Tahun 2011, majlis sambutan dibuat diperingkat D, dan tahun ini hanya diperingkat B masing-masing sebab D telah laksanakan pada 29 Ogos 12. Usul dan perbincangan dilaksankan pada 3 Sep 12 dengan kehadiran AJK dan penghuni. AJK kerja telah diputuskan dan menu dipersetujui dengan setiap tingkat menyediakan/menaja menu masing-masing dan yuran B menaja menu sampingan. Tkt 1 diketuai oleh TK Nik Halim dengan menu Soto, Tkt 2 rojak buah dengan cucuk-cucuk sosej dan nugget, Tkt 3 cahr koew teow, tkt 4 dengan roti canai, tkt 5 dengan cendol, tkt 6 dengan bihun tomyam, tkt 7 dengan mee kari dan tkt 8 nasi lemak. Menu sampingan lemang, ketupat palas, air minuman, buah, rendang dan nasi himpit kuah kacang serta polystrine (pinggan, cawan, mangkuk dan sudu/cawan /garpu plastik) oleh AJK sajian dengan peruntukan wang yuran ahli
Persiapan dimuakan pada 7 Sep 12 denagn gotong royong membersihkan kawasan bawah blok dan longkang sekeliling. Pada 9 pagi kerja-kerja menyusun meja, kerusi dan lampu hiasan bermula sehingga jam 1900. semua berjalan lancar dengan beberapa tambahan serta susunatur gerai. Suasana meriah dengan lampu ketupat, kelip-kelip dan spot light serta muzik lagu raya menambah kemeriahan jamuan. Kerancakan persiapan hingga ke waktu magrib apabila makanan mula dipamirkan di gerai-gerai dan kanak-kanak mula mengerumuni gerai melihat persiapan terutamanya gerai cendol dan roti canai, ada yang sudah berbaju raya dan mengajak ibubapa membuat persiapan ke majlis. Tepat jam 2000 ada yang tidak sabar menunggu jamuan bermula telah mengisi perut yang berselera dengan menu disediakan.
Jam 2030 jamuan bermula dengan masing-masing mendapatkan menu kegemaran masing-masing dan ketibaan tetamu juga menambahkan lagi suasana majlis. Dato A dan Datin R sampai jam 2045 dengan Dato Z menyusul. tetamu lain juga mula tiba dengan disambut oleh penghuni. Majlis berlarutan sehingga jam 2300 dan yang diakhiri dengan letupan bunga api. Bab akhir sebelum tamat sekalilagi sajian menjadi meriah apabila jemputan saat akhir kader2MD dijemput. Penghabisannya semua selesai dicuci jam 0015. tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dan menghulurkan bantuan baik wang ringgit, idea, ringan tulang dan kehadiran Wassalam
No comments:
Post a Comment