L1 AGAK GARANG |
TANDUK LURUS- GARANG & SUKAR DITUMBANGKAN |
SIAP LOMPAT PAGAR L3 - BHG KAMI 2 |
KORBAN KAMBING |
EMEE LAPAH LEMBU |
Tanggal 31 Dis 17, tarikh Wukuf di Arafah dan 1 Sept adalah hari Tasriq 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Tahun ini aku dan isteri mengadakan korban 2 bahagian lembu di Taman Sentosa memandangkan kami akan balik mendiami rumah yang lama ditinggalkan. Sekarang masih dalam proses pembaikan dengankos anggaran 100 ribu. Ini menjadikan rumah kepada 232 ribu jika dicampur harga asal. Sekarang kos jualan telah mencapai RM 450 ribu. Hari wukuf kami puasa sunat Arafah dan berbuka puasa diSurau Luqman KPTOJ dengan kehadiran seramai hampir 50 jemaah bersama keluarga. Jamuan berbuka nasi Briani dan kueh mueh. Petangnya hari kami menumbangkan seekor lembu untuk jamuan semasa majlis kurban pada 2 Sept. Masakan sup tulang dan kari kambing Akikah juga dibuat oleh Ustaz Sharol. kami menyedekahkan anggur dan limau semasa berbuka semasa hari gotong royong sementara sebahagian lagi dibawa ke Surau Al Haqq untuk majlis korban. Kami juga menyediakan salad ntuk makan tengahari. Pada 2 Sep selepas subuh kami bergerak ke TS bagi majlis kurban yang dijangka jam 0830. Sesamapai disurau TS kami meneydiakan bahan untuk salad dan juga potong limau serta juga menyediakan minuman buah lemon. Sementara itu tukang masak menyediakan briani kambing.
Teapt jam 0830 kambing dikorbankan untuk masakan makan tengahari dan 3 ekor lembu disemeblih, dilapah dan dibahagikan. Majlis selesaikan jam 1230. Mendapat bahagian 3 kg daging, tulang dan bahagian dalaman dan disimpan untuk kenduri pada awal Okt nanti. Kami balik ke Bandar Puteri dan makan sup daging, ikan keli salai masak belimbing buluh. Suri dan 2 anak berserta menantu datang berraya. Pada malamnya kami balik ke KL.
No comments:
Post a Comment