Friday, 30 November 2007

PERSIAPAN MEMASUKI RUMAH BARU

30 Nov 2007. Rumah baru bonda telah 85 peratus siap tinggal pemasangan pintu, sliding door dan pendawaian eletrik. Rumah dijangka dapat diduduki sebelum 14 Dis 2007. Sebagai persiapan awal rumah lama perlu dibersihkan sementara barang-barang lama yang perlu dibawa diasingkan. Rumah lama juga perlu dibaiki agar boleh disewakan. Rumah lama telah dibina selepas ayah berpindah balik ke KSS dari Jeniang dan telah membina rumah papan dan dapur serta pelantar dibina daripada buluh. Sewaktu kecil kami tinggal dirumah kecil dan aku masih ingat rumah kami dibaiki dengan pemberian rumah anjung daripada rumah datuk. Masa itu, kerja-kerja mengusung rumah semuanya dibuat secara gotong royong. pada tahun 1967 rumah kami dibaiki dengan menambah beranda dan dapur bawah. Di rumah tengah dibina kedai runcit. Pada waktu itu, rumah kami agak besar berbanding dengan rumah keluarga yang lain. Ayah waktu itu, dapat kerja dengan Jabatan Pertanian gaji hanya 70 ringgit, dan beliau ketempat kerja dengan menunggang basikal (basikal tua). Ayah rajin tanam sayur didepan rumah dan mengerjakan sawah datuk (4 relung). Suasana kampung waktu itu, nyaman dan dibelakang rumah penuh dengan belukar dan dibelakangnya pula sawah padi, kalau kami ke sawah kena melalui rumah datuk. Aku masih ingat arwah nenek, datuk ada bela kerbau dan kalau setiap pagi Abang E perah susu dan kami boleh minum susu kerbau asli. Dulu kerbau adalah jentera pembajak dan pengangkut hasil tanaman. Kami dulu berebut-rebut naik "anuk" selepas hasil padi diturunkan dibawah rumah (cerita lain kali).
Seingat aku pada tahun 1969 hingga ke 1972 beberapa kali rumah telah diubahsuai, pada tahun 1975 rumah anjung diruntuhkan dan dibina rumah papan yang besar, kalau tak silap kos waktu itu hampir mencecah 20 ribu dan pada tahun 1980an ke 90 an rumah diubahsuai dan ditambah rumah bawah. Sekarang selepas semua anak-anak mempunyai rumah sendiri, rumah anjung/atas tidak digunakan lagi. Rumah ini sekarang dah tidak didiami, kerana emak bergilir menginap dirumah anak-anak jadi keputusan membina rumah di Tandop seperti rumah taman akan lebih selesa dan selamat. Apa akan jadi rumah lama? rumah ini mungkin disewa atau dijalankan projek agar rumah tersebut tidak terus usang dan rosak. Aku dan adik membuat sekatan dibahagian bawah rumah dengan memindahkan barangan lama agar rumah dapat disewa dan menjadikan lebih selamat. Setelah hampir 3 hari mengemas masih banyak lagi kerja perlu dibuat terutamanya membaiki pintu, menganti lantai reput dan membersih sawang, almaklumlah rumah papan dimakan bubuk dan anai-anai.
Barang-barang rumah, seperti alamari, pinggan mangkuk dan peralatan dapur perlu diasingkan dan dikemaskan. Hanya barangan yang perlu di bawa. Barangan yang tiidak perlu dibuang. Hari ini kami membersihkan kawasan halaman dan belakang rumah, kawasan rumah sudah nampak bersih dan kemas. Kami memerlukan sekurangnya 2 ke 3 hari lagi untuk mengemas dan mengangkut barang-barang ke rumah baru. Barang-barang yang kurang diperlukan akan dibawa sekiranya diperlukan. Banyak barang-barang lama sayang nak dibuang, terutamanya pinggan mangkuk, kalau nak buat kenduri setakat 100 tetamu tiada masalah. Banyak besi buruk, plastik dan pakaian perlu dibuang dan kalau bawa ke rumah baru akan bersepah dan jadi sarang lipas/tikus dan cicak aje. Walau apa pun, susah juga nak buat keputusan membuang barangan lama, kalau dibuang bila perlu kena beli, pinjam dan berbagai lagi. Begitulah adatnya manusia, yang teringin dan namapak semua nak, bila dah ada tak tau nak guna, kadangkala tak pernah guna atau guna 2 ke 3 kali aje, lepas tu simpan (membazir, rosak dalam simpanan). Sebab itu, orang sekarang lebih suka buat kenduri secara sewaan/buffet kerana jangka masa panjang tak banyak barang terbuang. Orang barat Jepun dan Korea buat 'boot sales' atau jual bundle. Sekarang ini kita kena buat 'recycle' barang antara adik-beradik, jual ke kedai 'second hand', 'boot sales' ataupun derma kepada orang yang memerlukan. Wassalam

Tuesday, 27 November 2007

MERDEKA TAMAT PEPERIKSAAN SPM

27 NOV 2007. Hari ini pepriksaan SPM bagi kejuruteraan elektrik kertas lukisan kejuruteraan adalah kertas terakhir bagi M Sai. Alangkah gembiranya setelah menamatkan peperiksaan dan istilah merdeka, cuma menanti keputusannya samaada OK ke KO. Selagi ada usaha pasti berjaya kalau hanya setakat cukup makan belum tentu mendapat keputusan yang cemerlang. Semasa diakhir kertas dan pengawas pemeriksaan membuat semakan akhir ada pelajar lelaki yang nakal menjerit merdeka dan yang lelaki kena 'screw' dan hanya dibenarkan meninggalkan dewan selepas semua pelajar perempuan keluar. Begitulah ragam anak-anak lelaki ada saya kenakalan dan mencari cabaran. kalau yang nakal ini tidak dibimbing dan tidak dipantau mungkin menjadi lebih parah dan menyusahkan masyarakat. kalau yang nakal tapi berwawasan mungkin jadi berani atau jadi penganjur demonstrasi. inilah ragam anak-anak remaja yang sedang mencari identiti, jati diri dan halatuju. Kesimpulannya kalau nak membuat sesuatu pastikan berfikir dulu sebelum bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, kalau telajak cakap tanggunglah akibatnya. Wassalam

Thursday, 22 November 2007

PERASMIAN RUMAH TETAMU WISMA PERWIRA KPD DAN MAJLIS BERSAMA PESARA

17 NOV 2007. Salah satu majlis sambutan Jubli Emas KPD ialah Majlis bersama Pesara KPD dan juga perasmian Rumah Tetamu Wisma KPD telah diadakan di Wisma Perwira KPD Taiping, Perak pada jam 3 ptg. Rumah tetamu bernilai RM 2.5 juta adalah sebagi rumah istirehat Kol Yg Dipertua KPD dan Pegawai Kanan KPD apabila ada majlis sambutan di Taiping Perak. Rumah tetamu ini dibina di puncak bukit bersebelahan Sg Ranting, Kemunting. Majlis diteruskan dengan majlis meraikan pesara KPD, kehadiran pesara tidak ramai disebabkan lokasi di Taiping. Majlis diserikan dengan persembahan Kugiraan D Semenggos dan persembahan kebudayaan. Dimajlis tersebut Pengerusi telah menyempurnakan perasmian rumah tetamu dan majlis pesara. Semua tetamu diraikan dengan jamuan petang diiringi persembahan kebudayaan. Wasaalam

Sunday, 11 November 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TADIKA CILIK

10 Nov 2007. Majlis penyampaian hadiah dan sijil Tadika Cilik telah diadakan di Tadika Cilik, Jalan Teja 5. Aadik Emee telah mengambil bahagian di dalam acara azan tapi masa pertandingan tak habis melanungkan Azan. Pada hari itu, semua kanak-kanak bergembira mendapatkan sijil masing-masing dan menyanyi lagu bangau oh bangau macam dalam iklan TV. Semua kanak-kanak memakai pakaian seragam Tadika dan sesi bergambar berseorangan dan berkumpulan telah dirakamkan. Pertandingan fesyen dan azan diadakan sebagai menambahkan kecerian pada hari tersebut. Tahun depan adik Emee akan melangkah ke Tahun Satu dan tiada lagi masuk kelas ikut masa sendiri macam tadika lagi. Kalau adik Emee pergi Tadika sempat buka internet dulu, berbasikal, makan kat gerai jam 0835 ke 0845 baru sampai ke Tadika. Semoga adik Emee lancar membaca sebelum msuk Tahun 1.

PERTANDINGAN JORAN PETRONAS

10 Nov 2007. Pertandingan Memancing Ikan di Taman Tema Darulaman, Kedah berjalan lancar sejak 8 pagi hingga 1 ptg. Bayaran hanya RM 30.00 dengan menggunakan Kad Mesra, dianggarkan seramai 2,000 peserta turut mengambil bahagian dan penganjur mengaut pendapatan RM 60,000.00. Yang pastinya, peserta begitu mengidam hadiah utama RM 12,000.00 dan pada hari itu sesorang telah muncul tetapi banyak peserta tidak berjaya. Ada yang pancing tak dijamah walaupun umpan berbagai digunakan, tetapi ada yang rezeki baik sampai dapat 2 ke 3 ekor ekor mungkin tempat dan lokasinya tepat, 'right time and right place'. Petama kali aku melihat ikan keli panjang hampir 1 meter dengan berat hampir 6 kilo dan pemenang berjaya menaikan ikan tersebut dengan mudah walaupun joran melentur dan berdesir kuat, kami yang berada dilokasi berhampiran masing-masing meninggalkan joran melihat ikan tersebut. Walau apapun pada hari tersebut, berbagai ragam pemancing boleh dilihat, dan berbagai umpan digunakan. Disamping itu, ramai pemancing datang dari segenap pelusok Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak Utara untuk mengambil bahagian. Aku sempat berkenalan dengan pemancing dari Jeniang, yang datang dengan 3 rakan diawal pagi, dan rupanya mereka ini pemancing tegar dan minggu depan membuat lawatan memancing di Laut pulak. Aku hanya setelah hampir satu setengah tahun baru mengeluarkan pancing dalam simpanan,manalah nak menjadi, orang yang memancing bertahun pun tak dapat, itulah nama rezeki. Apa pun, pada pagi itu, aku sekurang-kurang dapat melihat betapa ramai orang yang minat dalam memancing dan yang pastinya kedai menjual alat pancing tidak menjadi rugi. Dalam memancing . 40 peratus adalah usaha dan 60 peratus lagi adalah rezeki ataupun nasib. Wasalam

Thursday, 8 November 2007

IKHTIAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN

7 Nov 2007 Rabu. Persiapan menghadapi peperiksaan telah diatur dengan pelbagai usaha baik secara individu, berkumpulan atau bersepadu diperingkat sekolah atau masyarakat. Tahun 2007 2 lagi anak akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM dan STPM. SMTSR Simpang Kuala telah mengadakan majlis pada hari ke 20 puasa di masjid Aman. Majlis bacaan Yassin, sembahyang Zohor dan diakhiri dengan sembahyang hajat. SMTSR mengadakan majlis awal kerana sekolah juga mempunyai pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR. Selesai majlis ibubapa disedekahkan buah kurma untuk berbuka puasa dan pelajar mendapat air Yassin.
SMTAS juga telah mengadakan majlis yang sama di surau SMTS pada 7 Nov 2007 kerana ianya hanya melibatkan pelajar Teknik yang akan menduduki Peperiksaan SPM. Majlis dan aturcara yang sama dibuat sebagai usaha agar pelajar mendapat kejayaan cemerlang. Objektif bacaan Yassin adalah seperti berikut:
1) Memohon kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SPM daripada Allah s.w.t.
2) Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.
3) Mengurangkan rasa tekanan di dalam diri pelajar pada saat menghadapi peperiksaan SPM.
4) Mengeratkan perhubungan pelajar, waris dan guru kearah memohon kejayaan dalam akademik.
Usaha ini begitu ketara semenjak kesedaran islam semakin menebal dikalangan ibubapa kerana setiap sekolah pasti tidak gagal mengadakan majlis sedemikian, tambahan pula ada ibubapa membuat bacaan Yassin dirumah dengan memanggil jiran dan ahli Suarau/masjid, atau pihak kampung/khairah masjid mengadakan dimasjid atas anjuran wakil rakyat atau inisiatif ahli masjid/surau. Kalau tanpa usaha anak-anak walau sebesar mana majlis ianya tidak akan berjaya, majlis yang diadakan ini adalah pelengkap setelah usaha dan ikhtiar dibuat oleh semua pihak dan seterusnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Usaha ini juga dibuat bersama-sama pelajar, PIBG dan pihak guru-guru, diakhir sesi juga ada pihak seklah mengadakan majlis bersama Guru dan pelajar memohon restu dan motivasi terakhir.
Di zaman dulu ibubapa juga berusaha dengan meminta Tok Guru berdoa dan menjampi air penerang hati serta pelbagai kaedah seperti mengurangkan perasaan takut, darah gemuruh semasa pepriksaan. Waktu itu, kepercayaan kepada Tok Guru, orang-orang tertentu dibuat mungkin ibubapa kurang faham kaedah pelajaran anak-anak, tidak yakin dengan ilmu masing-masing ataupun sibuk dengan urusan membanting tulang diladang, sawah atau kelaut/kehutan mencari rezeki. Menjelang tahun 90an dengan adanya pelbagai program motivasi, bina diri di sekolah, siaran media cetak dan elektronik, pihak sekolah dengan PIBG mengadakan hari titian kasih, silaturahim dengan pakar-pakar motivasi di sekolah, dewan atau di masjid. Waktu ini ramai syarikat berunsurkan motivasi, bina diri muncul dengan menawarkan pelbagai program untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan dengan bayaran yang murah dan berpatutan. Disamping itu, pihak kementerian juga menganjurkan program bina diri, bina semangat di awal tahun dan pertengahan tahun agar pelajar lebih terasah minda untuk belajar dengan kuat dan tekun. Program ini masih diteruskan tetapi air penerang hati, jampi dan lain-lain lagi kurang dipraktikankerana ianya lebih kepada usaha oleh empunya diri, ahli keluarga yang terdekat secara langsung atau yang mendampingi murid/pelajar. Kaedah seperti berdoa sebelum belajar, sembahyang hajat, tahajud memohon ampun agar pelajar itu sendiri berjaya. Ini adalah satu kebaikan kerana usaha dan memohon sendiri kepada Allah s.w.t adalah yang terbaik. Ada juga pihak sekolah menjemput bekas pelajar yang berjaya untuk memberi bimbingan, tunjukajar atau menaikan semangat untuk mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
Usaha Ibubapa menghantar anak ke pusat Ttisyen juga faktor pemangkin kejayaan kerana ianya usaha berterusan agar anak-anak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bersepadu dan di dalam kumpulan kecil bagi meningkatkan pemahaman. Belanja untuk kejayaan bukannya murah hari ini, kerana kalau menginginkan kejayaan anak-anak, ibubapa perlulah mengorbankan wang ringgit, jadi terpulanglah kepada ibubapa mana yang terbaik mengikut tahap kewangan dan keutamaan masing-masing. Tabung pendidikan seperti insuran pendidikan, Skim simpanan PTPtn adalah jalan terbaik kepada ibubapa muda untuk menabung kepada anak-anak selepas dilahirkan. Wasalam.

Tuesday, 6 November 2007

MUSIM HUJAN AKIBAT DARI PERALIHAN MONSUN TIMUR LAUT

Hari-hari hujan dah hampir sebulan, kalu tak malam, petang atau pagi. Cuaca hujan dan sejuk berkabus. Hujan kadangkala dengan angin ribut tetapi alhamdullilah tak banjir. Kawasan perumahan yang kami diami berada di atas bukit/tanah tinggi, tetapi yang pelik lagi tak faham bekalan air seringkali terputus bekalan apabila hujan lebat. hari ini seluruh kawasn Kubang pasu tiada bekalan air.
Kami dah biasa dengan tiada air, yang paling teruk pada tahun 1998, semasa Sukan Commenwealth di KL. Pengalaman di Klang amatlah memeritkan kerana hampir sebulan lebih bekalan air terputus dan bantuan air pula lewat sampai ada setengah tempat lori tangki air ditahan dan ada pemandu dibelasah, begitu juga pergaduhan kecl antara penghuni. Kami terpaksa mencatu air dan dihalaman rumah penuh dengan tong, besin, baldi dan apa sahaja yang boleh menakung air. Ada masanya lori air datang waktu pagi, tengahari sampai ke tengah malam. Kalau terlepas kenalah tunggu 2 hari lagi, masa itu barulah mengunakan kenderaan mencari air kekawasn perumahan lain. Diwaktu gawat sebegini berbagai macam manusia ada, ada yang jenis tamak, tak kisah, bengis dll. Pernah satu kejadian pemandu lori bekalan air dibelasah kerana menghantar air ke kedai/tauke kerana diberi bayaran atau sogokan atau menghantar air kekawasan saudara mara aje. Bagi yang ada kemudahan dan kewangan boleh lah menyewa atau mengambil air sendiri daripaada pusat pengagihan air sendiri. Pengalaman yang lepas menyebabkan kamu biasa mengetahui bagaimana menjaga dan menggunakan air diwaktu gawat. Di Changlun kami tak payah tunggu atau angkut air, gunakan pump kecil dari laman ke dalam rumah, kalau teruk sangat bawa bekas air ke pusat pengagihan. Janganlah kerana ketiadaan air sampai bergaduh suami isteri, jiran tetangga kerana ada orang tak kisah kalau tak ada air seperti orang timur tengah atau menghadapi kemarau panjang seperti di Afrika. Kita kalau terukpun air takungan sungai, kolam masih banyak.

Monday, 5 November 2007

ULANGTAHUN KPD KE 50 TAHUN
































Pada 15 Jul 1957, KPD telah ditubuhkan dan pada 15 Jul 2007 genaplah 50 tahun usia KPD. Sambutan ke 50 tahun atau Jubli Emas telah dirancang oleh KPD diantaranya ialah Perbarisan Panji-Panji KPD dan ianya diserahkan kepada 72 Bn KPD pada 17 Jul 2007 di Taiping Perak. Penganugerahan panji-panji Di Raja disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan KedahDarul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selaku Kolonel Di Pertua KPD. Pada sebelah malamnya diadakan majlis Santapan Beradat 50 tahun KPD di Dewan Majlis Kerajaan negeri Perak Darul Ridzwan.
Upacara perbarisan bersejarah ini adalah satu catatan sejarah selepas KPD mendapat gelaran Di Raja pada tahun 1997 di Stadium Merdeka yang ditauliahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Sewaktu itu, aku baru tamat pengajian di UiTM Shah Alam di dalam Ijazah Pengangkutan (Chartered Institute of Transport (United Kingdom)), jadi semasa penerimaan Panji-Panji Di Raja juga aku sedang mengikuti Master in Human Resource Management di UUM Sintok Kedah. Walaupun aku tidak terlibat secara langsung, aku turut sama hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut. Majlis perbarisan tersebut diatur dengan penuh tradisi ketenteraan dan perbarisan mendapat pujian daripada PTD.
Di sebelah malamnya, Majlis Makan Malam Rejimental didakan di Bandaraya Ipoh. Majlis berjalan dengan meriah dan turut diserikan dengan persembahan oleh BKTD. Majlis dihostkan oleh Pengerusi KPD Mej Jen Dato Oseman bin Chik. Ramai rakan-rakan hadir dimalam tersebut dan dapatlah kami bersama-sama merasai sejarah genapnya 50 tahun KPD.
Majlis sambutan Jubli Emas juga diadakan Pertandingan Golf KPD di Nilai Golf and Country Club pada 1 Sept 2007. Aku turut mengambil bahagian dan mendapat goodies seperti bag dan lampu suloh berlambangkan logo Jubli Emas KPD. Walaupun tidak mendapat kemenangan di dalam Golf tetapi dapat juga cabutan bertuah. Hadiah hole-in-one Proton Persona tiada pemenang jadi bertuah juga syarikat yang sponsor, jika tidak hilanglah 40 ribu. Majlis yang terdekat sempena Sambutan Jubli Emas ialah Majlis Bersama Pesara yang dijangka diadakan pada 17 Nov 2007 di Taiping Perak. Aku dan isteri pasti turut hadir bagi berjumpa orang lama sebagai menghargai jasa mu di kenang. Catatan ini dapat mengibas kembali apabila aku bersara tahun 2013 jika semua rancangan berjalan lancar, kalau ditakdirkan murah rezeki mungkin pencen sehingga umor 56 tahun atau 58 tahun. Kalau ikut ahli akademik umur di antara 50 ke 60 tahun adalah masa yang paling produktif di dalam menyampaikan pengalaman yang sedia ada kepada apa jua bidang yang diceburi. InsyaAllah

Sunday, 4 November 2007

PERKEMBANGAN KESIHATAN PAK SU ELIYAS

5 Nov 2007. Allamdullilah, Pak Su telah selamat menjalani pembedahan pada 4 Nov 2007. Maklumat diterima daripada SMS suami Nida jam 14.19 petang. Keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Intensive Care Unit (ICU) Kedah Medical Centre Alor Star. Pagi ini jam 1020 pagi menghubungi Mak Su dan memaklumkan Pak Su stabil, jantung, dan semuanya ok dan masih ditempatkan di dalam wad ICU. Ianya bagi memantau perkembangan dan rehat. Di dalam mengziarahi pesakit, beberapa peringatan penting perlu diberi perhatian oleh pelawat agar tidak menggangu pesakit. Sememangnya lawatan amat digalakan tetapi kalau boleh ianya hendaklah dilakukan sesingkat mungkin agar tidak menjejaskan kesihatan pesakit dan orang yang menjaga. Di zaman ICT ini sebelum membuat lawatan lebih baik menghubungi waris bila tarikh dan masa yang sesuai agar kita dapat membuat rancangan awal dan disamping membuat tugasan lain dulu. Tanda ingatan dan maklumat dari pelawat secara zahir amatlah penting tetapi ada masanya lawatan tidak diperlukan ditakuti membawa kuman/virus kepada pesakit terutamanya selepas pembedahan organ dalaman. Kalau zaman dulu di hospital kerajaan dihadkan waktu lawatan dan tidak dibenarkan membawa kanak-kanak. Tetapi sekarang di hospital kerajaan kelonggaran turut diberi kepada waris untuk mejaga pesakit. Inilah evolusi yang dihadapi, mungkin disebabkan pelbagai kebaikan yang diperolehi seperti:
1) Kehadiran penjaga meringankan bebanan jururawat bagi kerja-kerja utiliti seperti makan, minum, kencing dan buang air besar.

2) Pesakit cepat ceria/sembuh dengan adanya orang tersayang disisi.
3) Petugas hospital akan lebih waspada dari aspek percakapan, layanan dan perihatin.
4) Lawatan mengeratkan tali persaudaraan.
5) Mengaktifkan ekonomi di kawasan hospital.
6) Petugas akan lebih ghairah dan bermotivasi dengan ucapan terima kasih atau penghargaan.

Namun disebalik kebaikan ada juga keburukanya;

1) Ada pelawat/penjaga lebih pandai daripada petugas. Menimbulkan konflik dan campurtangan.
2) Kehadiran yang ramai menggangu petugas dan juga pesakit lain.
3) Pesakit yang tiada penjaga/tiada waris mungkin terasa jauh hati bila lihat ramai pelawat pesakit sebelahnya.
4) Keadaan menjadi bising dan gawat dengan pelbagai keranah pelawat, bagi yang bawa anak kecil dengan kenakalan dan tangisannya.
5) Kehadiran yang ramai juga menyebabkan kawasan kotor dengan sampah sarap jika tidak di awasi.
6) Pelawat/pesakit dan kanak yang alahan penyakit ditakuti dijakiti atu menjakiti orang lain.

Kesimpulannya, melawat pesakit amatlah dituntut tetapi pelawat hendaklah menjaga tatasusila dan adab agar semua pihak mendapat manfaatnya. Sekian

Saturday, 3 November 2007

CHICKEN POX

Musim ini nampaknya demam cacar merebak, Semalam Chick Yok demam, sekarang Asriee juga mula menunjukkan tanda-tanda cacar air kat badan. Bintik-tik merah berair/nanah mula timbul dikepala, muka, badan dan ari ini ari pertama. Alhamdullillah, demam ini tak jadi masa buat khemah kat sekolah. Demam ini mulanya demam panas dan mula gatal-gatal. Kami ingat gatal disebabkan tiduk di dalam khemah ataupun kena rumput. Ari ini tak sekolah le. Adik Emee juga masih demam dan mengadu sakit kaki, nak bejalan ke bilik air pun sakit. Kami sapu minyak, masih sakit dan selepas makan ubat antibiotik dan demam serta selsema ianya tidur sehingga tengahari.
Orang cakap kalau demam campak kena hujan demam tak baik, parut hitam kalau makan kicap/tokyu, kalau mengoreng, makan benda gatal akan lambat baik. Semua orang takut nak melalui pantang tersebut, bila anak sendiri kena demam campak. Kadangkala dengak orang lama kata penyakit datang dari dalam tulang, dan penyakit ini kalau tak keluar habis boleh bawa maut. Petua ubat orang lama kata kena minum air nyior (kelapa), air tawar akan keluar lagi banyak dan cepat baik. Mandi juga dengan air daun seperti daun pisang kelat, daun mambu, daun asam, pokok sejuk bumi, sejuk hutan akan menyejuk dan mengurangkan gatal-gatal dibadan.
Fakta sains dari kajian menerangkan ianya sejenis virus dan ianya terjadi sekali dalam hidup. Kalau boleh kanak-kanak boleh menghindari penyakit ini buat seketika dengan pelalian campak semasa umur 2 ke 12 tahun. kajian menunjukkan penyakit ini akan baik sendiri (7 ke 10 hari) dengan imunisasi dalam badan. Hanya ubat demam , tahan gatal dan antibiotik diberikan. Fakta penyakit ini masih di dalam kajian pakar-pakar perubatan bagi menghalang ianya merebak dan tiada ubat bagi membasminya seperti penyakit tibi, kayap dll.

KEBERSIHAN DIRI

Teringat cerita Dato Shanon Ahmad Sastrawan negara mengeluarkan buku novel Shiii.....t. Buku ini menjadi kontrovesi semasa reformasi tahun 1999. Masa tu, buku ini walaupun secara langsung mengenai suasana dan reformasi politik tetapi ianya banyak memberi impak keberanian dan gaya penulisan yang baru. Kiasan mengenai shii..t ini amat meloyakan tetapi jika diperhalusi shii-t ini juga membuat manusia tahu yang busuk, tak guna amat penting di dalam sistem kehidupan. Bayangkanlah jika shii--t menebal dan terlalu lama di dalam saluranya akan menjadi membusuk, dan mendatangkan penyakit seperti sembelit, berak darah, buasir(piles), pening dan mungkin angin busuk. Jika tak keluar berbulan-bulan mungkin menyebabkan kematian. Nikmat yang Allah beri melalui percernaan, kumbahan dan pembuangan air boleh mengawal tubuhbadan dan dapat menjalani kehidupan yang selesa tidak pernah dibayar sesen pun.
Isu shi...it bukannya menjadi persoalanya, tetapi mengingatkan saya soal kebersihan diri dulu kala. Masa masih kecil tahun 60an jamban pusing, jamban gantung, jamban tengek, jamban kambus menjadi pilihan. Rumah kampong dulu tiada jamban dibuat, jamban seperti di atas digunakan baik lelaki atau wanita. Jamban pada waktu itu sesuai kerana kawasan rumah berjauhan, banyak hutan, semak samun, tiada lampu eletrik dan kalau jamban gantung/tenggek tiada kenderaan dijalanraya. Tambahan pulu orang dulu pakai kain pelikat, batik sebagai pakaian harian jadi mudahlah melepas tak kira waktu, ikut mana yang sempat. Air semuanya bersih seperti parit, tali air atau beristinjak gunakan batu, kayu dll yang dibenarkan. Masa tu, belakang rumah tumbuh pokok bemban, nipah, senduduk, kemunting, asam, buah muyu, keriang dot/kecil, yakni semak samun. Tahun 70an kempen kesihatan dan kebersihan mula memasuki kampung-kampung bila kadar buta huruf menurun, kerajaan mula memberi bantuan kok (simen bulat), salur pelastik, kayu dan papan bagi membina tandas. Tetapi sebelum itu, kesedaran mula dibuat oleh penduduk kampong dengan membuat tandas kecil di belakang rumah dengan mengunakan kayu, papan dan guni dan najis dibiarkan jatuh kebumi ajae, lepas itu, jamban mengunakan bahan salur najis plastik, seramik dan najis dilepas masuk ke dalam tanah. Pada tahun 70an juga tandas masih lagi dibina diluar rumah dengan menggunakan simen bulat ditanam di dalam tanah dan air yang bersih dilepaskan keparit atau sungai. Jamban pusing dah berkurangan dan jambantenggek/gantung masih menjadi pilihan orang lama yang tak serasi dengan model jamban baru.
Menjelang akhir tahun 70an dan masuk tahun 80an, jamban/tandas mula lebih menarik, kukuh dengan mengunakan simen, zink, pintu kayu dan berbumbung dibina hampir dengan rumah dan dibina tinggi agar najis dapat dilepas kedalam tankungan dengan lebih mudah, waktu ini dipanggil jamban/tandas jirus. Ada juga menggunakan improvasi seperti salur guna zink, pintu guna guni, plastik tebal, daun nipah sebagai dinding. Masa ini air bersih dalam besi mula masuk kekampong-kampong. Beransur-ansur tandas dilengkapi paip air terus kejamban dan tandas berpam mula menjadi pilihan. Orang kampong masih percaya jamban tidak bagus dibina di dalam rumah sebab najis berpenyakit, rumah berbau busuk dan berbagai lagi tanggapan negatif. Sikap ini terus menjadi amalan generasi lahir tahun 30an hingga 40an dan perubahan ketara apabila jamban/tandas memasuki fasa bersambung dengan rumah bila bekalan eletrik mula masuk kekampong-kampong. Anak-anak yang lahir tahun 50an mula mengenali erti kesihatan dan erti ketamadunan kerana ramai berpelajaran atau mula berhijrah kebandar kerana mendapat pekerjaan. Apabila jenerasi ini balik kekampong,tandas-tandas dan kebersihan tandas mula menjadi perkara utama apabila membina rumah baru/membaiki rumah. Aku masih ingat, bagaimana tandas rumah arwah bapa, datuk, nenek dibuat. Kemodenan dengan keperluan asas air dan eletrik telah menyebabkan tandas dikampong menjalani evolusi dan ianya sama dengan penduduk bandar. Dikampong-kampong sekarang rumah-rumah moden mula menempatkan bilik air/tandas dibilik utama dan tandas kedua/utama dikawasan dapur serta tandas pelawat diluar rumah lengkap dengan air, lampu , sabun dan pam air bertali. Mangkuk mencangkung masih lagi menjadi pilihan orang lama, manakala generasi Y (lahir tahun 80an) dah tak mahu guna dan mahu mangkuk duduk, jamban bertile penuh, ada pewangi dan sabun. Generasi Y kalau tak ada sabun atau tandas kotor pasti sanggup peram shiii..t sampai jumpa tempat selesa.
Buku shii...t Shanon memang betui jika dibaca dan perhalusi dan dijadikan bacaan buku sastera, kerana manusia dan generasiYZ (lahir tahun melinium) akan lebih terbuka membincangkan buku secara ilmiah bukan secara politik sempit, contoh buku Malay Dilemma dulu diharamkan dan sekarang telah dibenarkan sebagai bacaan umum. Kebersihan tandas sekarang menjadi punca pendapatan kepada Indah Water dengan setiap perumahan yang dilengkapi kolam takungan kumbahan bertutup, bersepadu dan bersendirian perlu membayar caj pembentungan kumbahan secara paksa dan yang gagal menjelaskan bayaran tertunggak dipenjarakan. Ini yang sebenarnya Shiii..t penangan dan powernya orang yang menguruskan shiiit..t yang busuk lagi membusukan di atas jenamaan kesihatan dan alam sekitar.
Tidak dapat dinafikan kesihatan amat penting dan ianya membangun seiring dengan illmu dan kemodenan. Manusia masih belum boleh menerima satu hari nanti shii..t boleh dikitar semula dan menjadi air bersih boleh digunakan untuk keperluan harian. Diangkasa International Space Ship (ISS), peluh angkasawan diproses dan boleh digunakan semula. Sekarang belanja untuk kebersihan diri memerlukan sekurangnya RM 50.00 sebulan dan ada yang menjangkau ratusan ringgit jika jenama yang tersohor.
Islam juga mengajar kita sentiasa bersih dengan awal mula mengambil wuduk dengan air mutlak dan ianya terus menjadi kewajiban bagi setiap insan muslim. Kebersihan menggunakan air bersih dari bahan bersih tetap unggul tetapi adakah disatu hari isu kebersihan ini menjadi satu yang baru kerana manusia jenerasi YXZ kalau tidak didedahkan dengan ilmu Islam (air bersuci) seperti cukup sukatan, istilah air mutlak, dll yang berkaitan ilmu tauhid, fekah dll akan menjadi eteng dan isu kebersihan lebih utama dari ilmu islam. Wallahuaklam. Fikir-fikirkan apa apakah akan jadi di masa hadapan.

PAK SU ILEYAS OTHMAN MASUK HOSPITAL KMC

3 Nov 2007, Pak Su Yeh gelaran yang sinonim dengan anak buah, nama sebenar mungkin ramai tak tahu. Bila buat pertanyaan di kauter siapa nama pesakit? masa tu dok ingat ingat nama mungkin Salleh sebab panggilan Yeh, nama bapa pun tak ingat, bagi tau masuk 1 Nov 2004 lantas pakguard semak senarai nama yang bagitau Salleh di tingkat 4 bilik 402. Setelah dapat maklumat, hati kurang yakin, jadi talipon Mak Su nak tanya bilik no berapa? tapi tak ada jawapan. Lantas call adik tanya nama sebenar Pak Su, confirm nama Elyas bukan Salleh jadi pergi kaunter jururawat baru dapat bilik sebenar Bilik 203. Bilik 203 dilawati, didapati ramai saudara mara sebelah PakSu dan Mak Su.
Setelah masuk baru dapat maklumat mengenai penyakit yang dialami, sebelum bulan puasa belaiu asyik buat air besar setiap kali makan, pada bulan puasa selepas berbuka pasti kebilik air (najis cair) dan masa puasa di siang hari tiada masalah. Penyakit mula dikesan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan dan selepas pemeriksaan beliau telah diberi cuti sakit mulai 18 Okt hingga 31 Okt 2007. Doktor memaklumkan hati Pak Su telah rosak sebahagian dan perlu dibedah pada 4 Nov 2007 untuk membuang bahagian yang rosak. Disamping itu, bekalan darah jenis B untuk pembedahan perlu diperolehi bagi mengantikan darah yang hilang semasa pembedahan nanti. Tidak ramai ahli keluarga yang mempunyai darah jenis tersebut dan kalau ada mungkin tidak mencukupi.
Kita semua perlu mengambil iktibar dan langkah berjaga-jaga kerana apabila umur mencapai 40 tahun ke atas penyakit mula mencari kita. Kalau masa kecil dulu orang tua sentiasa berpesan kepada anak-anak lasak/nakal jangan cari penyakit dengan kerja, aksi atau lagak kerana mungkin ditimpa bahaya seperti luka, patah, dll. Dimasa umur 40 tahun dan ke atas kita perlu mengadakan pemeriksaan tahunan ke atas seluruh badan terutamanya darah, kencing, jantung, hati, hempedu dll. Kalau penyakit disedari dari awal kita perlu mengambil langkah menghalang dari terus merebak atau menjaga makan, minum dan amal ibadah.
Selain dari itu kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan melanggani insuran kesihatan terutama keperluan caj hospital dan pembedahan, selain dari itu, jika yang menjadi kakitangan kerajaan perlu pergi hospital kerajaan bagi mendapatka pengesahan doktor bagi perpindahan rawatan di hospital atau klinik swasta agar bayaran dapat dikurang atau ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Difahamkan kos pembedahan dan keseluruhan berjumlah 14 ribu ke 17 ribu, kalau ada insuran bolehlah digunakan kalau tidak kita kena pergi klinik kerajaan dan pasti menunggu masa yang panjang kerana senarai menunggu terlalu ramai. Kepada adik-adik, anak buah yang akan bekerja dan berumahtangga pastikan keperluan insuran kemalangan diri, kesihatan, pendidikan dan menabung diberi keutamaan.
Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri dan mendoakan agar Pak Su selamat menjalani pemebedahan pada 4 November nanti. InsyaAllah.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive