Monday, 25 February 2013

MAJLIS KENDURI KAHWIN MASA KINI

Pelabagai cara majlis dilaksanakan, kalau dahulu masa perkahwinan biasanya cuti persekolahan atau cuti panjang. Ada juga mengambil kira bulan-bulan atau hari tertentu untuk mengelak bencana atau perkara-perkara buruk. Tarikh dan bulan juga perlu disemak agar mendapat keberkatan. Disamping itu, persaudaraan hanya berkisar di dalam kampong, daerah dan lebih jauh negeri bersempadanan. Sekarang ianya telah mengalamai banyak perubahan akibat perjalanan yang singkat, taraf pendapatan, teknologi maklumat dan sifat keterbukaan generasi berpendidikan. Kalau dahulu penempatan ditepi sungai, pantai tasik menjadi perjalanan yang mudah sekarang dengan adanya lebuhraya dan tambang murah ianya juga mengubah pelaksnaan kenduri kahwin. Begitu juga perkahwinan tidak lagi dirumah-rumah tetapi sudah beredar ke dewan, restarurant dan hotel. Kalau dahulunya orang Tionghua mampu mengadakan majlis dihotel tetapi sekarang orang melayu lebih hebat dengan jemputan melebihi 750 orang dengan perbelanjaan menghampiri RM 100,000.00. Ini tidak termasuk belanja kahwin, hantaran dan hadiah sampingan. Sekarang tidak perlu susah payah menumbang lembu, kerbau semuanya dibuat secara kontrak daripada makanan, minuman, pelamain, Mak Andam, fotografi, pengurusan majlis, juruacara, pemuzik, kumpulan marhaban dll. Dari sudut ekonomi ianya menyediakan peluang pekerjaan dan kreativiti tetapi di dalam masa yang sama takut niat yang baik mendapat dosa. Ianya boleh mengundang fitnah, riak, ketidakadilan dan juga hutang. Walau apapun pasti semuanya telah mengambil kira sumber kewangan dan juga kemampuan serta status masing-masing. Tidak salah tetapi biarlah inya sederhana dan tidak melanggar hukum serta budaya masing-masing. Majlis sekarang tidak perlu lagi menunggu hari cuti persekolahan, kalau ada cuti hari minggu atau umum ianya akan dilaksanakan. Sekarang juga tidak perlu merisik, kalau nak buat semuanya dalam 2 in 1 atau 3 in 1. Adakah majlis di masa hadapan adat akan diketepikan hanya hukum syariat/wajib sahaja dikekalkan, jamuan juga tidak perlu ramai-ramai manakala makanan hanya diberikan voucher atau dikedai makanan segera atau restoren mamak, melayu dll mengikut selera masing-masing. Kalau ada pun hanya minum teh/kopi tanpa nasi minyak dan dihidangkan hanya makanan segera atau ringan. Begitu juga jemputan hanya saudara mara ataupun jiran sekeliling ataupun rakan-rakan pejabat. Semuanya mungkin berlaku jika generasi sekarang tidak mementingkan masyarakat dan keluarga dan hanya berpaksikan sumber kewangan yang ada ataupun semangat keislaman yang semakin menebal dan hanya membuat perkara-perkara wajib bersesuaian dengan pendapatan yang ada. Wasssalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive