Hari Raya pertama kami hanya 7 beranak di P-ng. Yang keempat di KL. Hari Raya kedua kami balik ke KSS menghadiri Hari Keluarga Hj Som di rumah Mak Su (giliran kali ke 11). Dari umah perjalanan mengambil masa hampir 3 jam kerana kesesakan dari SP ke Pdg. Setibanya di rumah lama kerana rumput sudah panjang dan belakang rumah juga sukar dilalui. Ramai saudara dan Wa Ismail dengan Wa Leha dah ada, begitu juga Mak Jang Timah (uzur stroke). Jamuan ari itu nasi, lauk ayam, kari daging sebagai makan tengahari. Pendaftaran kehadiran dan kutipan bayaran 14 ahli wawasan RM 100.00 (pilihan) dan khairat kematian RM 20.00 mulai 2011 hasil daripada perjumpaan 2010 di SP rumah (Mah) dan wajib setiap pasangan (wajib). Majlis keluarga dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pak Su Yeh disusuli ucapan aluan oleh Mk Su Bayah selaku Pengerusi dan juga tuan rumah. Agenda seterusnya pembentangan oleh Hisham selaku Bendahari. Tahun 2011, walaupun tidak ramai ahli wawasan tetapi kutipan keseluruhan (termasuk derma bergerak semasa perjumpaan) mencapai hampir RM 14 ribu. Kutipan bergerak mencapai RM 336.00. Usul seterusnya dibincangkan dengan keputusan mengekalkan perjumpaan setiap tahun dan tarikh perjumpaan ditentukan oleh tuan rumah, keputusan juga dibuat sebanyak RM 200.00 diperuntukan kepada Tuan Rumah penganjur pada tahun 2012 (rumah Pak Chik Puteh/Jid). Penyampaian hadiah anak berjaya PMR (Uda dan anak Za) disusuli denagn cabutan wang kelab wawasan dimilki oleh dik Ana (RM 500.00). Seterusnya hadiah sukaneka dan cabutan bertuah menjadi agenda tetap. Majlis selesai jam 1700.
Malamnya kami makan malam di Nasmeer Rstrn Spg Kuala sebelum beraya dirumah adik di Tmn Seri Kota dan lanjutnya bermalam di rumah ibu. Hari Raya ketiga selepas mengemas laman rumah, kami bergerak balik ke Png, sebelum itu kami singgah di umah bapa Mertua M.Zaidi di Kpg Borhan AS kerana menghadiri majlis perkahwinan. Pergerakan balik, kami singgah di Sdka rumah kakak dan sampai di RKAT Sg Ara lewat petang.
Raya keempat, jam 730 pagi kami bergerak ke selatan dan sampai di Sbk Bernam melalui Changkat Jering, Pantai Remis, Telok Intan. Sebelum itu kami berkunjung kerumah/Restrn 3 R (Pak Dak Razak) di Pantai Remis dan dijamu dengan sarapan pagi sup laksa mee. Kami jangka sampai di Sabak Bernam sebelum jam 1130 tetapi agak lewat hanya jam 1230 sampai Sg Dorani dan disambut oleh keluarga Abang Latif dan Kak Zaharah. Selepas makan tengahari kami ke Masjid An Nur solat Jumaat dan selesai solat kami berbincang urusan anak untuk majlis tahun 2012 (24 Mac 12). Perjalanan ke Klg melalui Sg Besar, Tg Karang dan Kuala Selangor pada jam 1500, jalan mulai sibuk dan sesak dikawasan bandar dan kami mengubah haluan melalui lebuhraya LATAR dari Spg Ijok ke Lebuhraya Gutrie ke SA dan terus ke Tmn Sntsa jam 1800. Malamnya kami kerumah Kak Noor, Kak Leha dan makan malam di Rstn Bidayah. Pagi Raya ke 5 (Sabtu) kami sibuk mengemas rumah (laman/taman/isi rumah) sebelum ke rumah jiran Zaidun dan ke rumah terbuka Prof Patawi di BBT. Jam 1500 kami ke BTR dan selepas rehat jam 1800 gantikan bateri KAX 6779 (RM 190.00). Raya ke 6, awal pagi selepas mengemas dan ambil mempelam kami ke rumah Abang Ishak dan Kak Midah (dijamu air zam-zam) sambil berbual ziarah/umrah mereka ke Mekah semasa bulan puasa. Buah tangan kuih sampan, kurma, kacang, jubah dan ketayap menjadi buah tangan. Jam 1130, kami bergerak balik melalui PLUS dan hanya sekali berehat dan solat Jamak/Qasar Zohor dan Asar di R&R Gunung Semanggol jam 1400 dan tiba di Png jam 1530. Pizza menjadi makan tengahari di Pasaraya Raksasa sebelum balik ke C-3-12 Sarang Merpati Harimau Malaya. Wslm
No comments:
Post a Comment