|
LofT dari pintu masuk sebelah kiri |
|
River Nile LofT |
|
Crystal hot spring |
|
waves restoren |
Rancangan cuti dihujung tahun ke kelantan tetapi dibatalkan kerana cuaca hujan di Kelantan dan juga ada urusan di Klg. Tiket MAS berempat dibuat tarikh terbuka dan dirancang pada tahun 2012 sebelum Mac 12. Kami rancang balik ke TSDALklg, matlamat utama baiki bumbung rumah dengan menggantikan tar roofing yang dipasang sementara pada tahun 2007. Sudah hampir 5 tahun baru diganti dengan hanya kos RM 67.00 (2 x tar sheets bundle, butimen seal, 500ml thinner dan glove). kali ini kerja dibantu oleh anak kelima Hassriee, bagaimana memasang roofing sheet di atas bumbong, teknik naik ke siling ke atas bumbung dan memasang alas. Aktiviti cuti diteruskan pada hari Isnin ke LofT di Ipoh. Selepas sarapan di Che Don Seksyen 9 (4 orang - nasi dan mee goreng + minuman panas/sejuk berjumlah RM 26.00) jam 1100 kami bergerak ke Ipoh dan sampai jam 1320, selesai solat jamak/Qasar kami bermain air di LofT. Mulanya 2 beradik tapi dah bayar RM 185.00 (3 x dewasa RM 55.00 + 1 x kanak RM 48.00 = RM 213.00). Sewaan Tube Double RM 12.00), tapi dapat refund rm 10.00 deposit menjadikan kos RM 145.00 bagi bayaran masuk sahaja. Tips kalau nak enjoy datang jam 9.00 pagi balik jam 6 ptg. masa dari jam 1400 hingga 6 ptg begitu singkat dan tidak semua tempat dimasuki. Setelah penat menjamu selera di Waves Cafe RM 54.00 (chicken chop, pasta bolognaise, fish grilled dan black pepper sausages + hot drink (2 nescafe, milo dan mineral water). Balik singgah di Changkat Jering R&;R solat Maghrib/Isyak. Makan malam nasi lemak bungkus, air minuman (2) dan durian sebiji (RM6.00) dan bekal 2 kilo rambutan dan 2kilo manggis (RM 22.00). Selamat sampai di umah jam 2130 malam.
No comments:
Post a Comment