![]() |
| rumah tinggal KSS 168 |
Tuesday, 22 December 2015
UMUR BONUS 55TANGGAL 23 DIS
Alhamdullillah masih berdenyut jantung, mata masih bercahaya, nafas masih berdengus, kaki dan tangan masih bergerak, umur menjangkau 55 dalam bebrapa jam lagi. Syukuran kerana dikerniakan nyawa yang masih ada dalam islam, beribadah dan menunaikan hak dan kewajipan sebagai muslim. Walaupun sedikit ilmu cita-cita sebagai muslm yang baik tetap tersemat. Pelbagai rintangan dan halangan akan dihadapi kerana Allah tahu akan kemampuan umatnya. Doa yang dimakbul adalah nikmat manakala doa yang belum makbul disimpan dan hanya menanti saat dan waktunya diterima. Sentiasa berdoa dan menjaga adab doa agar setiap permintaan ditunaikan walupun sekejap, lama atau tak kunjung tiba ianya tertulis diakhirat kelak.
Semua rukun Islam telah dilaksanakan dan hanya menambahbaik dan berusaha dengan sebaiknya sebelum dipanggil malaikat maut Izrail... adakah semuanya ibadat diterima, ditulis dan bakal dihisab nanti? kita hanya berusaha dan hanya diketahui dihari kiamat semasa dibicaarkan di Padang Masyhar Allahuakbar, subhanallah dan ucapan serta sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diamalkan akan diberi syaffat hendaknya.
Berusahalah, beribadat tanpa jemu tanpa balasan kerana yang mengira adalah hak Allah. Jangan jemu dan alpa kerana semuanya ditakdirkan dan terus berusaha terbaik membantu insan yang serba kekurangan. Lihat sekeliling yang dekat, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk di bantu, dibimbing, dinasihati dan berdoa agar semuanya di dalam rahmat Allah hendakNya.----Apalagi yang dimahukan harta bergunung, ilmu melaut tidak akan kemana kalau hidup dengan maksiat, munafik dan syirik. Berusaha semampu dan beribadat seperti akan mati sebentar lagi. Jika dipanjangkan umur ianya hendaklah bersyukur agar dapat memohon ampun dan berdoa, berinfak, mengajar, membantu yang tidak mampu. Sentiasa berdoa agar terus di dalam hidayah Allah dan ditetapkan iman sehingga nafas`terakhir...
Friday, 18 December 2015
MAJLIS GRADUASI KPSM 44/2015
49 minggu KPSM berjalan dan 9 Dis 15 merupakantarikh akhir CP berada di MTAT. Kursu bermula pada 7 Jan 15. Tahun 2015 banyak acara tidak dapat hadir disebabkan tahun 2015 banyak penglibatan luar dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Berbulanya dengan seminar di Hawaai, kecederaan lutut ACL dan menunaikan fardhu haji. Tahun 2015 juga beberapa acara di dalam jadual latihan terpaksa dipinda disebabkan kekurangan bajet dan penglibatan pihak atasan yang tidak dapat dielalkkan. malam 9 adalah malam gruadasi. Mesyuarat kajian semula KPSM adalah penutup bagi KPSM 44/2015 dan menanti kurus tahun 2016 KPSM45/2016 yang akan melapor pada 4 Jan 16.
Sunday, 22 November 2015
HUJJAZ 2015, DEEPAVALI, FINAL EVENT BAKAT, LOG RELAY MAFSC & RETREAT at PPM
ALHAMDULLILLAH, setelah hampir 3 minggu sekembalinya ke tanahair, TAHAtelah menganjur program HUJJAZ di seluruh negara bagi menghimpunkan bekas jamaah untuk berkumpul dan saling bertemu bagi mengimbau kenangan di tanah suci Makkah dan Madinah. Memndangkan siri ini dilaksanakan mengikut kawasan dan negeri ramai kenalan di didalam Maktab dan KT tidak bersama. Ramai memilih untuk hadir mengikut kawasan kediaman . Kami dipilih di Masjid Shah Alam dan Masjid Negara KL. Majlis diadakan di KL pada 14 Nov 15. program bermula jam 0830 berkumpul dan hampir jam 1000 baru prog berjalan. Jam1100 program Forum Perdana dengan Panel Mufti W.P dan T.Mufti N 9 sehingga jam 1200. Majils diakhiri dengan solat Zohor. sehari sebelum pada 13 Nob malamnya adalah event Deepavali celeb, Di hari yang sama 14 Nob jam 1400 di MTATmelibatkan Final Event Bakat MAFSC 44/2015. Dan keesokan harinya adalah Log Relay. Pada 15 Nob kami ke Kluang Johor bagi menghadiri majlis walimatuurus anak saudara di Taman Menanti Kluang. Pada 16 Nob paginya terlibat di dalam log relay MAFSC 44/2015 dan berakhir dengan tragedi Kdr Faizal bin Hamzah kembali ke Rahmatullah selepas 3 jam acara tamat. kami bertolah menguruskan jenazah di Meru Ipoh dari jam 1800 dan kembali ke KL jam 4 pagi pada 17 Nob 15.
![]() |
| Lecture Talk by En Suhaimi X BTN (out of topic) |
![]() |
| UTM Mosque |
![]() |
| Layout Retreat Meeting at PPM |
![]() |
| D Electra 3 Piece |
![]() |
| BBQ at PPM Poolside |
![]() |
| Layout by MAMPAN Caterer 16 Dec 15 |
![]() |
| ROOM LIST |
Monday, 2 November 2015
GAMBAR KENANGAN DI MAKKAH 14 SEP - 15 OKT15
![]() |
| D Kelana Jaya Tabong haji 14 Sep 15 jam 0600 |
![]() |
| Dalam Flt ke Jeddah KT 60 |
![]() |
| kren terbalik di Makkah pada 12 Sep sebelum kami ke Makkah |
![]() |
| Mauk Pintu Bani Subaiyyah |
![]() |
| Lalauan keluar sebelah kren terbalik |
![]() |
| Hdpn Kaabah |
![]() |
| Sai Safa ke Marwah |
![]() |
| Tkt 1Baitullah |
![]() |
| Rehat kejap di escaltor Marwah sebelum solat Asar |
![]() |
| hadapan Mataf |
![]() |
| Pintu masuk Marwah |
Bilik 815
![]() |
| Selapas tawaf sunat Mataf tkt 1 |
![]() |
| Di bukit Safa tkt bawah |
![]() |
| Tkt bawah Safa |
![]() |
| Dalam bas ke Arafah |
Sunday, 1 November 2015
MINGGU KE 6 DI MAKKAH dan BERAKHIR DI MADINAH
Alhamdullillah setelah hampir 6 minggu di Makkah, kami mengerjakan umrah kali ke 4 sebelum meninggalkan Makkah pada 15 Okt ke Madinah. Minggu tersebut kami banyak ke masjidil haram dan menunaikan tawaf sunnat dan juga qiamulail. ada waktunya kami ke safwa Bldg bagi makan malam dan berbuka puasa pada hari Isnin dan Khamis. persiapan ke madinah dibuat dan semua nagasi dibawa turun ke lobi Qsar Janadariyah sebelum jam 12 malam pada 14 Okt 15. Seawal pagi khamis selepas solat Zohor kami telaj menyelesaiakn tawaf Widak dan kembali kehotel dan terus bergerak ke madinah jam 1600. Perjalanan sejauh 440km dengan bas dan samapai di Madinah jam 1030 mlm.
Keesokannya selepas solat suboh di Masjid nabawi kami di bawa menzirah makam rasullullah, saidina Abu Bakar dan Saidina Omar serta penerangan mengenai sejarah Madinah. Seperti biasanya jemaah Malaysia akan menguruskan ibadah masing-masing dan disebabkan ada ruangan untu muslimah, kami masing-masing pergi bersemdirian dan hanya bertemu diwaktu makan tengahari atau malam. yang lain masing-masing dengan routine ibadah masing-masing. Suasan di Madinah lebih tenang dan tidak terasa perit matahari disebabkan dekat dan pintu masuk yang luas tanpa sekatan. Tidak kedaapatan jemaah Iran, Bosnia dan China kemungkinan di atas faktor perbezaan mazhab atau mereka sampai lebih awal di Madinah. Selepas menziarahi masjid Quba, pasar Kurma dan bukit Uhud kami terus beribadah di masjid Nabawi disamping membeli ole-ole untuk kenangan.
Barang-barang untuk balik ke malaysia telah dibawa ke airport pada 22 Okt dan selebihnya bagasi tangan dibawa menaiki pesawat pada 24 Okt jam 1630. lapangan terbang Madinah baru dibuka dan perjalana ke tempat Imigrisen hampir 1 km. Alhamdullillah, kami selamat mendarat di Malaysia jam 0740 pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

































