Friday, 6 January 2012

SEKOLAH TAHUN 2012

              4 Jan 12, hari pertama anak ke sekolah bagi sesi tahun 2012. awal jam 6 pagi sudah bangun solat suboh dan berpakaian kemas. Baju seluar, lengkap semuanya baru menunggu feri sekolah. kali ini jam 730 baru kenderaan sampai disebabkan jalan sesak anak-anak sampai jam 0800 pagi. Keduanya tidak perlu dihantar kerana sudah masuk Drj 5 dan Tkt 4. tengahari aku bergegas balik untuk mendengar khabar hari pertama sekolah anak-anak. makan tengahari sambil mendengar hal-hal persekolahan. petangnya ke sekolah agama untuk daftar tetapi tidak perlu hanya anak-anak yang baru masuk atau tukar sekolah.4 hari lagi cuti sekolah agama. Hari kedua dimaklumkan feri sekolah akan datang jam 0700 pagi kerana dibuat jadual baru dan anak-anak sampai jam 0715 pagi. Semuanya ok. Semalam anak sudah minta belikan buku-buku tulisan yang belum cukup dibelikan. Semuanya akan dibereskan paada hari isnin dengan bayaran persekolahan lain. Hari persekolahan semua games dan aktiviti petang dihentikan sehinggalah cuti panjang. sSmua kena menumpukan perhatian kepada pelajaran sambil itu kelas tuisyen juga akan dibuat tinjauan bagi memastikan penccapaian tahun 2012 lebih baik dari tahun lepas.
            Musim sekolah juga dapat kami berjalan awal jam 0650 sebelum membuat tugasan lain. Sementara menanti anak menyiapakan diri kami juga bersiap untuk riadah seperti biasa cuma kali ini lebih awal dari kebiasaan. Cara ini dapat kami memenuhi masa lapang dan memastikan masa tidak dibuang. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive