Tuesday, 27 May 2008

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Grey x dapat diselamatkan mati.........29 Mei


22 Mei 2008. Pagi jam 630 pagi, selepas solat subuh aku mengenakan baju jogging dan cuaca di luar agak sejuk. Sementara menunggu Emee dan Hassriee aku membuat senaman regangan didepan rumah. Kendegaran bunyi seperti bayi menangis. Aku terus latihan senaman sambil meninjau dan mendengar arah bunyi yang kecil dan sayup. Aku ingat bunyi bintang kerana bunyi datang dari semak hampir 20 meter dari rumah jiran. Apabila hari semakin cerah, aku nampak seekor anak kucing mengiaw sambil terketar ketar di atas jalan. Memandang banyak kenderaan lalu lalang aku bergegas mengambil dan membawa balik kerumah, sambil aku mencari kalau ada ibunya berhampiran. Anak kucing ini kalau dilihat baru berumur 2 minggu ke 3 minggu kerana masih lemah dan jalan tidak menentu. Aku dapati badanya penuh dengan habuk dan kutu. Keadaanya masih lemah lantas aku masuk membuat susu tepung dan menyudunya kerana masih tidak pandai makan dan lemah. Aku terus meletakannya ke dalam sangkar dan menghantar anak kesekolah. Sekembalinya aku terus memberi susu dan menyediakan keperluan baki barangan anak kucing yang lepas. Aku terpaksa memberi susu tepung dengan mengunakan botol.

Pada petang tersebut, seekor lagi anak kucing datang dari arah yang sama lantas aku menyuruh Emee membawa pulang, kucing yang ini lagi lemah dan tidak mampu melangkah jauh dan suara tidak kedengaran. Setelah hampir 3 hari aku memberi susu tepung dan ianya masih lagi lemah dan memandikan mereka bagi menanggalkan kekotoran dan kutu dibadan. Semalam semasa aku ke Giant, aku membeli ikan friskies khas untuk kitten. Kucing baru ini aku namakan coco dan grey. Kedua kucing semakin bertambah sihat dan mulai makan sendiri.

Adalah tidak wajar membuang anak kucing sekecil mereka kerana tidak mampu mencari makan sendiri dan masih menyusu. Aku juga turut kesian kerana keduanya masih mencari-cari puting susu ibunya dan saling menyusu perut diantara satu sama lain dengan penuh lahap. Kepada manusia yang sanggup membuang anak kucing yang masih kecil amatlah kejam dan tidak mempunyai sifat kebinatangan.

Hari ini manusia lebih kejam kerana sanggup membuang bayi ke tong sampah dan bayi tidak mampu berjalan sepertimana anak kucing yang mampu menyusur dan menagih simpati. Inilah gejala yang dihadapi masyarakat dengan kes-kes membuang bayi ditong sampah, longkang dan yang lebih kejam membunuh bayi dengan mencampakkan ke dalam sungai, lubang tandas dan pelbagai cara bagi menutup kemungkaran. Sekarang coco dan grey adalah pengganti kepada kucing yangmati kena racun bulan lalu. Warna dan corak warna mereka adalah sama seperti yang mati, cuma seekor lagi patches belum ada pengganti.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive