Tuesday, 19 June 2012

HATYAI

       10,11,12 Jun 12. Perjalanan ke Hatyai melalui Danok, Sadao terus ke Hansa JB Hotel hampir 1 jam. Sebaik tiba bilik 911 mengingatkan akan peristiwa Sept 11, bilik menghadap ke selatan Hatyai. Kos semalam RM 75.00. Petang wife ke SPA aku dan DA serta R ke sakura Hotel minum petang sambil menemani rakan-rakan bagi senam ringan. Jam 1900 mlm waktu SM 2000 kami ke Sammy Kitchen jamuan makan malam. Macam biasa sajian Thai Cuisine dihidangkan dan diakhiri dengan Durian pulut santan dan nenas kemetot tetapi manis. selepas makan kami ke Hatyai Ice Dome di Majlis Bandarraya Hatyai. Malam itu, G.Supawong booking khas untuk kami serombongan 2,6,8. pada mulanya ramai merungut dan agak sinis sebab ada mengatur program sendiri. lwatan ini berbaloi kerana suasana kesejukan walaupun dengan baju sejuk ramai mula menumpu kepada keindahan ukiran ais dengan medan Tianamen, ukiran binatang, gelonsor ais dll. Semuanya menarik dan masing-masing berposing. Ada yang separuh jalan dah mula cari jalan keluar apabila hidung pedih dan tangan kaki kesejukan.
      Selepas Ice Dome balik ke JB Hansa hotel, di ruang lobi menyanyi hingga jam 12 malam. sekali lagi ada yang keluar minum dan menonton Euro. Good sleep. Pagi selepas sarapan aku bersama ibu-ibu ke Songkla melawat Muzium Kesenian Rakyat, sebelum itu singgah di rumah bekas PM ke 16 Tinasolanda. Di Muzium keseniaan rakyat hampir 7 tingkat menghadap Telok Siam mempamirkan kebudayaan dan kesianan selatan Thai. Yang menariknya terdapat koleksi Kukur nyior pelbagai bentuk ada menyerupai alat sulit, binatang dll. selesai kami makan tengahari di tepi pantai Songkla dengan hidangan ikan goreng, tomyam, udang goreng saiz xl, kerabu mangga. Hampir kawasan teluk dipenuhi dengan sangkar ikan, udang, bubu dan kayu pancang disusun bagi menternak dan menangkap ikan. Selepas makan kami ke kampung tradisi ke arah Surat Thani hampir 30 minit dari bandar Songkhla melawat hasil produk kampung berasas pokok kelapa laut. kami diberi penerangan proses membuat kuih dari buah kelapa laut, daun dibuat hiasan, isi dibuat minuman, air nira, sabun. Jam 15-00 kami balik ke Hatyai shopping di Pasar dan seterunya jam 1800 ke kawasan hadapan shopping kompleks Lee Garden yang di letupkan pada awal Mei 12. Urutan Tradisi Thai 300 baht manakala oil massage RM 600 baht. Bergegas balik kehotel bagi jamuan makan makan anjuran 5th Army. Persembahan peralatan dan hasil produk ditunjukan dan diakhiri dengan jamuan makan malam di dalam Dewan. majlis tamat jam 1100 malam. Ada yang minum kopi, urut dan lewat balik nonton Euro. Esoak sekali lagi selepas sarapan ke pasar beli bag, tali pinggang dan souveniors. jam 12 kami balik ke Bkt Kayu Hitam. Singgah di Zone beli coklat dan sampai di Pp jam 1800.   
 

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive