Sunday, 11 May 2008

MULA AZAM BARU

Esok 12 Mei 2008 adalah hari bermakna untuk anak keempat kerana memasuki kolej matrikulasi Changlun aliran sains. Cabaran pasti getir kerana perlu menamatkan pengajian dalam masa setahun sebelum diterima masuk U. Cabaran pertama kakak dan abang berada di U dan bapanya pula tamat pengajian master HRM bulan Jun. Kalau dihitung beliau wajar menyahut cabaran kerana abang dan kakak di bidang pengajian perniagaan dan masuk U dengan keputusan STPM yang cemerlang. Beliau perlu mencari kelainan (tingkat 5 di Teknik) dan pasti boleh meneroka bidang sains sebagai jurusan kepakaran di U nanti.
Pebelanjaan masuk matrik juga makin bertambah, kerana syarat pakaian lebih banyak dari U dan pelbagai syarat dan keperluan perlu dipatuhi. Syarat pembukaan akaun daripada BSN kepada Bank Rakyat juga menyusahkan kerana bank rakyat yang paling hampir lebih kurang 30 km. Kalau BSN banyak tempat dan paling hampir dengan kolej Matrik.
Masuk matrik perbelanjaan pasti meningkat untuk membeli peralatan dan keperluan sekurang-kurangnya paling tidak RM 500.0 itu tidak termasuk yuran berjumlah RM 220.00. Bayaran sajian dan lain-lain pasti juga menjangkau RM 200.00 ke RM 300.00 sebulan. Perbelanjaan ini juga dapat dikurangkan dengan wang saku RM 1,200.00 daripada wang rakyat. Begitulah asam garam menyekolahkan anak dan ditambah lagi keperluan barang yang semakin meningkat.
Bagi masa depan anak-anak, ibubapa perlu buka akaun pendidikan. Kerajaan juga boleh muncul sebagai negara berkebajikan dengan menyuntik RM 1,000.00 bila anak dilahirkan dan wang dari kerajaan ini disimpan hingga sampai umur mereka mencecah 20 tahun atau masuk U (tidak boleh keluar). Jika anak mati atau tidak dapat masuk U duit ini boleh digunakan untuk berbagai tujuan dengan syarat yang ditetapkan. Wang ini jika dikumpul oleh kerajaan pasti dapat menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bukan untuk individu, rakyat tetapi juga kerajaan. Bayangkan setahun kelahiran di Malaysia sekitar 100,000 bayi dalam masa 20 tahun berjumlah berjuta. Duit yang ada dapat menampung dan mengurangkan beban rakyat dan kerajaan dan pastinya rakyat akan berusaha menimba ilmu dengan lebih terarah. Tahniah buat ibu yang melahirkan anak-anak . Selamat Hari Ibu.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive