Sunday, 30 June 2019
Majlis Walimatulurus Dato Mas (anak)
29 Jun 19, Dewan Dato Jamil Sg Besi Camp. Jam1500 baru sampai, dah lewat jumpa juga slot BG Raja TUDM, Road misran dan Razak. Rakan2 lain dtg awal.
Monday, 24 June 2019
RAMADHAN DAN SYAWAL
Program Ramadhan berbuka puasa di surau, berdiam di masjid 10 mlm terakhir tahun ini menjadi kenyataan. Program Tadarus, moreh dan bubur lambak juga diteruskan. Tahun lalu mutu bacaan agak lemah dan Alhamdulillah tahun ini meningkat dengan lancar bacaan, namun sebutan huruf berat dlm kerongkong masih lemah. InsyaAllah tahun depan akan lebih baik dan khusyuk.. sambutan adil fitri berlanjutan dengan rumah terbuka, separuh terbuka (jemputan terpilih dalam waktu singkat). Trend rumah terbuka pejabat, masjid, surau dan kejiranan turut diadakan. Tahun ini kami tidak buat open hse, dan juga takbir raya. Ini disebabkan baru mengadakan majlis kesyukuran dan juga aqiqah.
KEJIRANAN
Jika tidak sabar mau bermalam muka, ditambah dengan jiran berbagai bangsa dan anutan agama. Ada yg bela anjing, dilepas dan melepas dijalanan, simpang dan kencing dipasu bunga, kereta dll yg menyakitkan mata. Ada yg mengunakan agama untuk membisu dan mementingkan diri dengan masalah parking kereta, bau kemenyan, asap rokok, loceng, kelapa, bunga, lembu berkeliaran, tahi lembu dan juga burung yg diberi makan. Kucing jalanan dan belacan yg berak, kencing dan bangkai burung, kucing dan sampah yg dibuang dijalan dan sisa makanan kedalam longkang. Ada yg tidak ada TONG sampah dan menumpang buang sampah kerumah jiran, parit atau ketempat buangan haram ikut suka. Sampah dilonggokkan dan diserah oleh pencari barang litar semula, anjing,kucing dan juga pengutip sampah yg gemar mengasingkan barang lusuh dan tidak mengutip semula sampah yg jatuh. Bau lilit air sampah yg jatuh kejalan juga mengaudit dan meloyakan. Pemandangan sampah sarap ditepi jalan selepas kontrak potong rumput disepanjang jalan menyakitkan mata, begitu juga buangan sisa pengubahsuaian rumah, kedai. Banyak rumah2 dijadikan tempat ibadat, kedai makan, stor barangan lusuh dan laman yg kotor dan penuh dgn barangan lusuh. Kecacatan pemandangan dikawasan kejiranan bertambah buruk dengan longkang yg tidak terurus, Projek longkang terbengkalai serta bangunan yg usang dan terbiar. Sampai bila masyarakat akan lebih kemas dan teratur atau sekurang kurangnya sedap mata memandang. Sekarang kehidupan selesa lebih kepada kejiranan berpagar, kawalan keselamatan dan juga apartment diserbu. Banglo mewah dan berpagar telah menjadi trend tapi ianya juga menyebabkan laluan kekawasan menjadi terhad. Pusingan jauh terpaksa dilalui dan kadangkala malas hendak berurusan menziarahi rakan yg tinggal didalam sangkar mewah....Masalah jentera berat diletakkan dikawasan perumahan juga menyebabkan jalan rosak, longkang pecah dan mengganggu lalulintas dan membahayakan. Kenderaan dipagari tanpa rasa bersalah dan tanpa menghirau perasan dan pribadi jiran. Semua ini lama kelamaan akan menjadi barah dan budaya. Pergaduhan antara jiran menyebabkan kawasan dinaikan tembok penghadang, dihalang dengan pasu dll yg mencacatkan pemandangan.
Monday, 17 June 2019
PROJEK ITIK GEMBO BERSAMBUNG
Selepas Raya bekas kosong sabun semakin banyak. Teknik potong reka bentuk guna mesin pemotong blah mempercepatkan persiapan asas, sekali dipotong 20 ekor disiapkan. Sekarang hampir 1 jam boleh disiapkan seekor itik dan purata hanya 10 ekor sehari...
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"