Thursday, 1 September 2016

EMAK JATUH JAM 0330 PAGI DI AWAL PAGI MERDEKA

Dari 30 hb lagi mak dilihat agak letih dan mood tidak berapa seperti hari-hari biasa, selepas makan malam tanpa solat Magrib terus ke Bilik Tidr. Sekembal dari suarau dimaklumkan emak belum solat. Aku kejutkan Mak dia kata mengantuk dan nak sambung tidur. Aku terus memaklumkan syaitan bergayut kat mata lantas bangun untuk ke bilik air. Setelah selesai solat ia kembali di katil. Jam 1130 aku kebilik dan dia kata hang mai tidok sini tapi panggil Tan. Aku baring disebelah sambil embaca suarak Al Mulk dan dia masih mampu membetulkan bacaan aku. Jam 1200 kedengaran bunga api berdetum menandakan 31 Ogos Merdeka. Aku masih dibilik Mak dan maklum nak tidur awal esok nak bangun awal solat suboh. Sewaktu aku melangkah keluar bilik jam 0030 mak dah lelapkan mata.
hampir jam 0100 aku baru lelap dan terbangun jam 0315 dan berlalu kebilik Mak dan ia masih di atas katil dan bergerak, Aku sapa kata nak bangun kecing ke? jawabnya Tak Pa belum lagi. Aku balik kebilik dan mengambil wuduk semasa dibilik air aku dengan bunyi katil dan menyangka isteri beralih posisi tidok. Selesai berwuduk aku kembali ruang TV tanpa berbaju sambil mengheret kain sejadah. Hati terasa tidak sedap, bila dikuak pintu bilik alangkh terkejut muka dan baju mak penuh darah merah, agak panik sedetik sambil mengucap dan terasa kaki licin dan bau darah, lampu bilik diterangi lampu bilik air ibu tidak mengeluarkan sepatah samada sakit atau memangil sesiapa bantunya. Dilhat kesan darah dilantai ke arah pintu kerana sewaktu aku masuk dia berada di hadapan pintu bilik air dan mengata ianya kencing walaupun masih memakai lampin pakai buang, Lantas` aku kebilik mengambil tuala kecil sambil mengejut isteri sambil memaklumkan mak jatuh dan berdarah.
       Aku mengambil tuala kecil dan menekap di dahi kiri mata mak dan darah memancut keluar, aku bertambah celaru dan memaklumkan agar menekap tempat luka sementara aku balik kebilik s menyarong baju dan seluar untuk dibawa ke hospital. Suara agak keras mengejut isteri yang masih magli disebabkan kejutan tiba-tiba dan memaklumkan bersiap untuk bawa mak ke hospital. Aku kembali kebilik membuka baju berdarah dan menbersihakn darah dimuka dan badan. Darah merah mengalir akibat bercampur air dan dilihat darah sudah berhenti mengalir ditempat luka. Ister datang mengelap darah dilantai sementara itu aku memakai baju mak dan menyiapkan beg, pakain untuk dibawa ke hospital. jam 0355 kami bergerak ke hospital T. Mizan dan samapi jam 0415. Tiaada pesakit dan semuanya diurus dengan segera dan tidak dijahit pada tempat yang luka hanya digunakan gam pelekat memandangkan kawasan dahi bersebelahan mata yang senstif. Bacaan BP juga stabil 130/85, kencing manis 4. Setelah selesai jam 0445 kami balik ke rumah. Dibekalkan ubat tahan sakit, kurang bengkak, penadol  dan suntikan kancing gigi. Hari ini hari ke2 kening dan selaput mata atas membengkak kemungkinan disebabkan kesan jatuh. Semalam aku tifuk diruang TV dan memastikan mak tidak bangun, alhamdullillah Mak tiduk sampai ke pagi dan tidak ada rasa sakit apabila ditanya.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive