Tuesday, 5 April 2016

DI AKHIR ZAMAN TAWARAN KEBENDAAN DAN ADAB DIKETEPIKAN -PETIKAN DRP fmt pada 4 Apr 16

Tarik kain, tayang paha, panjat pagar gara-gara ‘sale’

 | April 4, 2016
Wanita-wanita zaman sekarang bertindak seperti kena rasuk bila terdengar perkataan 'sale' apatah lagi ketika berada di premis yang menjual barangan berjenama pada harga murah, semua hilang akal.
COMMENT
panjat-pagar
Kelakuan pelanggan yang merebut-rebut ketika musim jualan, pembukaan butik, jualan ‘happy hour’, bazar jualan murah nampaknya semakin menjadi-jadi dan tidak dapat dikawal.
Kalau dahulu wanita digambarkan sebagai seorang penyabar, tenang dalam membuat keputusan, berhati-hati dalam setiap langkah (keputusan), insan yang lebih bertanggungjawab, lebih waras dalam menentukan kehendak, semuanya seperti sebuah kisah mitos pada masa kini.
Sekurang-kurangnya di Malaysia, wanita kita bukan lagi seperti apa yang pernah digambarkan suatu masa dahulu. Mereka lebih mengganas, mungkin lebih daripada lelaki.
“Dengar sahaja perkataan ‘sale’ sanggup tolak-menolak, panjat pagar, pijak orang…. Tunggu belum ada lagi kes membunuh kerana sale sahaja setakat ini. Tengok ragam manusia sekaramg, mungkin tak lama lagi ada lah tu,” kata seorang rakan selepas baru sahaja menonton klip video wanita merebut beli tudung di sebuah butik tudung jenama terkemuka di Bangi.
Namun, ia bukanlah kes baharu atau pertama. Jadi tak usah teruja sangat.
“Lama-lama orang dah tak kisah walaupun ada yang cedera atau kena pijak waktu ‘sale’. Perkara ini semacam tradisi yang semakin diterima. Dah imun,” kata seorang lagi rakan yang turut mengenang kejadian yang sama pada tahun lepas apabila sebuah jenama kasut terkenal tempatan membuat jualan murah.
Daripada menunggu berjam-jam depan pagar, saling menolak, tidak kisahlah bawa anak, orang tua, semua berperangai sama hingga ada yang sanggup panjat dinding bangunan, pagar bahkan panjat atas manusia semata-mata untuk membeli kasut berjenama pada harga RM15.
Malah, sekitar tiga atau empat tahun yang lepas, apabila sebuah butik tudung dibuka di Lapangan Terbang Skypark di Subang Jaya, saya sendiri menyaksikan ‘kerakusan’ wanita-wanita yang wajahnya cantik bermekap tebal tetapi tetapi perangai bagai nak ‘rak’!Boleh pula mereka tidur di lapangan terbang semata-mata untuk menjadi orang pertama masuk dan beli tudung yang kononnya edisi khas dan terhad. Mati kot kalau tak dapat tudung edisi terhad itu…
Bukan tak boleh, cuma usahlah terlalu obses sampai anak-anak kecil, suami, pak cik-pak cik dan mak cik tua semua dibawa berkhemah depan butik, lagi-lagi di lokasi seperti lapangan terbang.
Terbaru, saya terbaca perkongsian berita sebuah syarikat acara mengendalikan festival beli-belah, juga menerima kunjungan dan reaksi di luar jangkaan.
Dari aspek perniagaan ia sememangnya petanda baik, bagi ekonomi negara, dialu-alukan, tetapi saya lebih berminat bercakap mengenai tindakan dan kelakuan manusia khususnya wanita-wanita yang berperangai seperti tidak pernah jumpa kain murah.
Seorang rakan saban hari berkongsi satu print screen kotak pesanan dipercayai milik Ketua Pegawai Eksekutif penganjur festival berkenaan. Pelanggan, juga dipercayai pelajar wanita bertanyakan jikalau mereka boleh menggunakan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) untuk membeli-belah di festival itu?
Entah apa yang mereka semua fikirkan, membeli-belah seperti tiada esok atau seperti tidak akan ada jualan murah selepas ini, ataupun ia trend yang menjadi kebanggaan untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan media sosial?
Sehingga bersedia menggadai baucer buku bernilai RM250 yang sepatutnya digunakan untuk beli buku, tambah ilmu di kepala yang jelas semakin kurang untuk beberapa helai pakaian dan aksesori.
Saya pelik sekali apabila, kejadian ‘rasukan beli-belah’ ini semakin menjadi-jadi, tanpa segan silu dan nilai kewanitaan. Inikah anda mahu ajar kepada anak-anak perempuan anda? Ada kanak-kanak yang sudah mula obses melihat anda, ibunya berkelakuan demikian.
Teringat juga kepada rakaman wanita yang sanggup angkat kain tinggi-tinggi berlari memanjat dinding untuk masuk ke dalam premis jualan murah. Wanita-wanita ini sanggup tayang betis dan paha gebunya, tidak kisah kena rakam, tarik-menarik tudung sampai tercabut kerana fokus mereka hanya satu, beli baju, kasut, tudung, aksesosi, beg atau apa sahaja yang dijual murah itu. Apakah itu nilai kita sebagai wanita atau manusia?
Terfikir juga jika semua ini adalah impak daripada kesan kos sara hidup yang semakin naik sehingga memaksa kita berlumba mendapatkan produk berjenama yang diimpikan tetapi pada harga murah.
Sebab, 10 atau 15 tahun dahulu saya tidak pernah mendengar atau membaca berita seperti ini. Kalau ada pun berita orang beratur beberapa hari di luar kedai atau pusat beli-belah yang baru akan dibuka, itu pun di luar negara.
“Bukan itu sahaja, ada yang main rembat waktu ‘sale’ kemudian jual balik dengan keuntungan. Business tactics… Terpaksa buat macam itu, cari makan….,” kata rakan yang turut mengakui antara ‘kaki terjun sale’.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive