22 Dis 16. Berita mengenai
kepakaran Dr Muthu Veerappan MBBS (Mysore) India telah mengamit aku untuk
membawa emak berubat. kesempatan bercuti tahun. Selepas ke Beseri aku singgah
di pekan Pauh untuk melihat sendiri klinik & Surgeri Sedhu Ram. Setelah
mendapat maklumat serba sedikit dan tatacara pendaftaran aku berbincang untuk
menghantar emak ke klinik pada 22 Dis 16. Seperti dirancang, adik pergi awal ke
Klinik bagi mendapatkan nombor dan mendaftar kemasukan sebelum jam 1730 dan
rawatan dengan Dr hanya pada jam 1900. Adik Tan walaupun sakit gout kaki kiri
dengan isteri berjaya mendapat nombor 14. Aku dan Emee bergerak dan sampai ke
Changlun jam 1845 dan meneruskan perjalanan ke Masjid Pauh untuk solat Magrib. Setibanya
di masjid aku meletak kenderaan di pintu luar dan semasa membawa keluar
terdengar bunyi dentuman kemalangan motosikal dengan kereta disimpang ….Aduh – (dalam
hati berdetik Allahhuakbar orang sibuk berurusan di masjid masih ramai umat
islam di pasar malam dan kemalangan juga melibatkan penungang melayu islam
dengan wanita Tiounhua 30 an) keluhan
mangsa di atas jalan .. awat keluaq lagu tu… tak tak bagi signal..adui sambil
memegang kaki. Aku tidak kesampaian menolong kerana terpaksa menguruskan
ibu yang berkerusi roda dan kami ke ruang solat selepas mengambil wuduk ibu.
Alhamdullillah, adik ipar Khairah keluar membantu membawa ibu ke ruang solat
wanita dan aku menuju ke ruang solat lelaki.
Selesai solat aku bertemu adik bagi mendapatkan kertas
pendaftaran dan beredar ke klinik hampir 100 meter daripada masjid. Setelah
menunggu hampir 1 jam, nama ibu dipanggil masuk dan suasana di bilik Dr kurang terurus
dan hampir kesemua rawatan dan urusan dibuat oleh Dr sendiri dan hanya dibantu
oleh staf untuk memanggil pesakit. Dalam satu masa 5 pesakit masuk di ruang
rawatan dan pastinya tiada privasi kerana semua pesakit mendengar bualan antara
Dr dan pesakit. Selepas di dianogsi, beliau melakarkan gambar dan memaklumkan
punca penyakit ibu. Dr dengan bangganya memaklumkan kalau datang awal akan
cepat baik bukan 2 tahun dan beliau amat yakin ibu akan kembali sihat dalam
masa 2 minggu selepas pengambilan ubat dan buat fisoterapi. Ubatan Dr sediaada hendaklah
diteruskan dan dibekalkan dengan 2 untuk pagi dan 4 untuk malam hari. Tepat jam
0930 aku bergerak balik ke AS setelah menjelaskan bayaran RM 160.00 bagi
rawatan/ubat dan selepas 2 bulan habis ubat buat ulangan semula. Prosedur yang
sama kena ambil nombor, daftar dan tungguuuu…….
2 comments:
Salam tuan.. nak tanya bagaimana dgn ibu yg telah mendapat rawatan dari Dr Sedhu ni. Boleh berkongsi dengan saya sbb ibu saya stroke sudah 9 bulan. Terima kasih utk penjelasan tuan. Anuwar Ahmad Ipoh.
Ya, tuan. Bagaimana?
Post a Comment