Saturday, 25 February 2017

IBU YANG SEMAKIN UZUR




Setelah hampir 7 bulan ibu telah menerima rawatan di KL. Kali pertama dahi kiri semasa di rumah aku dan kali kedua bulan Feb di Kedah. Tindakan utk ambil pembantu dipercepatkan dan pada 20 hb Mac dan aku terus ke Taman Teluk Kapas membuat tinjauan PE. Dibuat perjanjian utk ambil PE pada 23 Feb. Ptg 23 Feb aku terpaksa ambil PE Nana asal drp Powerkorto JT. Ibu sampai pada 24 Feb jam 1200. Hari pertama berjalan biasa, dan rasa mudah utk ibu di bawah jagaan PE tetapi sebagai anak kena juga memberi masa dan bergilir supaya PE dapat jaga ibu dgn lebih baik di malam hari dan bila aku tiada d rumah. Masalah bahasa dan kerenah ibu perlu dititikberat dan diajar PE tahu apa yg sepatutnya dibuat. Hari ini, ibu nampak sihat dan khabarnya dimlmnya dapat tidur bila ada PE teman dan tidur berdekatanya. Semoga Allah terus memberi kemudahan dan meringankan apa jua halangan di masa mendatang kita mampu merancang hanya Allah jua yg maha mengetahui. Wasalam.

Thursday, 23 February 2017

SunwayPutra Mall ~Some of Memory Lane

Vege stall

Chinese food stall


Grocery & Fruit stall

Cendol & ABC  Teochew

Konsep gerai zaman 60an

Mess AGM &Q Corner





ALZHEIMER DEACEASE

[14:35, 2/20/2017] Tan: Penyakit Alzheimer



Penyakit Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.

Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.


Menjejaskan Daya Ingatan

Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.

Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.

Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.

Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.
[14:35, 2/20/2017] Tan: Risiko dan Simptom


Sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.

Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.

Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.

Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.

Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.

Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.

Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.
[14:35, 2/20/2017] Tan: Panduan Bagi Penjaga

* Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.

* Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.

* Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.

* Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.

* Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. Kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.

* Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.

* Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.

Thursday, 16 February 2017

LANGKAH RASMI PROSES TAAMAT TEMPOH PERKHIDMATAN-PERSARAAN WAJIB

              Bulan Feb 2017 memberi banyak peristiwa dan kenangan pada tahun 2017 dan ianya merupakan permulaan bagi persiapan persaraan. Permulaan bagi menyiapkan dokumentasi perbehentian secara wajib. Ianya bermula dengan mendapatkan tandatangan penyelesaiaan hutang dengan kerajaan melibatkan penjaman pendidikan, perumahan, kenderaan, SPAAT dan juga kontrak ikatan perjanjian mpat, UUM. Semuanya dibuat pada 13 Feb 17. Pada 20 Jan akan bermula secara rasmi menghantar surat kepada Komandan (BJ Dato Yusof), Pengarah KPD (Kol Wan Ghazali) dan PTD Jen Dato Sri PTD (Jen Dato Sri Zulkifli Kassim). Tindakan ini diambil setelah bertemu Pengarah KPD pada 8 Jan 17 bagi memaklumkan hasrat untuk memajukan dokumentasi perbehentian wajib. Aku juga memaklumkan kepada YBhg Komandan pada 13 Jan 17 hasrat untuk memulakan dokumentasi pemberhentian. Berdasarkan rekod cuti dan maklumbalas drp Bhg Rekod dan Pencen JRP aku akan memulakan cuti sekaligus mulai 27 Mei 2017 sehingga 22 September 2017 dan mejalani latihan peralihan mulai 22 September hingga 22 Disember 2017. Aku telah memohon LP dengan Syarikat Juta Restu Properties (M) Sdn Bhd sebagai Pengurus Penyelia Projek. Kesemua surat dan dokumen akan dimajukan pada 20 Jan 17, kepada pengalamat. Sekiranya diluluskan TTP pada 22 Dis 17 perkhidmatan yang dilaksanakan ialah selama 37 Tahun 6 bulan 21 hari. Walau apapun hasrat dan harapan masih menjadi impian sebelum diluluskan perberhentian. Kesemuanya hanya kehendak Allah s.w.t.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive