Monday, 3 July 2017

MAJLIS WALIMATULURUS ANAK ANGAH SHAM & MAK NGAH ROHANA PADA 1 & 2 JUL 17

Tanggal tarikh 1 & 2 Julai 2017 adalah Majlis Akad Nikah Nisha & Afiq di Masjid Saidiana Othman BTR jam 1030 pagi dan seterusnya bagi majlis resepsi kedua mempelai pada 2 Jul 17. Fara telah diijabkabul pada 18 Jun 17 bersamaan 20 Ramadhan dirumah 43,JJ4, BTR selepas Asar dan dikuti majlis Berbuka Puasa. Persiapan yang dirancang pada awal tahun telah direalisasikan dengan sebaiknya walaupun ada beberapa halangan dan masalah. Pengajarannya ialah setiap sesuatu dirancang hendaklah dirancang, rekod dan mendapat restu ibubapa untuk membuat keputusan. Keduanya buat perbandingan dan tinjauan harga, keupayaan dan latarbelakang agar tidak terburu-buru membuat keputusan. Anak-anak boleh menyatakan hasrat , keinginan tetapi ianya hnedaklah dirujuk denganibubapa, saudara mara terdekat. Yang utmanya mengelakan dari penipuan, pembaziran dan berlebih-lebihan.

Majlis pada 1 hb Jul telah bermula jam 1020 setelah agar lewat pengantin perempuan tbia sedangkan pengantin lelaki jam 9 pagi telah tiba di masjid. Majlis akad dilaksanakan oleh jrunikah masjid dan akad disempurnakan oleh ayahanda pengantin perempuan walaupun agar gabra...satu semangat yang tinggi oleh abang ipar. Selesai solat syukur pengantin lelaki, majlis batal wuduk pengantin dibuat diruang masuk masjid dengan seutas rantai lengan dari pihak pengantin lelaki. Majlis bergambar, sawafoto dan minum pagi (nasi lemak, bihun, kuih kole kacang, seri muka dan anak anggur sejuk serta tea. Pengamatan seamasa majlis ini ialah pihak katering perlu memastikan pinggan bersih atau pihak tuan rumah kena memastikan ianya disusun seperti dirancang. Sementelah lagi.. perlu diutamakan pihak pengantin lelaki selaku tetamu dan untuk mengambil hidangan dan barulah diambil oleh saudara mara perempuan. Jika makanan tidak mencukupi tidaklah terasa malu tuan rumah. Perlu dilayan dan sebaiknya bergaul dan makan bersama sama dengan pihak tetamu. Pada sebelah malamnya persiapan didewan dilaksanakan bagi menyediakan goodies-door gift, canday corner dan photo corner (konsep guna hp sendiri). Diwaktu yang sama...pengantin bulan puasa mengadakan majlis berinai/fotografi bersama keluarga sebelah lelaki.
         Pada 2 Jula jam 1000 kami mula ke Dewan untuk persiapan akhir menambahbaik Photo corner dan Candy corner dengan lampu dekorasi bagi memanbahkan lagi seri sudut tersebut. Jam 1100 saudara terdekat dan yang terpaksa bergegas kemajlis yang lain mula tiba..Abang Salleh/Kak Milah, Sjn Sharif (bersama anak buah MPV) anak Mak Jah UK juga turut hadir. Suasa bertambah sibuk dengan kehadiran tetamu pengantin lelaki dan para jemputan masing-masing. DJ juga telah berjaya memeriahkan suasana. Pertama kali bersenbang pjg dengan PW (B) Tumiran Katering yg juga saudara dari Kpg Sebatu Melaka yang berjaya menghidang sajian makanan yang enak dan juga tea corner (Laksa, bubur kcg, pisang/keledek goreng) yang mencukupi.. Kek kedua yang dibawa oleh penjual juga tidak menyediakan pisau kek (sikap penjual yg tidak peka) walaupun dimaklumkan. Prarakan masuk pengantin tepat jam 1230 tengahari dan jam 1330 jamuan makan disediakan kepada pengantin dan tetamu kedua-dua pihak (Ampang Campuran & Ulu Kelang).





































bacaan Doa





No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive