Ruang rumah 2 tkt diubahsuai tahun 2017 dan masih ada ruang atas siling boleh dijadikan ruang tambahan. Kalau nak upah akan belanja besar, ditambah pula ada ruang masa untuk mengeluarkan peluh kerana tidak dapat keluar akibat sekatan MCO 3.00. Daripada rutin biasa lebihbaik buat sesuatu yang boleh mengasah pengalaman dan juga bersenam. Ruang atas telah lama dirancang apabila half loteng rak buku dan beranda untuk dijadikan platform ke ruang siling. Besi aluminium dibeli drp kedai kitar semula Jalan Kebun bersebelahan SMTA Hishamdudin Kpg Jawa kos2 btg berukur 9 kaki RM 200.00 awal Jan 2021. 2 hari sebelum MCO telah buat pesenan dn pembelian plywood, C Batten dan V Batten steel, paku dan screw Kos RM 681.00. Set masa setiap hari 2 ke 4 jam untuk buat kerja-kerja asas plaform dan hari ini dah siap platform ruang tengah, lepas tu kuatkan tetulang bumbung, plaform kiri dan kanan. Semua ini akan disiapkan sebelum Hari Raya Korban. Kondisi panas kerana udara panas di atas dan ruang pula tertutup. Rancang untuk memasang air ventilators, bumbung dan tingkap serta pintu keluar ke flat top tangki air. Kerja-kerja asas kerangka platform ruang 1 siap hari ini 5/6.
.
No comments:
Post a Comment