam 1430 sampai dirunneymede dan balik kepej. pej masih dalam revasi pasang jubin, aircond dan catbaru. ptg ditamatkan dengan evening walk diPMSgara (nasiulam/kuehpopia/somosa).Wassalam

Friday, 28 October 2011

LAWKE72BNKPD281011

Jam630etdketpg.Jam740sampai.jam0830gocsampaipriksa kawalansukutaklimatjumpaanggotajamuantghari.jam1215baliksolatjumaatdi2MD.

Thursday, 20 October 2011

MAKAN-MAKAN PT LUCK

kerabu mangga, pajeri mangga, tauhu sumbat, ikan sumbat





Sabtu jam 12 kami ke umah Banglo 2 tkt untuk pot luck akhir meraikan DS dan Hakim. Masakan dibawa dari umah masing-masing. Menu pisang masak lemak N9, ayam masak kicap, ikan tenggiri masaka lemak kuning, pajeri mangga, kerabu mangga, sambal belacan ulaman, sambal goreng tempe. Jam 1430 kami balik setelah BS dan anak ke LTABPP.

EMEE BIRTHDAY

18 OKT GENAP UMUR 10 TAHUN, tiada sambutan dibuat hanya ucap selamat panjang umur. MAKAN MALAM hanya kami 3 beranak ke Pizza Hut meraikan adik emee kerana ibunya sibuk di WP. Extra cheese......tapi aku kena juga nasi kandar dengan kari kambing cost plus air RM 9.00 dan pizza adik emee dan Hassriee RM 33.85. Selepas makan kami ke WP jemput isteri balik.

FRUIT BASKET dan GUBAHAN/KERJA TANGAN BAKAT 19 OKT 11


FB PTD DI EOH

UKIRAN BUAH DI GOLF 4 PENJURU 8 OKT 11

GUBAHAN /UKIRAN BUAT BAKAT DI SP PENG BAKAT DARAT

FRUIT BASKET P5PMTD EOH

HAND BAG KERJA TANGAN SU

KPD

Friday, 14 October 2011

SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH 141011

Pagi jumaat kali pertam solat subuh dan sejadah berkumpulan melibatkan RKAT, WP,WB kawasan SA/KTRazak. Pertama kali semua saf penuh dan sujud sajadah dan dikuti kuliah 30 min. Ini disebabkan keperluan jam 830pagi bagi bacaan teks P5ATM bagi Perbarisan Hari ATM. Disamping itu jam 930 pagi lawatan India HMC ke F Helang. Perkara yang menarik disampaikan semasa kuliah adalah Allah tahu apa yang mahluknya tidak tahu. Tafsir ayat tersebut mengenai penciptaan Nabi  Adam yang diragui oleh Malaikat kerana manusia yang dijadikan ini adalah bersifat suka pertumpahan darah dan perosak/nafsu. Huraian mengenai rezeki (kita tidak tahu) mengisahkan pinjaman cerita tempe dari siri motivasi,  seorang penjual tempe yang susah hanya bergantung kepada jualan tempe bagi menyara hidup harian jika laku tempenya maka dapatlah makanan tengahari untuk keluarganya. Penjual tempe seoarang yang sentiasa berdoa dan memohon rezekinya setiap kali solat dan semasa berjualan. Paada satu hari tempe yang hendak dijual belum masa masih mentah, ianya perlu berjualan dan diawal pagi setelah selesai solat subuh dan memohon rezekinya, beliau kepasar untuk menjual tempenya tetapi tempenya masih mentah. Apabila ditanya pembeli tempenya beliau menjawab belum masak dan menyebabkan pembeli ke penjual tempe lainya. Sekitar sebelum tengahari rakan sebelaha yang menjual tempe semuanya kehabisan dan bergegas pulang. Beliau mula curiga  kenapa Allah tidak memberinya rezeki kerana jualannya belum terusik, adakah? Allah tidak terima doanya? ditakdikan Allah datang seorang hamba Allah bertanyakan tempenya, seperti biasa beliau amanah dan mengatakan tempenya belum masak. Alhamdullillah pembeli menyatakan hasrat membeli tempe yang belum masak untuk dihantar kepada anaknya di Kaherah Mesir, jadi tempe yang belum masak diperlukan kerana perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya 2 hari. Pembeli membeli kesemuanya tempe dengan harga yang lebih tinggi. Inilah dikatakan rezeki dan Allah tahu dari apa yang kita tidak tahu. begitu juga ragam manusia suka membebel tentang kejadian alam. kenapa Allah jadikan benda pelik pokok labu menjalar dengan batang kecil dan lembik tetapi buahnya besar sedangkan buah berangan pokoknya besar sedangkan buahnya kecil. Semasa melalui pokok berangan sebiji buah berangan gugr ke atas kepala pembebel dan ianya sedar kalau buah berangan sebesar buah labu pastinya kepalanya pecah.. Ini juga sebagai renungan kerana  apa jua yang Allah jadikan aada hikmah dan sebabnya. Sebelum membebel semak dan cari jawapannya kerana banyak jawapan nya di dalam Al Quran dan hadis dan ada dihuraikan oleh manusia berdasarkan ilmu.
     Perutusan P5ATM yang disampaikan tidak banyak bezanya dengan terdahulu banyak berkisar kepada displin, kejayaan, usaha dilaksanakan ATM, amanah, integriti. Tetapi dalam masa terdekat, anggota juga ingin mendengar insentif baru dari aspek kenaikan gaji, peruntukan yang ideal bagi meningkatkan kembali kecemerlangan ATM.
Lawatan India Higher Mgt Course juga membawa kenangan kerana kesemua penuntut adalah daripada asia selatan. Ada yang keturunan india, nepal, bangla yang mempunyai tradisi ketenteraan British. Ramai daripada pegawai kanan India adalah vegetarian dan berbahasa penjajah dengan baik. Hari jumaat ditamatkan dengan mesyuarat AKC. Wassalam

Tuesday, 11 October 2011

DOA YANG TIDAK DIMAKBULKAN OLEH USTAZ DON DANIYAL don Binyajid

1138 11 Okt 11.Doa tak makbul sebab makan minum benda haram, beri makan, pakaian, yang haraaam. disuapkan dengan benda haram. Syarat dalam doa untuk makbul doanya mestilah bertaubat dan menghindarkan perkara-perkara yang haram. Berdoa agar Allah terima doa kita hendaknya.

CASTLE OF FIERY -Alhijriah TV

Cerita jepun yang penuh dengan pengajaran di dalam siri TV Alhijrah. Siaran pada jam 900 mlm 11 Okt 11 amat berkesan sebagai tontonan meningkatkan semangat kerjasama serta kemahiran memimpin. Budaya hormat kepada pemimpin dan seorang pemimpin yang berani memikul tanggungjawab di atas kemahiran dan ilmu yang ada. Mataemonbukan Daaroemon membina sbuah negara sebagai sebuah istana, ikhlas tenang1577, istana Azchuzi setinggi 7 tingkat dibina oleh puak Okadae yang terkenal di dalam pembinaan berasaskan kayu. Simboliknya perintah maharaja di ikuti tetapi disanggah dan dibetulkan dengan ilmu. Istana yan dibina berasaskan keihlasan dan sebagai tempat tinggal maharaja dikukuhkan dengan melawan perintah maharaja dengan tidak membina tingkap atau ruang udara supaya isstana yang dibina lambat terbakar. Isteri yang sentiasa mentatati suami dan sentiasa menguntum senyuman walaupun disebalik senyuman penuh dengan penderitaan. Walupun cerita jepun tetapi pengajaran kekuatan dan disiplin yang tinggi boleh dijadikan contoh dan tauladan.

gambar-gambar kenangan

logo helang depan Mk 2 Div


moto kembara MENHAN depan CityBayview Penang

101011

Isnin, pagi dipejabat menyediakan kertas kajian sambil menyelesaikan keperluan pejabat. Sehingga jam 1400 semua kertas berjaya disiapkan dan terakhir jam 1420 menyipakan 5 salinan termasuk slide persembahan. Jam 1600 selepas makan tghri nasi goreng bertolak ke Klang. Perjalanan berhenti di Tapah, GHE sebelum ke SA jumpa anaak dan lihat kancil. sampai di 25 jDYS16 jam 900malam dan menyiapkan slide kajian. Sambil menyiapkan slide dapat juga muat turun gambar-gambar dalam blog. 

11 10 11

Di KL jam 0745 solat Dhuha dan hajat di S74bn, sementara menunggu sesi taklimat kepada KSP. Jumpa Mazizi, Msani, Mjamiran dna Mhaspa di anjungPedati. Minum pagi teh o dengan kueh gulung dan donut. Jam 0830pagi keMKMdn jumpa rakan lama MRafee,LKSuhaile dan MSasali. Taklimat disampaikan mulai 0930 hingga 11pagi dengan dihadiri peg dari 1,3,4,Gapu. Ptg ke74 makan tghari. Jma 1330 ke UKM untuk ambil skroll. balik ke JPJ SA bagi memdapatkan geran wgs 4754. Semua mudah dan kembali ke TS jam 1630. Ptg selepas solat jamak/qasar kemas laman dan juga lain-lain keperluan. Relak sambil menlayari internet seblum malam berlabuh

Monday, 10 October 2011

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive