Tom kaku dan mati antara 200100 ~0600& |
Tom tonet kali terakhir diberi minum susu pada 20Jan 19 jam 2100. Tom nampak sangat uzur tapi masih mampu menunjuk reaksi untuk bangun. Mlm jam 0040 Abang Ngah menganti tempat tidur baru dibeli. Jam 0600 seperti biasa sebelum ke surau, Tom akan berbunyi dan aku memaklumkan akan beri makan lepas solat. Sekembalinya dari surau, tom x berbunyi spt biasa dan apabila dipegang badan telah kaku. Berita kematian Tom dimaklum kpd seisi rumah...bangkai Tom ditanam di hdpn rumah seberang jalan. Aku bersyukur Tom pergi tanpa PTS (put to selepas) spt dirancang kerana Tom bersemangat untuk pulih. Semoga apa yang kami berikan kpd Tom mendapat keampunan dan kasih sayang padanya. Wslm
Kucing hitam dan putih dibawah hingga kekaki datang waktu hujan lebat. Bulan 11, bunyi anak jucing diatas pagar blkg rumah dari awal pagi. Memandangkan sukar untuk diturunkan aku pancut air sehingga mudah diambil. Badan banyak kutu, aku memasukan dalam kotak dan bagi makanan yg sedia ada. Hampir seminggu Tom dimandikan dengan ubat anti kutu dan tidak mahu kemana~mana. Sangkar berharga RM 65.00 dibeli bersama Hamster pada 18 Dis 18. Setelah hampir 3 bulan Tom semakin manja dan bebas bermain dilaman dan kawasan keliling rumah,bbcsehingga pada 7 Jan 19 jam 2130 Tom tersepit di sliding gate. Darah dibahagian kepala dan tidak bergerak. Jam 1000 dibawa ke klinik haiwan di kawasn Kemuning semuanya tutup. Pagi selasa 8 Jan 19 dibawa Ke Klinik Thomas...diberi suntikan tahan sakit...RM 30.00 dan 10 Jan ke Kitty Cottage Bandar Puteri dan diwarded selama 3 hari. Hari Ahad 13 Jan diambil Tom dan keadaan masih x berubah. Dr berikan ubat antiflam for nerve dan multivit. Kos bayaran RM 200.00 termasuk 3 hari ward dan ubat. Tom hanya mampu bergolek dan mampu minum susu dan tiada masalah buang air. Semoga cepat pih Tomm......
No comments:
Post a Comment