Friday, 4 June 2021

PROJEK PKP 3.0 - DIY LOTENG UNTUK RUANG SANTAI & IBADAH





























 Ruang rumah 2 tkt diubahsuai tahun 2017 dan masih ada ruang atas siling boleh dijadikan ruang tambahan. Kalau nak upah akan belanja besar, ditambah pula ada ruang masa untuk mengeluarkan peluh kerana tidak dapat keluar akibat sekatan MCO 3.00. Daripada rutin biasa lebihbaik buat sesuatu yang boleh mengasah pengalaman dan juga bersenam. Ruang atas telah lama dirancang apabila half loteng rak buku dan beranda untuk dijadikan platform ke ruang siling. Besi aluminium dibeli drp kedai kitar semula Jalan Kebun bersebelahan SMTA Hishamdudin Kpg Jawa kos2 btg berukur 9 kaki RM 200.00 awal Jan 2021. 2 hari sebelum MCO telah buat pesenan dn pembelian plywood, C Batten dan V Batten steel, paku dan screw Kos RM 681.00. Set masa setiap hari 2 ke 4 jam untuk buat kerja-kerja asas plaform dan hari ini dah siap platform ruang tengah, lepas tu kuatkan tetulang bumbung, plaform kiri dan kanan. Semua ini akan disiapkan sebelum Hari Raya Korban. Kondisi panas kerana udara panas di atas dan ruang pula tertutup. Rancang untuk memasang air ventilators, bumbung dan tingkap serta pintu keluar ke flat top tangki air. Kerja-kerja asas kerangka platform ruang 1 siap hari ini 5/6.



. 

Tuesday, 1 June 2021

PKP 3.0 BERMULA 01 JUN HINGGA 14 JUN 2021 & KEMPEN VAKSINISASI















































 Mula-mula kata tiada LOCKDOWN ...hanya pergerakan diperketatkan. Yang peliknya bila dicadang sesuatu GRAF meningkatnya kes drp 6 ribu terus hingga ke 9 ribu....lepas tu menurun ke angka 6 ribu. Macam pengalaman dalam perkhidmatan...jika kerap dan banyak operasi...banyaklah kes tangkapan dan salah laku...begitu juga bila banyak swab test akan banyaklah yang dikesan pembawa virus....begitu juga dengan data-data jika dikemaskini dengan teliti dan dibuat analisis terepinci semakin meningkat. Nak kata dirancang...berdetik juga difikiran nak kata dimanipulasi pen bermain-main difikiran. Bila kadar kematian meningkat semakin diyakini pulak...tapi kebanyakan mati mungkin asas virus kecil sahaja tetapi faktor penyakit dan umur tua mungkin bertambah kematian. Sekarang setakat batuk, selsema sikit biar dok buat usaha sendiri dengan banyak minum air kosong, makan sayuran, buah-buahan, ubat jangan lupa. Usaha juga makanan sunnah seperti kurma, habaastus sauada, bunga cengkih, minyak zaitun, buah tin dll yang boleh meningkatkan antibodies dan juga mengurangkan kekering dibahagian kerongkong. 

    Banyak membaca Al-Quran juga boleh membuka ruang mulut mengikut tempat terbitnya Makhraj...Kerongkong, lidah, hidung, rongga mulut dan hujung mulut/bibir. Begitu juga zikir, Tahmid dan Takbir juga boleh membasah mulut, tekak dan penafasan bila kita memlakukan ibadah dan yang akhir di buat dengan ikhlas dan berdoa dan yakin. Yakinlah bahawa Allah yang memberikan yang terbuat buat kita, jika Allah beri musibah penyakit, Allah tahu kita mampu meneruskan ibadah kepadaNya. Jangan putus harapan dan sentiasalah bermuhasabah diri. 

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive