Sunday, 19 August 2018

PENJENAYAH SIANG HARI

16 Ogos18 antara jam 1438 hingga 1445 kelibat lelaki bermotosikal telah berjaya mencuri bateri kereta cherry maxime. Begitu mudah dan berani mencuri diwaktu siang tanpa sedikit pun rasa ketakutan dikesan orangramai. Laporan dibuat pada 171046 dipondok polis S.. dan sekembali dari membuat laporan aku mula memuat ulangtayang cctv. Jangkaan awal ianya berlaku sekitar 172000H -2300 kerana antara jam 2200 hingga 1200 mlm kawasan taman terputus bekalan eletrik. Aku juga membuat ulang semula mulai 180001 hingga jam 0552 sewaktu aku dan isteri membuka kunci kereta, tatapi tidak berfungsi, lantas aku kebonet hdpn dan didapati terangkat sedikit. Seperti dijangka bateri kena curi ternyata betul. Aku terus menutup semula bonet menukar kereta Ertiga dan alhamdullillah tidak dicuri baterinya. Setelah selesai solat, aku memeriksa semula kereta dan redha serta membuat andaian bila kehilangan berlaku, hanya bukti cctv yg dapat mentukan tarikh dan masa kecurian. Berdasarkan maklumat polis disyaki 2 lelaki I..dipercayai melakukan jenayah curi bateri kereta dan lori. Tetapi berdasarkan ulangsemak CCTV seorang lelaki I..tempang dan bermotosikal susui/honda biru menjadi bukti.







No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive