Tuesday, 13 July 2021

KEMUNCAK PANDEMIK : ANAK POSITIF KLUSTER DI TEMPAT KERJA AEON BUKIT TINGGI



















        Semenjak pandemik Covid 19- bermula Mac 2020: Virus dan penyebaran yang mula meningkat dari kluster Tabligh, seterusnya ke kluster tempat kerja, sekolah, mahkamah, balik kampung dan pelbagai kluster. Keluarlah bermacam-macam SOP dan pendekatan untuk melandaikan angka jangkitan dan kematian. kadar kesembuhan juga semakin meningkat dan kadar kematian juga semakin meningkat dikalangan warga emas dan yang berpenyakit. Kluster masjid juga semakin meningkat di awal tahun 2021 dan pelbagai sekatan dikenakan dengan kaedah PKP, PKPP, PKPB, PKPD manakalanya surau, masjid, mousula tempat beribadah ditutup atau dikurangkan jemaah dan ditambah dengan SOP yang banyaknya menghalang solat berjemaah beramai-ramai kerana bahaya pendemik virus. Sekatan juga ditarik balik buat seketika dan dibuka semula begitu juga masjid/surau turut terkesan malahan ianya semakin ketat dengan pelbagai alasan dan di bawah bidang kuasa sultan. Penemuan vaksin Sfizer, AZ, Sinovac, pada awal tahun 2021 dan Malaysia mula menerima dan disuntik kepada frontliners, penbuat dasar, pengurusan eksekutif dan malahan lebih drastik diistiharkan darurat kesihatan pada awal jan 2021 hingga Ogos. Kesan besar dimana Parlimen tidak dibenarkan bersidang dan hanya pemerintah dengan MKN dan Kakitangan Eksukutif/Kakitangan awam dibenarkan merancang dan berbelanja dengan wang khazanah negara bagi memastikan wabak dapat dirungkai dan melandai. Vakisn yang diterima denagnpelbagai alasan, cadangan, prosedur dan karenah birokrasi di dalam penguatkuasaan darurat.

    Pelbagai dasar, cadangan, inisiatif telah diperkenalkan dan berbillion ringgit dibelanjakan sedangkan kemasukan ke khazanah negara mengecut, lebih malang apabila pendapatan rakyat semakin mengecil dan ditutup. Ada yang dibuang kerja, gaji separuh, kerja bila ada kontrak dan peniaga juga semakin merosot jualan apabila rakyat dikurung, dihad pergerakan dan dilarang merentas negeri/daerah. Dicelah-celah SOP yang ketat dan mengancam dengan undang-undang tetapi masih ramai terutamanya Pembuat Dsar/polisi, pemimpin, VIP, Celebreties, orang kaya yang melanggar peraturan dan lewat dikenakan tindakan berbanding rakyat bawahan yang cepat dikenakan denda/kompaun dan penjara. Kesan semakin besar bila dilaksankan PKP 2.0 dan PKP 3.0 apabila ramai membunuh diri, tiada makanan, tiada pekerjaan dan juga masalah keluarga. Kesan epada pendidikan yang semakin membarah dengan inisiatif belajar dirumah, sekolah ditutup, sekejap dibuka, pemasuhan peperiksan tahun 6 serta penutupan IPT. Kesan kepada pengusaha merentas negeri/negara melibatkan pengangkutan darat, laut dan udara. Kesan besar kepada penerbangan udara, bas, kapal pengangkutan/cruise menyebabkan berbilion kerugian kepada syarikat, petani, penternak dan juga peniaga/orang tengah/retailers dan downstreams business. 

    Tanda pagar#KeRaJaan Gagal#Kerajaan TebukAtap/Pintu Belakang# - adalah rentetan mainan politik. Dihuraikan bermulanya kes 1MDB, kebubrukan parti BN memerintah- menyebabkan peralihan kuasa pertama kali Pembangkang memerintah selama 22 bulan (selepas 60tahun lebih sebagai pemegang kuasa) pada tahun 2018-2019/2020.  Disaat pengambilaliah kuasa tanpa piliharaya hanya lompatkatak dan pengkhianatan beberapa figura yang bermasalah di atas dasar/sebab terhakisnya melau/islam. Satu pakatan Nasional merangkumi Bersatu/UMNO/PAS/GRS/Parti pemerintah Sanah/Serawak. Disebabkan perubahan kerajaan Pusat beberapa negara pembangkang turut tumbang Kedah, Perak, Melaka, Johor dan Sabah. Ditubuhkan pula Parti PEJUANG, MuDA yang menambah celaru politik Malaysia. Slogan Tolak Anuar Tolak DAP, Sokong/Tak sokong dan juga meminta PM Maidin letak jawatan. Penglibatan Agong dan Majlis Raj-Raja turut menkusutkan lagi politik dikala pendemik semakin menganas. Kesanya...yg ambil alih terpaksa mengatur strategi didalam kesempatan dan ruang yang ada untuk kekal berkuasa, manakala yang membangkang berkeluh kesah untuk mengambilbalik pemerintahan, yang bermasalah/mahkamah mencuri peluang yang ada untuk membebaskan diri..sepertimana AI dibebaskan drp Penjara semasa PH memerintah..diatas pekenaan Agong dan mungkin juga satu perjanjian siAtan antara M&PH melalui pengaampuna Agong..Akhirnya Agong turut melepaskan jawatan lebih awal. Dikemelut ini, yang mengambilalih daripada Pintu Belakang/Tembuk Atap terpaksa memikul bahana wabak..diserang akaibat kelemahan, kedangkalan dan tidak sefahaman politik walaupun diatas nampak bersatu tetapi dibawah masih ada agenda peribadi. Pendemik yang semakin menganas dikala meruncingnya jawatan PM menyebabkan salah satu strategi mengunakan Darurat kesihatan dan juga penutupan Parlimen dan penubuhan Majlis Keselmatan/Penasihat Darurat untuk mengekalkan kuasa. Kebaikan ke2 , PM ke 8 yang letak jawatan yang menyebabkan PH jatuh dikala usia Centurian mengamit dapat lebih menumpukan kesihatan dan berehat daripada memimpin kerajaan. Kesan seterusnya, jika PH memerintah semasa Pendemik pelbagai halangan politik dan tekanan kepada mereka akan lebih memburuk...sehinggalah usaha untuk meneruskan /melanjutkan darurat diTITAH Agong untuk Parlimen dibuka sebelum 1 Ogos 21. Kesan lain yang agak manarik...jika ada masalah kepada kejatuha kuasa semakin meningkat kes... dari angka 4 ribu kepada 9 ribu, diTitah agung Buka Parlimen meningkat pulak ke 11 ribu hari in 13 Jul 21. Penerimaan Vakian, Agihan Vaksin dan perbelanjaan serta pengurusan juga menjadi bualan dan rungutan dengan tahap pengurusan yang kurang telus, pebelanjaan yang besar dan tidak kecekapan pengagihan Vaksin hingga diTITAH oleh Sultan dan MB serta pembangkang. Kelemahan My Sejahtera juga menyebabkan rakyat merungut dan sangsi. Kesan kedua Kerajaan yang ada belum sempat menambah khazanah negara tetapi hanya mengeluarkan dana khazanah, mengeluarkan wang rakyat, pencarum KWSP, Moratorium dll manakal PM ke 7 juga semakin rancak menghentam, menegur dan melalut selepas mahkamah mendapati bersalah dan bebas selagi menunggu rayuan. Bekas TPMnya pula yang juga Parti UMNO semakin terdesak dengan kes mahkamah dan juga masalah dalaman parti yang semakin berpecah..apabila Menteri UMNO yang dilantik di dalam kerajaan PN/Memerintah dan Kelompok seterunya melawan arus dan berbeza pendapat disebabkan keuntungan politik, wang dan status serta kuasa di dalam GLC walaupun partinya kalah. Dilantik Pemimpin atasan parti penyokong dengan jawatan bertaraf menteri, memgang jawatan dalam GLC, NGO yang memberi sokongan politik kepada PN terutamanya BERSATU yang semakin bercelaru dengan bekas UMNO berpaling tadah/lompat dan pengkhinat daripada BERSATU dan PKR yang menjatuhkan PH.

    Senario masalah kepimpinan, politik, gila pangkat/kuasa/wang bangsa dan ugama juga menyebabkan kecamukan walaupun semuanya berjanji untuk meletakan tenaga dan usaha melawan pendemik yang semakin menganas dan meragut banyak nyawa. Rungutan mengenai penutupan dan pembukaan surau dikembalikan kepada Sultan bila disoal rakyat, Pelanggaran SOP oleh Ahli Kayangan dianggap kecil, kempen beri makan/bakul makan juga dipolitik/tidak telus, pembahagian dan pertolongan bantuan kepaba B40 diteruskan dengan tanpa menyasarkan kepada yang benar2 terlibat/terkesan, Sistem persekolan PDPR/siaran menyebabkan bebanan kepada guru dan penuntut/pelajar, karenah menteri yang kurang cerdik/tidak simpati melanggar SOP, mengeluarkan kenyataan sinis, kurang arif dll semakin menybakan rancangan dan strategi kerajaan terganggu gugat. Fatwa atau saranan daripa agaman lebih kepada kepartian#pagar#kahwin#isuair#isumusangkingraub# isubukaparlimen #isuspanishfly #isu outsorting#kejaanAllah#bendera putih#kerjaangagal#kerjaanpembunuh dan lain-lain bersifat negatif terus dimainkan daripada isu-isu menanganai pendemik, mangsa positif, mangsa dibuang kerja, mangsa perniagaan ditutup, mangsa dera, mangsa rumahtangga dll mangsa mental/terkurung dan juga yang lebih malang anak-anak bawah 15 tahun dilarang beribadah dimasjid dan juga jemaah yang tidak dapat solat Jumaat yang berpanjang lebih setahun...Walaupun FATWA dibolehkan dan pahalanya sama...tetapi RAMAI merungut secara DIAM/PASIF kenapa Shopping Mall/kedai dan lain-lain boleh dibuka secara SOP sedangkan tempat badah lebih ramai yang mematuhi SOP dan hanya berada di masjid semasa solat waktu tidak sampai 15 minit dan solat Jumaat tidak sampai 30 minit......Semoga Allah merahmati dan memberi petunjuk kepada pemimpin dan ulamak.

    Berkisar kepada penyakit menular yang senyap dan tidak nampak enyebabkan ianya sulit dan menyukarkan samada yakin ada atau tidak. Adanya virus bila adanya pesakit yang disahkan sakit, dikurantin dan ada yangs embuh dan ada yang mati. Yang mati tidak dapat diuruskan seperti biasa semuanya dibuat oleh Tim Kematia yang ditugaskan hataa anak, saudara yang jauh tidak dapat mengurus, memandi, mengkafan dan menguburkan serta berdoa dan bertalkin di tanah pekuburan kecuali selepas dikebumikan. Jiran ttangga juga tidak boleh memberi penghormatan terakhir, membaca surah Yassin/Bertahlil disamping jenazah yang dibuat seperti kelaziman masyarakat. Sedih dan pilu, manakala keluarga yang mempunyai kontak rapat turut dikurantinkan dan tidak boleh menerima atau menyambut tetamu di dalam waktu tersebut. yangdikurantin juga dipandang serong oleh sebahagain masyarakat kerana tidak mematuhi SOP dan membawa/pembawa virus dikejiranan, walhal virus tidak nampak. Inilah hal-hal ghaib yang Allah maksudkan akan kekuasaanya agar akan bertambah imam dan percaya dan yakin Allah itu wujud dan maha berkuasa.

    Seusai kematian seseorang yang disahkan terkena Covid, hanya mereka dan keluarga mengetahui akan bahayanya dan juga merasai penyeksaan kesakitan dan kesedihan bila dipisahkan. Ada yang sempat melihat bila dibawa menaiki Ambulan, ada yang hanya menatap gambar dan ada hanya mendengar suara melalui telephon atau panggilan wad kecemasa memaklumkan ianya menjadi arwah untuk dibuat pengecaman jenazah adakah sipulan atau sedara/suami/ister/anak yang telah mati. 

    Berbalik kepada kesan apabila disahkan positif, adalah menyemak kembali bagaimana diperolehi kuman virus, semakan oleh pihak berwajib, pengakuan kepada KKM bagi mengesan kontak rapat, kawasan dijangkiti agar ianya tidak menular da membesar. Ianya sekarang semakinmembesar/merebak/bertambah meluas sebaran secara senyap kepada keluarga, rakan sekerja, kejiranan yang ada hubungan rapat. Ada juga dapat mengenalpasti dimana jangkitan diperolehi, ada yang tidak dapat mengesan dimana, dan ada yang merahsiakan tempat yang dilawati agar tidak menjadi isu atau menyebabkan kawalan pergerakan. 

    Tanggal 10 Jul 21 setelah gelembung 1 tahun 4 bulan virus membengkak dan meluas dengan angka 7 ribu jangkitan dan semalam ke angka 11 ribu kes...Sanee didapati positif selepas membuat ujian swab di AEON Jusco Bukit Tinggi tempat kerjanya pada 101230Jul dan disahkan melalui borang keputusan calitan pada 11hb jam 1200. Gejala dengan demam dan sakit kepala dan kelesuan pada pagi Jumaat 9 Jul dan dibawa ke Klinik Botanik jam 1415 dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan calitan hidung di Dewan Ambang Botanik 2 pada 12 Jul kerana klinik ditutup pada hari Ahad.. Disebabkan pihak syarikat membuat ujian calitan pada hari Sabtu. Tindakan pertama setelah diketahui positif adalah membuat kurantin beliau dibilik dengan pelbagai semakan bagi memastikan kamikontak rapat tidak turut sama berjangkit. Diasingkan dan hanya dibilik dengan urusan dibuat melalui hp dan penghantaran dipintu bilik. BB juga tidak dibenarkan menggunkan bilik air yan dikongsi bersama dan memastikan semuanya tindakan mematuhi tatacara kurantin kendiri di kediaman. Pemeriksaan tindakan selanjutanya iaitu menghadirkan diri di pusat Kesihatan atau CAC yang dikendalikan oleh KKM bagi yang positif Covid 19. Semakan melalui fb/online Sejahtera/Selangkah/rakan2 dibuat bagi mematuhi dan memastikan tidak meyebakan penularan. KKM juga telah menutup semua klinik kesihatan bagi pesakit Covid di kawasan Selangor dan menubuhkan pusat CAC dibeberapa tempat lokasi bagi mengekang penularan disebakan angka semakin meningkat melebihai 4 ribu kes sehari dan hospital di Klang juga telah kritikal. Kami mendapati Dewan Sukan Lipat Kajang/Dewan Sukan MPK Andalas telah dijadikan Pusat CAC kawasan Klang. Soalan bagi penegsahan dibuat melalui fb Andalas Komuniti dan juga ke hotline CAC apa yang patut dibuat dan juga swab test untuk kontak rapat. Pagi Isnin 12 Jul didapati pusat telah diserbu orang ramai positif Covid dan maklum balasbelum diterima. Malam diterima whatssup boleh hadir pada 13hb jam 0800. keesokanya kami berempat ke CAC dan nampak baris agak panjang tapi masih terkawal. Selepas parkir dilaluan jalan keluar (tertutup) belakang dewan bersebelahan simpang lampu isyarat ke Taman Rakyat kami turut berbaris ..rupa2nya sudah ramai dan barisan berbengkang bengkok dan difahamkan ada yang hadir seawal jam 0530 pagi bagi mengambil giliran awal. Rumusnya kami berbaris hampir 2 jam, tapi syukur cuaca mendung sekali sekala gerimis...suasana makin bertambah rimas dengan lebih ramai dan barisan panjang berdekatan rumah kediaman telah diarahkan berbaris dipadang. Ianya berpunca daripada rungutan dan bantahan kejiranan dan surau berdekatan dewan yang menganggu keluar masuk dan membahaya kejiran disekeling dewan dan didapati pesakit memasukipremis perniagaan walaupun dipakaikan gelang kuning KKM.

    Sebaik kami menghapiri khemah, sukarelawan memaklumkan hanya yang positif Covid shj dibuat urusan di CAC dan bagi kami kontak rapat perlu hadir diDewan Ambang Botanik 2 bagi ujian Swab Test....Aduhai...kami telah dikelilingi virus positif Covid hampir 2 jam lebih....Rasa marah/gusar/bebal kerana maklumat yang kurang tepat...Tiada sukarelawan yang memberi maklumbalasa apabila diajukan solan sehinggalah kami berjaya sampai dikhemah tempat duduk. Setelah memninggalkan Sanee untuk urusan positifnya kami ke Ambang Botanik, sekalilagi dimaklmkan prosedur memerlukn temujanji yang dikeluarkan oleh Dr daripada Klinik Perubatan Botanik....Bergerak pula ke Klini Botanik..Alhamdullaha hanya beberapa orang pesakit sahaja danurusan pendaftaran dibuat diluar tingkap bagi mendapatkan temujanji hari ini 14 Jul jam 1100 pagi bagi CALITAN HIDUNG RTK ANTIGEN.....Jam 1200 kami bergerak ke Andalas membeli makan tengahari dan mengambil Sanee. Seusainya membeli makanan NASI AYAM ...kami balik kerumah kerana SANEE memaklumkan masih lama lagi. Jam 13000 sampai dirumah...TINDAKAN pertma adalah menanggalkan pakain, mandi,berkumur air garam, minum air suam dan juga sanitasi apa yang kami jangka ada virus....LANGKAH2 inilah yang dibuat bagi enyakinkan virus tidakbersama kami.. selepas solat, makam tengahari....jam 1500 bari Sanee maklumkan boleh ambil dan dipakaikan gelang kuning untuk dikategorikan.

Semalam juga Ain hantar barang-barang dipesan untuk bekalan 2 ke 4 hari...InshaAllah semuanya selamat dan dilindungi Allah dan di permudahkan. Wslm

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive