Pada 15 Jul 1957, KPD telah ditubuhkan dan pada 15 Jul 2007 genaplah 50 tahun usia KPD. Sambutan ke 50 tahun atau Jubli Emas telah dirancang oleh KPD diantaranya ialah Perbarisan Panji-Panji KPD dan ianya diserahkan kepada 72 Bn KPD pada 17 Jul 2007 di Taiping Perak. Penganugerahan panji-panji Di Raja disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan KedahDarul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selaku Kolonel Di Pertua KPD. Pada sebelah malamnya diadakan majlis Santapan Beradat 50 tahun KPD di Dewan Majlis Kerajaan negeri Perak Darul Ridzwan.
Upacara perbarisan bersejarah ini adalah satu catatan sejarah selepas KPD mendapat gelaran Di Raja pada tahun 1997 di Stadium Merdeka yang ditauliahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Sewaktu itu, aku baru tamat pengajian di UiTM Shah Alam di dalam Ijazah Pengangkutan (Chartered Institute of Transport (United Kingdom)), jadi semasa penerimaan Panji-Panji Di Raja juga aku sedang mengikuti Master in Human Resource Management di UUM Sintok Kedah. Walaupun aku tidak terlibat secara langsung, aku turut sama hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut. Majlis perbarisan tersebut diatur dengan penuh tradisi ketenteraan dan perbarisan mendapat pujian daripada PTD.
Di sebelah malamnya, Majlis Makan Malam Rejimental didakan di Bandaraya Ipoh. Majlis berjalan dengan meriah dan turut diserikan dengan persembahan oleh BKTD. Majlis dihostkan oleh Pengerusi KPD Mej Jen Dato Oseman bin Chik. Ramai rakan-rakan hadir dimalam tersebut dan dapatlah kami bersama-sama merasai sejarah genapnya 50 tahun KPD.
Majlis sambutan Jubli Emas juga diadakan Pertandingan Golf KPD di Nilai Golf and Country Club pada 1 Sept 2007. Aku turut mengambil bahagian dan mendapat goodies seperti bag dan lampu suloh berlambangkan logo Jubli Emas KPD. Walaupun tidak mendapat kemenangan di dalam Golf tetapi dapat juga cabutan bertuah. Hadiah hole-in-one Proton Persona tiada pemenang jadi bertuah juga syarikat yang sponsor, jika tidak hilanglah 40 ribu. Majlis yang terdekat sempena Sambutan Jubli Emas ialah Majlis Bersama Pesara yang dijangka diadakan pada 17 Nov 2007 di Taiping Perak. Aku dan isteri pasti turut hadir bagi berjumpa orang lama sebagai menghargai jasa mu di kenang. Catatan ini dapat mengibas kembali apabila aku bersara tahun 2013 jika semua rancangan berjalan lancar, kalau ditakdirkan murah rezeki mungkin pencen sehingga umor 56 tahun atau 58 tahun. Kalau ikut ahli akademik umur di antara 50 ke 60 tahun adalah masa yang paling produktif di dalam menyampaikan pengalaman yang sedia ada kepada apa jua bidang yang diceburi. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment