Bulan Feb 2017 memberi banyak peristiwa dan kenangan pada tahun 2017 dan ianya merupakan permulaan bagi persiapan persaraan. Permulaan bagi menyiapkan dokumentasi perbehentian secara wajib. Ianya bermula dengan mendapatkan tandatangan penyelesaiaan hutang dengan kerajaan melibatkan penjaman pendidikan, perumahan, kenderaan, SPAAT dan juga kontrak ikatan perjanjian mpat, UUM. Semuanya dibuat pada 13 Feb 17. Pada 20 Jan akan bermula secara rasmi menghantar surat kepada Komandan (BJ Dato Yusof), Pengarah KPD (Kol Wan Ghazali) dan PTD Jen Dato Sri PTD (Jen Dato Sri Zulkifli Kassim). Tindakan ini diambil setelah bertemu Pengarah KPD pada 8 Jan 17 bagi memaklumkan hasrat untuk memajukan dokumentasi perbehentian wajib. Aku juga memaklumkan kepada YBhg Komandan pada 13 Jan 17 hasrat untuk memulakan dokumentasi pemberhentian. Berdasarkan rekod cuti dan maklumbalas drp Bhg Rekod dan Pencen JRP aku akan memulakan cuti sekaligus mulai 27 Mei 2017 sehingga 22 September 2017 dan mejalani latihan peralihan mulai 22 September hingga 22 Disember 2017. Aku telah memohon LP dengan Syarikat Juta Restu Properties (M) Sdn Bhd sebagai Pengurus Penyelia Projek. Kesemua surat dan dokumen akan dimajukan pada 20 Jan 17, kepada pengalamat. Sekiranya diluluskan TTP pada 22 Dis 17 perkhidmatan yang dilaksanakan ialah selama 37 Tahun 6 bulan 21 hari. Walau apapun hasrat dan harapan masih menjadi impian sebelum diluluskan perberhentian. Kesemuanya hanya kehendak Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment