Jika tidak sabar mau bermalam muka, ditambah dengan jiran berbagai bangsa dan anutan agama. Ada yg bela anjing, dilepas dan melepas dijalanan, simpang dan kencing dipasu bunga, kereta dll yg menyakitkan mata. Ada yg mengunakan agama untuk membisu dan mementingkan diri dengan masalah parking kereta, bau kemenyan, asap rokok, loceng, kelapa, bunga, lembu berkeliaran, tahi lembu dan juga burung yg diberi makan. Kucing jalanan dan belacan yg berak, kencing dan bangkai burung, kucing dan sampah yg dibuang dijalan dan sisa makanan kedalam longkang. Ada yg tidak ada TONG sampah dan menumpang buang sampah kerumah jiran, parit atau ketempat buangan haram ikut suka. Sampah dilonggokkan dan diserah oleh pencari barang litar semula, anjing,kucing dan juga pengutip sampah yg gemar mengasingkan barang lusuh dan tidak mengutip semula sampah yg jatuh. Bau lilit air sampah yg jatuh kejalan juga mengaudit dan meloyakan. Pemandangan sampah sarap ditepi jalan selepas kontrak potong rumput disepanjang jalan menyakitkan mata, begitu juga buangan sisa pengubahsuaian rumah, kedai. Banyak rumah2 dijadikan tempat ibadat, kedai makan, stor barangan lusuh dan laman yg kotor dan penuh dgn barangan lusuh. Kecacatan pemandangan dikawasan kejiranan bertambah buruk dengan longkang yg tidak terurus, Projek longkang terbengkalai serta bangunan yg usang dan terbiar. Sampai bila masyarakat akan lebih kemas dan teratur atau sekurang kurangnya sedap mata memandang. Sekarang kehidupan selesa lebih kepada kejiranan berpagar, kawalan keselamatan dan juga apartment diserbu. Banglo mewah dan berpagar telah menjadi trend tapi ianya juga menyebabkan laluan kekawasan menjadi terhad. Pusingan jauh terpaksa dilalui dan kadangkala malas hendak berurusan menziarahi rakan yg tinggal didalam sangkar mewah....Masalah jentera berat diletakkan dikawasan perumahan juga menyebabkan jalan rosak, longkang pecah dan mengganggu lalulintas dan membahayakan. Kenderaan dipagari tanpa rasa bersalah dan tanpa menghirau perasan dan pribadi jiran. Semua ini lama kelamaan akan menjadi barah dan budaya. Pergaduhan antara jiran menyebabkan kawasan dinaikan tembok penghadang, dihalang dengan pasu dll yg mencacatkan pemandangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment