Antara berahi dan revolusi dalam kartun
ULASAN
Sejarah awal kartun editorial tanah air, mengikut kajian Dr Muliyadi
Mahamood dalam buku bertajuk The History of Malay Editorial Cartoons (1930-93),
sudah bermula sejak 1930-an.
Melalui akhbar-akhbar tempatan, antaranya Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis, isu-isu mengenai kesedaran bangsa dan hala tuju kaum Melayu diketengahkan melalui watak-watak kartun.
Malah semenjak merdeka pada 1957, akhbar-akhbar perdana dengan giat berkempen mengenai keharmonian bangsa serta menyulam pelbagai propaganda pemerintah melalui segmen-segmen kartun editorial.
Kartunis-kartunis pelopor yang menyemarakkan dunia perkartunan tanah air waktu itu seperti Ali Sanat, Saidin Yahya, SB Ally dan Raja Hamzah.
Penghujung tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an menyaksikan kehadiran pengkartun-pengkartun popular yang menjadi pelapis kepada kegemilangan kartun-kartun Melayu.
Dunia perkartunan tanah air dimeriahkan dengan kemunculan komik-komik hebat seperti Gila-Gila, Batu Api dan Gelihati.
Genre seni awam
Nama-nama seperti Cabai, Kerengge, Ujang dan Nan mula mendapat perhatian ramai. Seperti mana kartun-kartun impresif tokoh kartunis Lat, kisah realiti kehidupan dan budaya harian masyarakat Malaysia diolah dengan jenaka yang bersahaja namun tetap membekas. Kini kita mempunyai Zunar, seorang lagi kartunis yang semakin menyerlah. Seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi akibat pengkaryaan beliau seputar kemelut politik tanah air, yang sudah mencakupi hampir 15 tahun pada tahun ini, Zunar merupakan seorang kartunis yang begitu prolifik dan disegani hingga ke peringkat antarabangsa. Keberanian beliau mengetengahkan isu-isu hangat dengan pendekatan yang begitu artistik, telah membolehkan beliau menerima anugerah ""Courage in Editorial Cartoon" dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa,Washington DC pada tahun 2011.
"Zunar's cartoons are exactly what they should be, funny, well drawn and politically brave and powerful. I wish more cartoonists had the courage he has."
- Dr Robert Russell, Executive Director of Cartoonists Rights Network International (CRNI)
Zunar mula terlibat secara serius sebagai kartunis dan mula mendapat perhatian pada tahun 1986 bila mana beliau diterima menjadi kartunis tetap untuk majalah Gila-Gila. Kartun-kartun beliau pada waktu itu berkisar humor dalam kehidupan harian. Namun semenjak 1998, sewaktu bermulanya kemelut politik tanah air yang membenihkan era Reformasi, Zunar memilih untuk melontarkan pandangan politikalnya secara terang-terangan. Kartun-kartun Zunar menampilkan satira politik yang cukup bertenaga hingga mampu membeliakkan mata serta menggemuruhkan jiwa golongan politikus khususnya. Kartun-kartunnya sinis, hingga kadang-kadang membuatkan para pembaca tersenyum bukan sangat disebabkan leluconnya tetapi akibat tertampar dengan kebenarannya. Kartun merupakan salah satu genre seni awam yang sememangnya amat berkesan dan popular untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat. Sifatnya yang senang didekati membolehkan pelbagai hasil para pengkartun sampai kepada kelompok sasaran dengan agak mudah.
Satu perkara menarik yang boleh disentuh mengenai penggunaan elemen kartun dalam bidang seni lukisan di Malaysia seperti mana yang hadir dalam karya-karya ikonik pelukis pelopor Zulkifli Dahalan dan Dzulkifli Buyong sekitar tahun 1970-an. Malah, apabila ditinjau senario seni catan kontemporari pada hari ini, kita dapat menyaksikan terdapat kemunculan lakaran-lakaran kartun dan karikatur yang semakin menonjol di dalam karya-karya seni. Antara pelukis kontemporari yang banyak menterjemahkan konsep mereka melalui pemaparan lukisan berasaskan kartun adalah seperti Noor Azizan Rahman Paiman, Roslisham Ismail dan Samsudin Wahab.
Melalui akhbar-akhbar tempatan, antaranya Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis, isu-isu mengenai kesedaran bangsa dan hala tuju kaum Melayu diketengahkan melalui watak-watak kartun.
Malah semenjak merdeka pada 1957, akhbar-akhbar perdana dengan giat berkempen mengenai keharmonian bangsa serta menyulam pelbagai propaganda pemerintah melalui segmen-segmen kartun editorial.
Kartunis-kartunis pelopor yang menyemarakkan dunia perkartunan tanah air waktu itu seperti Ali Sanat, Saidin Yahya, SB Ally dan Raja Hamzah.
Penghujung tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an menyaksikan kehadiran pengkartun-pengkartun popular yang menjadi pelapis kepada kegemilangan kartun-kartun Melayu.
Dunia perkartunan tanah air dimeriahkan dengan kemunculan komik-komik hebat seperti Gila-Gila, Batu Api dan Gelihati.
Genre seni awam
Nama-nama seperti Cabai, Kerengge, Ujang dan Nan mula mendapat perhatian ramai. Seperti mana kartun-kartun impresif tokoh kartunis Lat, kisah realiti kehidupan dan budaya harian masyarakat Malaysia diolah dengan jenaka yang bersahaja namun tetap membekas. Kini kita mempunyai Zunar, seorang lagi kartunis yang semakin menyerlah. Seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi akibat pengkaryaan beliau seputar kemelut politik tanah air, yang sudah mencakupi hampir 15 tahun pada tahun ini, Zunar merupakan seorang kartunis yang begitu prolifik dan disegani hingga ke peringkat antarabangsa. Keberanian beliau mengetengahkan isu-isu hangat dengan pendekatan yang begitu artistik, telah membolehkan beliau menerima anugerah ""Courage in Editorial Cartoon" dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa,
"Zunar's cartoons are exactly what they should be, funny, well drawn and politically brave and powerful. I wish more cartoonists had the courage he has."
- Dr Robert Russell, Executive Director of Cartoonists Rights Network International (CRNI)
Zunar mula terlibat secara serius sebagai kartunis dan mula mendapat perhatian pada tahun 1986 bila mana beliau diterima menjadi kartunis tetap untuk majalah Gila-Gila. Kartun-kartun beliau pada waktu itu berkisar humor dalam kehidupan harian. Namun semenjak 1998, sewaktu bermulanya kemelut politik tanah air yang membenihkan era Reformasi, Zunar memilih untuk melontarkan pandangan politikalnya secara terang-terangan. Kartun-kartun Zunar menampilkan satira politik yang cukup bertenaga hingga mampu membeliakkan mata serta menggemuruhkan jiwa golongan politikus khususnya. Kartun-kartunnya sinis, hingga kadang-kadang membuatkan para pembaca tersenyum bukan sangat disebabkan leluconnya tetapi akibat tertampar dengan kebenarannya. Kartun merupakan salah satu genre seni awam yang sememangnya amat berkesan dan popular untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat. Sifatnya yang senang didekati membolehkan pelbagai hasil para pengkartun sampai kepada kelompok sasaran dengan agak mudah.
Satu perkara menarik yang boleh disentuh mengenai penggunaan elemen kartun dalam bidang seni lukisan di Malaysia seperti mana yang hadir dalam karya-karya ikonik pelukis pelopor Zulkifli Dahalan dan Dzulkifli Buyong sekitar tahun 1970-an. Malah, apabila ditinjau senario seni catan kontemporari pada hari ini, kita dapat menyaksikan terdapat kemunculan lakaran-lakaran kartun dan karikatur yang semakin menonjol di dalam karya-karya seni. Antara pelukis kontemporari yang banyak menterjemahkan konsep mereka melalui pemaparan lukisan berasaskan kartun adalah seperti Noor Azizan Rahman Paiman, Roslisham Ismail dan Samsudin Wahab.
Persembahan literal tanpa kiasan
Impak visual kartun atau karikatur yang kuat apabila digandingkan dengan konsep yang sesuai mampu menyampaikan maksud dengan lebih tepat dan berkesan. Dalam hal ini, lukisan-lukisan Zunar boleh juga dianggap sebagai karya-karya seni yang mempunyai keserasian bentuk (form) dan isi (content) yang berilhamkan persekitaran (context) yang amat dekat dengannya. Dalam pameran Zunar, sekitar 160 buah kartun yang dihasilkan sejak 1998 hingga kini menampilkan humor kritisisme dunia real-politik tana hair dan amat penting dilihat sebagai satu bentuk rakaman sejarah perihal siasah negara. Sesungguhnya kartun-kartun yang dipaparkan melalui pameran ini mencerminkan sebuah kesatuan antara berahi seni dan revolusi politik seorang Zunar.
Karya-karya figuratif beliau mempunyai kualiti lakaran yang baik, temanya sarat dengan makna dan dipersembahkan secara literal tanpa kiasan. Melalui pemerhatian yang tajam serta kaji-selidik fakta yang mendalam, beliau menghunjamkan pandangan ke atas mediumnya dengan begitu yakin, lantang tanpa selindung demi menegakkan yang hak dan menentang yang batil.
Bak kata-kata keramat beliau, "why pinch when you can punch?" (mengapa hanya mencubit jika boleh menumbuk?)

NUR HANIM KHAIRUDDIN kurator untuk pameran
solo pertama Zunar di Malaysia
antara 1 hingga 9 September di Shah Alam. Tulisan ini dipetik daripada buku
katalog yang akan dikeluarkan. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.petikan malaysiakini
29 Ogos 12
No comments:
Post a Comment