Saturday, 1 August 2015

BATU DALAM GALL BLADDER-BATU HEMPEDU

Pengesanan batu dalam hempedu diketahui pada tahun 2005 selepas membuat pemeriksaan SOP di HAT Lumut. Semasa kali pertama dibuat ultra sound, hanya sebiji batu dikesan dan tahun 2006 di dapati sebiji lagi di bahagian belakang batu pertama. Dr maklumkan jika tiada sakit atau simpton pedih bulu hati dan juga di bahagian kanan bawah diaphgram tidak perlu risau. Saiz batu lebih kurang 0.5 ke 0.8 cm.  Batu ini berkemungkinan drp kalestrol sejak dikesan penyakit darah tinggi pada tahun 1998. Dr bekalkan ubat dan fruittisle -jenama Legalon 140mg ntuk hati berlemak. Tiada masalah batukarang di buah pinggang. Kadangkala simtom angin, sendawa berterusan dan lenguh bahagian belakang serta pedih bahagian kanan perut dekat bahagian diaphgram. Ianya akan hilang setelah diurut dan disapu minyak urut dan telan paracetamol. Kali terakhir semasa pemeriksaan SOP pada 15 Jul selepas dibuat ujian ultra sound masih terdapat batu tersebut dan saiz masih ditahap yang sama. Dr memaklumkan tidak perlu dibuat pembedahan. Aku juga memaklumkan akan mencuba petua yg dibuat oleh perubatan tradisional/islam untuk membuang batu karang di hempedu, buah pinggang.
      Sebelum itu, pada bulan Jan 15 sekembalinya dari Hawaii aku mula mengambil lemon citrus kuning sebagai diet mingguan dan membeli bekas di HIG (RMxx) bagi memeram lemon untuk diminum sepanjang hari. Aku juga, di bulan Ramadhan mengunakan buah tamar yang dimasukkan di dalam bekas untuk membuang toksin/toksid di dalam badan. 
        Selepas hari raya aku membeli sekotak buah epal hijau (150biji=RM 75.00) bagi membuang batu hempedu. Aku mula makan epal setiap hari sebanyak 5/6 sehari, hari kedua aku ke rumah di K...g mengambil mesin fruit blender untuk memproses 6 biji sehari dan diminum selama 4 hari, di hari kelima dan keenam aku membeli jus epal hijau sebagai megantikan fresh epal. Gaabungan air perahan dan makan buah epal diamalkan bagi melembutkan batu hempedu. Hari keenam aku ke kedai farmasi bagi membeli garam EPSOM-Magnesium sulfate. Garam ini di bacuh  sebanyak dengan 1 camca besar dengan segelas air suam dan diminum pada jam 6 ptg dan bancuhan kali kedua jam 8 malam. Sebelum itu kena puasa dari tengahari dan jangan makan malam. Sebelum tidur jam 1000 malam masukan perahan 3 biji air lemon citrus dengan minyak zaiton/minyak bijan (setengah gelas lemon dan setengah minyak zaiton). Campuran ini disebatikan dan diminum sebelum tidur. Masam dan berminyak, aku tidak ada masalah dengan campuran tersebut, tetapi terasa ngilu digigi kerana masam air lemon dan lekitnya minyak zaiton. Terasa angin dibahagian perut dan risau juga kerana minum air garam EPSOM sebab dikotak ditulis hanya untuk luaran bagi mengobati kekejangan kaki (rendam air dengan air garam).
             Keesokanya bangun pagi terasa simtom berangin dibahagian perut dan semasa membuang najis, najis terapong dan terasa lekit minyak dibahagian dubur semasa beristinjak. Melalui pembacaan dimaklumkan batu-batu lembut dikeluarkan bersama najis.Ini disebakan tindak balas bermula daripada fungsi epal bertindak melembutkan batu karang, faktor garam meluaskan saluran di dalam hempedu dan juga pembuluh/duct dari hempedu ke bahagian usus/perut. Faktor lemon pula menghancurkan batu dan minyak zaiton sebagai penolak dan pelincir batu yang hancur ke perut. Selepas membuang najis akan terasa selesa di bahagian perut. Kesan dan akibatnya belum dipastikan dan akan diketahui apabila membuat scan pada SOP akan datang. Selepas ini akan terus mengunakan ramuan ini sebagai detox membuang toksik diorgan dalaman. Selepas bulan Ramadhan aku juga mengunakan adunan minyak zaiton, madu, cuka tamar dan minyak habatus sauda untuk mengurangkan kolestrol diselang seli dengan ubat Dr. Sejak pengambilan ramuan tersebut paras kolestrol turun kepada bacaan 3-3.8. Alhamdullillah ianya akan diamalkan sebagai makanan tambahan kerana buah/minyak zaitun, habatus sauda adalah disebut dalam Al Quran. InshaAllah semoga ianya akan memberi kebaikan dan seterusnya mensyukuri agar sentiasa sihat bagi menunaikan perintah Allah. Wasaaalam. 

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive