Tuesday, 22 December 2015

UMUR BONUS 55TANGGAL 23 DIS

Alhamdullillah masih berdenyut jantung, mata masih bercahaya, nafas masih berdengus, kaki dan tangan masih bergerak, umur menjangkau 55 dalam bebrapa jam lagi. Syukuran kerana dikerniakan nyawa yang masih ada dalam islam, beribadah dan menunaikan hak dan kewajipan sebagai muslim. Walaupun sedikit ilmu cita-cita sebagai muslm yang baik tetap tersemat. Pelbagai rintangan dan halangan akan dihadapi kerana Allah tahu akan kemampuan umatnya. Doa yang dimakbul adalah nikmat manakala doa yang belum makbul disimpan dan hanya menanti saat dan waktunya diterima. Sentiasa berdoa dan menjaga adab doa agar setiap permintaan ditunaikan walupun sekejap, lama atau tak kunjung tiba ianya tertulis diakhirat kelak.
   Semua rukun Islam  telah dilaksanakan dan hanya menambahbaik dan berusaha dengan sebaiknya sebelum dipanggil malaikat maut Izrail... adakah semuanya ibadat diterima, ditulis dan bakal dihisab nanti? kita hanya berusaha dan hanya diketahui dihari kiamat semasa dibicaarkan di Padang Masyhar Allahuakbar, subhanallah dan ucapan serta sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diamalkan akan diberi syaffat hendaknya. 
       Berusahalah, beribadat tanpa jemu tanpa balasan kerana yang mengira adalah hak Allah. Jangan jemu dan alpa kerana semuanya ditakdirkan dan terus berusaha terbaik membantu insan yang serba kekurangan. Lihat sekeliling yang dekat, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk di bantu, dibimbing, dinasihati dan berdoa agar semuanya di dalam rahmat Allah hendakNya.----Apalagi yang dimahukan harta bergunung, ilmu melaut tidak akan kemana kalau hidup dengan maksiat, munafik dan syirik. Berusaha semampu dan beribadat seperti akan mati sebentar lagi. Jika dipanjangkan umur ianya hendaklah bersyukur agar dapat memohon ampun dan berdoa, berinfak, mengajar, membantu yang tidak mampu. Sentiasa berdoa agar terus di dalam hidayah Allah dan ditetapkan iman sehingga nafas`terakhir...
  

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive