27 Mei 2026/10 Zulhijjah 1447H. Alhamdulllillah, berkat perancangan awal sejak awal Apr semua persiapan berjalan seperti dirancang, Ianya bermula dengan pelantikan AJK Qurban 2026 diketuai oleh Timb Nazir dan seterusnya pembukaan bagi penyertaan qurban, permohonan lembu sumbangan kepada Kerajaan negeri di bawah peruntukkan JAIS, Sumbangan Individu, sumbangan PKPAS. Sebanyak 7 ekor lembu daripada penyertaan ahli kariah, seekor daripada kerajaan Negeri untuk MAB, 2 ekor daripada individu (KRTKL), 2 ekor PKPAS, seekor daripada kerajaan negeri ditumpang sembelihan drp Surau Nur Idaman (Sumbangan menerusi ADUN) dan seekor daripada individu. Turut menerima seekor kambing daripada kerajaan negeri melalui ADUN. (14 ekor lembu dan 1 ekor kambing). Beberapa kelemahan pengurusan pendaftaran, sembelihan, melapah dan peranan ketua lembu perlu diperkemaskan lagi bagi tahun 2026. Alhamdullilah walaupun bermula jam 0945 bagi lembu pertama disembelih, majlis dapat diselesaikan pada jam 230 petang. Terima kasih kepada AJK Qurban 2026, sukarelawan muslimat, sukarelawan Biro Pemuda, penderma sumbangan bagi T shirt, Mug serta mesin pemotong daging (walaupun rosak semasa majlis). Tim memasak makanan tengahari juga berjaya memasak 2 periuk sup, sambal kicap dan 5 kg nasi putih bagi jamuan tengahari.
No comments:
Post a Comment